Tuesday, February 01, 2011

RAHSIA-RAHSIA PERNIAGAAN #8 - Post #52

TIPsNIAGA.COM Posting #52

RAHSIA-RAHSIA PERNIAGAAN #8
Mengenal Dan Memahami Jenis-Jenis AKAUN






Didalam Dunia Perniagaan ada 5 jenis AKAUN untuk dikenali dan difahami dan kelima-lima jenis akaun tersebut ialah:-
  1. Accounting Atau Perakaunan
  2. Banking Atau Perbankan
  3. Commerce Atau Perdagangan
  4. Law Atau Perudangan
  5. Services Atau Perkhidmatan
1. Perakaunan
Kronologi rekod perubahan nilai aset atau entiti, kewajipan dan tanggungjawap, dan ekuiti atau hak pemilik, yang masing-masing diwakili oleh halaman berasingan di dalam buku besar atau Ledger. Untuk melihat persamaan atau perubahan perakaunan dan akaun.
Seperti pengurusan dan pengaliran Keluar Masuk WANG TUNAI. Pihak Syarikat bertanggungjawap untuk melakukan perekodan yang sempurna supaya diakhir sesuatu TAHUN KEWANGAN, sesuatu Untung-Rugi perniagaan dapat dikenal pasti.


2. Perbankan
Hubungan kewangan antara Bank dan Pelanggan yang berterusan, di mana Deposit dan Hutang diadakan dan diproses dalam rangka peraturan dan prosedur.
Setiap Syarikat akan memiliki Syarikat-Syarikat Bank pilihan mereka sendiri bagi segala urusan dan keperluan kewangan syarikat mereka


3. Perdagangan 
Perhubungan berkontrak antara pembeli dan penjual dimana bayaran untuk barang yang diterima dilakukan di lain waktu (biasanya 30 hari) atau diwaktu-waktu yang ditetapkan.
Disini, kaitan dengan pihak Bank Perdagangan terjalin bagi memastikan setiap pembayaran dapat dilakukan dengan persetujuan.

4. Perundangan
Menjaga segala urusan bagi setiap pihak untuk sesuatu kontrak atau kerjasama yang dipersetujui, dan memastikan segala persetujuan dan perjanjian dipatuhi.
Setiap Syarikat akan melantik Peguam Syarikat bagi tujuan seperti ini, dimana pihak Peguam akan mewakili mereka jika berlaku perlangaran KONTRAK daripada Peniaga-Peniaga lain.

5. Perkhidmatan
Yang diberikan kepada Pelanggan - Pelangan daripada Perniagaan Perundung caraan, Wakil-Wakil Pemasaran, Pengiklanan dan Perhubungan Awam yang berbentuk khidmat atau kepakaran, termasuk perkhidmatan Peguam.


Kesemua terma-terma PERAKAUNAN ini merujuk kepada JENIS-JENIS sesuatu TUGAS atau BIDANG atau PORTFOLIO didalam bidang masing-masing tetapi memiliki fungsi yang berlainan diantara satu dengan yang lain.

Jadi terma ACCOUNT bukan sahaja bermakna atau merujuk kepada Akaun Simpanan Wang, tetapi didalam terma ini ianya diguna-pakai sebagai PENGISTILAHAN kepada sesuatu BIDANG atau BAHAGIAN yang dilakukan didalam Dunia perniagaan. Rujukan tersebut kebanyakannya berada didalam SISTEM PERAKAUNAN


editor

No comments:

Post a Comment