Saturday, February 12, 2011

INDUSTRI PERNIAGAAN #7 - Post 99

TIPsNIAGA.COM Posting #99


INDUSTRI PERNIAGAAN #7
Sektor Financial & Service
(Kewangan & Perkhidmatan)


Kedua-dua Sektor ini sangat berkaita rapat walaupun berbeza peranan, dimana Sektor KEWANGAN menjurs kepada hal-hal yang bersangkutan dengan Dana, Pinjaman, Simpanan, Pelaburan Peribadi -Saham-Hartanah dan Insuran
Manakala Sektor PERKHIDMATAN adalah bahagian yang paling LUAS dari semua Sektor Utama Industri Perniagaan dalam Dunia hari ini. Kerana ia meliputi semua Bidang-Bidang Perniagaan tidak mengira apakah jenis perniagaannya, ia akan ada Perkhidmatan yang di tawarkan.


Melalui kedua-dua Sektor inilah wujudnya pelbagai Skim-Skim Perniagaan yang JUJUR mahupun yang bertujuan MENIPU orang ramai. Kerana pendekatan atau Startegi yang mereka gunakan amat MUDAH untuk mempengaruhi fikiran sesiapa.




Contoh
Pembiayaan Pinjaman boleh di berikan oleh sesiapa sahaja dalam Industri ini, samaada yang berdaftar mahupun yang bergerak secara haram. Mereka semua memberikan perkhidmatan kepada pelanggan menurut matalamat perniagaan masing-masing.
Jika pihak BANK mengeluarkan Pinjaman dengan syarat-syarat yang agak ketat dan teratur tetapi bagi syarikat-syarikat Peminjam Wang yang berdaftar ataupun tidak (Along), mereka mengenakan syarat yang longar sedikit kerana mereka bersandarkan kaedah lain untuk mendapatkan kembali Wang yang dipinjamkan kepada Peminjam.
Jika pihak BANK boleh membawa kes ke Mahkamah, pihak Syarikat Peminjam tidak begitu...ramai yang telah hidup sengsara kerana terpaksa mencari wang untuk membayar kepada golongan ini yang kebanyakannya menggunakan Strategi MAFIA.


YANG NEGATIF
Melalui Sektor ini juga yang wujudnya pelbagai Kaedah Pelaburan Internet Penipuan ala Piramid / Ponzi / Skim Cepat Kaya / Segelintir MLM dan yang lain-lain seperti kaedah:-

  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Emas
  • Pelaburan Komodiiti / Consumer Products
  • Pelaburan jangkamasa Pendek / Panjang
  • Pertukaran BG / Matawang / Saham / Insuran

Seiapa yang terlibat pasti akan kerugian di akhirnya, kecuali jika mereka sememangnya di dalam orang-orang yang terlibat sama untuk menipu.
Skim-Skim seperti ini wujud di mana-mana sahaja di Dunia, asalkan ada sahaja sektor Kewangan & Perkhidmatan perkara ini pasti wujud.


TUJUAN
Tujuan Golongan yang JUJUR dan yang MENIPU adalah sama...Untuk meraih KEUNTUNGAN daripada perniagaan dalam Sektor ini. Dimana didalam kaedah JUAL-BELI itu hanya wujud WANG & UNTUNG atau RUGI


YANG POSITIF
Yang positifnya melalui kedua-dua bidang ini, ramai Usahawan telah berjaya menjadi kaya atau berjaya mengumpul kekayaan dan di ranking orang terkaya Dunia pun di wakili oleh Usahawan yang berasal dari Sektor-Sektor ini.
Ini bermakna, kedua-dua sektor Kewangan & Perkhidmatan sememangnya menjadikan pulangan keuntungan yang lebih lumayan daripada Sektor Utama yang lain kerana Sektor Kewangan adalah PEMEGANG segala KUNCI PERNIAGAAN iaitu WANG!


PENGLIBATAN
Penglibatan di Sektor Kewangan sememangnya terbatas di kalangan Usahawan biasa kerana ia menuntut kepada jumlah MODAL WANG yang cukup besar jika mahu membuka Syarikat Perbankkan ataupun Insuran.
Tetapi ramai yang memilih untuk bersandar di Sektor Kewangan ini sebagai golongan Sokongan dengan memberikan KHIDMAT samaada sebagai:-

  • Broker - (ada broker halal - ada broker haram)
  • Agen
  • Wakil
  • Mandat

Disini jugalah boleh berlaku pelbagai PENYELEWANGAN & PENIPUAN jika anda tidak berhati-hati.


UMUM
Secara UMUM, ramai Usahawan yang berada di kedua-dua Sektor ini merasa selesa dengan apa yang mereka lakukan dan ianya terus berkembang pesat dari masa kesemasa.
Lihat sahaja secara harian akan ada sahaja Usahawan baharu yang mendaftarkan syarikat persaorangan atau persyarikatan untuk memulakan perniagaan.
Sepertimana yang dijelaskan melaui posting yang lalu, Sektor Perkhidmatan tidak menuntut kelulusan atau kepakaran Akademik dan Jurusan yang tinggi. Ia cukup dimulai dengan minat yang mendalam, suka pada orang ramai dan ada Modal permulaan yang minima.


MASA DEPAN
Jika anda melakukan dengan Kepakaran yang Tinggi dalam sektor-sektor ini, anda akan dapat bertahan lebih lama kerana kalangan Profesional Bertauliah akan menjadi PENERAJU sektor ini serta akan menggerakkan semua anggota SOKONGAN di bawah mereka kearah dan matlamat sektor masing-masing.
Lain halnya jika anda berada atau berperanan sebagai anggota sokongan, selalunya anda tidak akan kekal lama didalam sesuatu jenis khidmat sokongan, anda pasti akan beralih dari satu ke satu yang lain tetapi maseh tetap didalam sektor yang sama.
Sebabnya....?
Peluang-Peluang yang anda dapat bukan bercorak KEKAL atau BERPANJANGAN, ia hanya wujud dalam jangkamasa yang tertentu sahaja dan akan bergantung kepada jenis-jenis perkhidmatan yang dilakukan.
Umpamanya perniagaan MLM yang merupakan sejenis KHIDMAT, apabila putaran atau life cycle sesuatu skim dan produk itu sampai kemuncak, maka peluang tersebut juga akan pudar dan lupus.

editor

No comments:

Post a Comment