Wednesday, May 04, 2011

REVIEW #37 : MAJIKAN & KONFLIK PEKERJA - Post #227

TIPsNIAGA.COM - Business Review - Post #227


MAJIKAN & KONFLIK PEKERJA
BAGAIMANA UNTUK MENANGANI MASAALAH INI


SETIAP PEKERJA yang di ambil bekerja adalah Golongan Orang yang telah DI PILIH melalui Proses Pengambilan Pekerja yang KETAT bagi KESESUAIAN dengan JAWATAN & TUGASAN yang di sediakan.
Itu sebab nya JIKA berlaku KONFLIK di antara PEKERJA, sebagai MAJIKAN anda PERLU TAHU Cara-Cara atau KAEDAH yang sesuai untuk menyelesaikan nya.
KERANA SETIAP PEKERJA adalah ASET yang PENTING untuk KEJAYAAN Syarikat anda.


KONFLIK PEKERJA
  • Konflik Antara Pekerja ada pelbagai jenis-jenis permasaalahan yang di hadapi oleh mereka, melalui Posting kali ini akan di tumpukan kepada 5 PERKARA sahaja yang amat PENTING bagi seseorang MAJIKAN, dan APAKAH 5 PERKARA TERSEBUT?

5 KONFLIK PEKERJA
1...KONFLIK BUBUNG-KAIT sesuatu TUGASAN dengan sesuatu JABATAN
2...KONFLIK PERBEZAAN GAYA BEKERJA
3...KONFLIK PERBEZAAN LATAR BELAKANG
4...KONFLIK PERBEZAAN GAYA PENGURUSAN
5...KONFLIK TINGKAH -LAKU


PENJELASAN

1...KONFLIK HUBUNG-KAIT sesuatu TUGASAN dengan sesuatu JABATAN
  • Seperti Jabatan Akaun terpaksa MENUNGGU LAPORAN PENJUALAN daripada JABATAN JUALAN yang menyebabkan Jabatan Akaun LAMBAT menyiapkan LAPORAN KEWANGAN kepada Pegawai Atasan.
  • Seperti Bahagian Pengeluaran & Pembuatan terpaksa MENUNGGU BEKALAN BAHAN MENTAH daripada Bahagian STOR yang menyebabkan Operasi Pengeluaran & Pembuatan mereka TERGANGGU atau TERHENTI. Dan Bahagian Stor pula MENYALAHKAN Jabatan Pembelian kerana LAMBAT MEMPROSES PEMBELIAN BEKALAN.
  • Dimana setiap Bahagian Operasi dan Jabatan akan MENYALAHKAN antara satu dengan yang lain atas sebab-sebab yang SAMA iaitu KELAMBATAN.
2...KONFLIK PERBEZAAN GAYA BEKERJA
  • Seperti Seseorang Pekerja MAHU melakukan sesuatu TUGASAN dengan KAEDAH SEGERA tetapi Rakan Sekerja mereka mahu melakukan dengan KAEDAH BERHATI-HATI untuk Menjaga MUTU.
  • Konflik seperti Perbezaan Gaya Bekerja ini sering berlaku kerana Corak Latihan yang mereka terima adalah berlainan Konsep, Pengalaman dan Pengetahuan yang di dapati dari Pusat latihan yang berbeza.
3...KONFLIK PERBEZAAN LATAR BELAKANG
Konflik yang berkaitan dengan LATAR BELAKANG pekerja ini lebih menjurus kepada Perbezaan
  • Gender antara Lelaki & Perempuan
  • Kelayakan & Kelulusan Asas yang di miliki
  • Pengetahuan & Pengalaman Bekerja
  • Bangsa & Keturunan yang Pelbagai
  • Fahaman Agama yang Berlainan
  • Fahaman Politik yang juga Berlainan
Apabila mereka daripada Latar Belakang yang berbeza ini bekerja di bawah satu bumbung, maka akan WUJUD KONFLIK-KONFLIK yang tidak dapat di elakkan seperti:
  1. Pertengkaran
  2. Pergaduhan
  3. Berpuak
  4. Perbuatan Menindas

4...KONFLIK PERBEZAAN GAYA PENGURUSAN
Konflik seperti ini akan WUJUD apabila seseorang Pekerja yang telah lama bekerja dalam satu Bahagian atau Jabatan di pindahkan ke Bahagian lain dan mereka yang TERJEJAS ini akan mengalami KEJUTAN BUDAYA KERJA yang berbeza seperti:
  • Sikap & Sifat KETUA yang berlainan
  • Sikap & Sifat RAKAN SEKERJA yang juga berlainan
  • Tugas & Tanggung Jawap yang berlainan
  • Dan mungkin Gaji Asas mereka juga akan berlainan jika di tukar atas sebab-sebab Disiplin.
5...KONFLIK TINGKAH-LAKU
Konflik berkaitan TINGKAH-LAKU ini selalu nya berlaku atas ANGGAPAN & PENILAIAN bersifat Peribadi dari seorang pekerja terhadap pekerja yang lain, dimana mereka akan MERASA IRI HATI, MARAH, CEMBURU atau TIDAK SUKA kepada:
  • Pekerja lain yang selalu mendapat PUJIAN & PERHATIAN Pegawai Atasan dan Majikan
  • Pekerja lain yang mendapat KENAIKAN GAJI yang lebih daripada mereka.
  • Pekerja lain mendapat KEISTIMEWAAN & LAYANAN yang lebih daripada mereka.
  • Pekerja lain mendapat KENAIKAN PANGKAT yang lebih cepat daripada mereka
  • Pekerja lain tidak pernah di marahi oleh Pegawai Atasan kerana Bersifat TAAT dalam Bekerja
MENANGANI KONFLIK
  • Setiap MAJIKAN dan PARA PENGURUS harus terlebih dahulu FAHAM CARA-CARA untuk MENANGANI KONFLIK dengan TEPAT & BETUL.
  • Kerana SETIAP KONFLIK yang di huraikan di atas adalah WUJUD daripada KEADAAN & SUASANA yang Sangat BERBEZA.
  • Oleh kerana itu Cara untuk MENYELESAIKAN sesuatu Konflik TIDAK BOLEH menggunakan SATU CARA sahaja untuk semua jenis KONFLIK.
  • Maka setiap KONFLIK harus menggunakan CARA yang BERLAINAN bagi mendapatkan KESAN PENYELESAIAN yang SEMPURNA.
APA YANG PERLU DI LAKUKAN

