Tuesday, February 01, 2011

RAHSIA-RAHSIA PERNIAGAAN #10 - Post #54

TIPsNIAGA.COM Posting #54

RAHSIA-RAHSIA PERNIAGAAN #10
Akaun Perniagaan Atas Nama Pemilik....


Akaun Perniagaan yang dijalankan atas nama persendirian untuk Pemilikan Tunggal atau Sole Proprietorship, Apakah imlikasinya?.....


Maseh ramai Usahawan yang maseh menggunakan NAMA SENDIRI untuk Akaun-Akaun Syarikat mereka yang didaftar sebagai Sole Proprietor, walaupun cara ini tidak menyalahi Undang-Undang tetapi ia sedikit sebanyak akan membawa IMPLIKASI terhadap perniagaan yang dijalankan.


Contoh Implikasi Buruk:-

  • Terdedah kepada penyalah-gunaan DANA syarikat atas keperluan peribadi pemilik
  • Kewibawaan Nama Syarikat tidak KUKUH dimata Peniaga-Peniaga lain 
  • Sukar membezakan Pendapatan Peribadi dengan Pendapatan Syarikat
  • Sukar untuk meyakinkan pihak Instititusi Kewangan untuk memohon bantuan Kewangan
  • Dan secara khususnya pemilik syarikat akan menemui kesukaran untuk menjelaskan kedudukan Pendapatan Peribadi dengan Pendapatan Syarikat bagi tujuan Cukai Taksiran Syarikat

Kerana sebab-sebab diataslah, anda digalakkan untuk MEMBUKA AKAUN SYARIKAT dengan menggunakan Nama Syarikat, walaupun anda hanya seorang sahaja PEMILIK TUNGGAL.





KELEMAHAN UTAMA jika Akaun Syarikat menggunakan Akaun Pemilik ialah untuk membuat AUDIT KEWANGAN pada tahun-tahun kewangan yang dituntut oleh Pihak Berwajib, Melalui pengalaman saya sendiri yang menangani Pemilik seperti ini sememangynya sukar untuk membezakan antara pendapatan peribadi dengan pendapatan syarikat JUGA perbelanjaan peribadi dan perbelanjaan untuk syarikat kerana kedua-duanya menggunakan atas nama pemilik. Implikasi terburuk ialah, si pemilik terpaksa membayar Cukai Pendapatan yang tinggi daripada sepatutnya.


Apabila diajukan pertanyaan kepada sipemilik mengapa mereka menggunakan Akaun Syarikat atas nama peribadi?...6 daripada 10 menjawap "Semua itu Duit aku ape!"......dan yang lainnya menjawap "Tidak tahu sangat"....


Dan yang paling buruk telah berlaku ialah Penyalah-gunaan Dana-Dana syarikat mereka sendiri untuk kegunaan atau perbelanjaan peribadi, kerana kedaifan mereka-mereka ini, mereka sering mengeluh yang perniagaan mereka "tidak membuat untung" atau memberitahu "untung perniagaan mereka sikit"....atau "niaga bagus tapi untung tak nampak"


Setelah dibuat analisa terhadap segala perbelanjaan syarikat didapati mereka sendiri yang MENCIPTA permasaalahan-permasaalahan tersebut. Dimana perbelanjaan peribadi yang termasuk perbelanjaan untuk rumahtangga, rumah, kereta, kad kredit dan sebagainya menggunakan Dana Syarikat!..tanpa ada GARIS-PANDUAN penggunaan Dana.


Seperti yang saya tegaskan diposting yang awal, walaupun anda Pemilik Tunggal dan menjalankan perniagaan anda bersendirian, anda perlu MENGGAJIKAN DIRI ANDA SENDIRI dengan membuat Satu Ketetapan berapakah WANG GAJI anda untuk sebulan!
Langkah ini akan dapat mengelakkan kecelaruan didalam perbelanjaan yang menggunakan Dana Syarikat...Dengan menetapkan GAJI sendiri, baharulah anda dapat MELIHAT berapakah Untung-Rugi perniagaan anda dalam sesuatu bulan dan tahun!!!


Setelah semua Overhead Costs dikira dan ditolak untuk Cukai, maka LEBIHAN Dana itu adalah KEUNTUNGAN BERSIH (Net Profits) anda. Disitulah anda boleh menggunakan wang Keuntungan yang diraih.
tetapi, anda juga harus pandai menggunakan Wang Keuntungan bagi tujuan-tujuan pembesaran perniagaan jika anda seorang yang pandai berjimat cermat serta membuat perancangan yang rapi.


editor

No comments:

Post a Comment