PERTAMA
  • KENALI & PASTIKAN Sumber kewujudan Konflik dari Sumber Apakah ia nya menjadi Pertikaian antara Pekerja. (melalui 5 perkara di atas)
  • PASTIKAN semua yang TERLIBAT di dalam sesuatu Pertikaian DI PANGGIL dan DI SIASAT secara PERSEORANGAN terlebih dahulu bagi MEMANTAPKAN MAKLUMAT
KEDUA
  • SIASAT KEMBALI LATAR BELAKANG pekerja yang terlibat mengenai SIKAP & SIFAT mereka menjalankan sesuatu TUGASAN.
  • PASTIKAN Corak Pemikiran mereka bekerja yang ke arah Produktiviti Syarikat atau sebalik nya
  • PERIKSA segala REKOD ADUAN yang lalu terhadap Pekerja-Pekerja yang terlibat di dalam Konflik tersebut.
  • MELALUI semua Maklumat yang di dapati, anda akan MUDAH untuk MENGENAL PASTI siapa kah di antara Pekerja tersebut yang MENJADI DURI 
KETIGA
  • PASTIKAN anda TIDAK MENYEBELAHI mana-mana Pihak yang terlibat
  • PASTIKAN anda BERSIKAP ADIL dalam Mendengar dan Mencari Maklumat
  • PASTIKAN anda BERSIKAP BERKECUALI 100% untuk MENETAPKAN JENIS HUKUMAN atau MENETAPKAN CARA PENYELESAIAN.
  • PASTIKAN CARA PENYELESAIAN dapat MENGHAPUSKAN semua Konflik secara jangka masa panjang dan tidak akan berulang.
ULASAN NYA
  • SEMUA KONFLIK yang di sebutkan adalah SIFAT & SIKAP ASAL KEMANUSIAAN yang tidak mengira Jantina, Usia, Bangsa, Agama atau Fahaman Politik mereka.
  • Kerana SEBAB-SEBAB tersebut lah KEBIASAAN di dalam Syarikat-Syarikat yang BESAR dan yang bertaraf MNC (berbilang Negara) MELAKAR & MENETAPKAN ETIKA PEKERJAAN yang sangat MENYELURUH serta TEGAS yang di jadikan sebagai COMPANY'S MANUAL untuk DI IKUTI oleh Semua Golongan Pekerja.
  • Dan Setiap Pekerja BAHARU akan di berikan ORIENTASI PEKERJAAN yang LENGKAP untuk DI AJAR & DI TERANGKAN semua kehendak Perundangan & Etika Pekerjaan yang di wujudkan dalam Syarikat.
  • Dan SETIAP PEKERJA di bekal kan dengan MANUAL BOOK mengenai ETIKA BEKERJA di dalam Syarikat beserta MAKLUMAT mengenai Implikasi Tindakkan Tegas jika sesiapa melanggar segala PERATURAN BEKERJA.
  • Langkah ini akan dapat MENGURANGKAN sebarang KONFLIK yang SUDAH DI JANGKA dan BUKAN sebagai LANGKAH MENGHAPUSKAN MASAALAH.
  • Kerana MASAALAH seperti KONFLIK-KONFLIK tersebut AKAN sentiasa BERLAKU pada bila-bila masa sahaja jika tidak DI KAWAL dari AWAL.
RUMUSAN
  • Oleh yang demikian dan berdasarkan daripada STATISTIK dan REKOD SEJARAH mengenai sesuatu KONFLIK, banyak Syarikat menggunakan PENDEKATAN yang BIJAK dengan mengamalkan KAEDAH PENGAMBILAN PEKERJA secara MENGIRA RISIKO atau BERHEMAH untuk KESESUAIAN sesuatu Bahagian dan Jabatan.
  • Dimana langkah PEMILIHAN YANG TEPAT seperti ini akan dapat MENGELAKKAN sebarang KONFLIK berlaku secara TERBUKA di dalam sesuatu Operasi Pekerjaan.
  • TETAPI semua HAK untuk sesuatu GENDER, BANGSA, KEAGAMAAN serta POLITIK tidak DI KETEPIKAN LANGSUNG dan DI HORMATI dengan Memberi dan Menyediakan PELUANG PEKERJAAN YANG SAMA
  • HANYA KESESUAIAN yang MENEPATI KEPERLUAN akan DI UTAMAKAN.
editor

No comments:

Post a Comment