Wednesday, February 16, 2011

TREND PERNIAGAAN #5 - Post #108

TIPsNIAGA.COM Posting #109


TREND PERNIAGAAN #5
MLM beri TUMPUAN kepada pembukaan STOKIS




Pada hari ini telah banyak syarikat mengubah beberapa Strategi Pemasaran & Penjualan Produk dan Perkhidmatan kerana berlakunya beberapa faktor di pemikiran Pengguna, di mana para pengguna telah lebih bijak untuk berbelanja kerana telah banyak kali di landa kemelesetan Ekonomi.


Syarikat-Syarikat yang mengamalkan jenis Pemasaran yang Konvensional tidak begitu terjejas teruk dengan perubahan tersebut tetapi Syarikat-Syarikat yang mengamalkan Strategi Pemasaran & Penjualan Multi Level Marketing atau MLM adalah yang paling terjejas teruk.


Justru itu, mereka secara perlahan-lahan menukar strategi untuk memulihkan aktiviti pemasaran dan penjualan produk syarikat mereka dengan mengadaptasikan Strategi Jualan Ala- Franchise iaitu KEDAI STOKIS.


MENGAPA MEREKA GUNA STRATEGI INI

  • Walaupun mereka tidak mendaftarkan perniagaan sebagai FRANCHISING BUSINESS tetapi mereka mengubah-suai kaedah Franchising Outlet Scheme ke dalam Operasi MLM Syarikat mereka.
  • Ini bertujuan untuk meningkatkan kembali aktiviti penjualan yang mulai merudum di sebabkan oleh faktor-faktor keengganan orang ramai untuk menjadi Ahli serta kesukaran mereka untuk membina networking, juga banyak produk yang tidak di perlukan di dalam hidup mereka.
  • Memperbanyakkan Kedai Stokis bertujuan juga untuk mengimbangi penjualan produk secara keseluruhan organisasi secara TOTAL dan bukan secara jualan individu, kerana hasil penjualan secara Total itu adalah yang paling penting bagi menjana kewangan Syarikat yang terlibat dari sudut kewangan.
  • Kedai Stokis di gunakan sebagai suatu kaedah untuk menjana pendapatan ibarat penggunaan BUBU atau SANGKAR dalam kaedah menangkap IKAN di sungai. Semakin banyak Bubu di pasang, maka semakin banyak Ikan dapat di hasilkan secara Total.

KENAPA KEDAI STOKIS DI PILIH

  • Dengan memberi dan menyediakan sebuah Kedai dan di jadikan STOKIS bagi syarikat, peserta berkenaan akan lebih lama memberikan kerjasama dengan pihak syarikat , jika di bandingkan dengan Ahli yang bergerak secara Individu.
  • Kedai Stokis juga secara otomatik akan menjana pendapat buat syarikat dengan kerja-kerja yang di lakukan oleh para Stokis bagi mendapatkan pelanggan-pelangan yang tetap menerusi kempen keahlian mereka sendiri.
  • Memberikan Kedai Stokis juga dapat mengubah pandangan orang ramai yang negatif terhadap konsep jualan MLM yang selama ini lebih kepada One to One Sales yang di lakukan dimana-mana tempat pertemuan, dan dengan Kedai Stokis, seseorang Stokis itu dapat meyakinkan bakal pelanggan dengan KEUPAYAAN mereka membuka sebuah Kedai Stokis walaupun HAK MILIK KEDAI tersebut TIDAK ADA!.

TAWARAN ISTIMEWA

  • Pihak Syarikat Utama MLM akan menawarkan Full Package, Back up Services, Full Renovated Shop dengan Full of Stocks kepada bakal-bakal AHLI MLM dengan BAYARAN yang paling MINIMA, walaupun pihak syarikat terpaksa mengeluarkan RATUSAN RIBU RINGGIT (RM Malaysia) bagi sesebuah Kedai Stokis.
  • Strategi ini tidak MERUGIKAN pihak syarikat kerana apa yang di belanjakan terhadap Full Renovation dan Goods Stock adalah maseh menjadi MILIK Syarikat dan bukan milik AHLI. Oleh itu, untuk penjanaan penjualan produk masa panjang, strategi ini amat berkesan serta mandapat keuntungan yang SAMA tanpa KERUGIAN.
  • Dan BREAK EVEN PERIOD juga tidak perlu mengambil masa yang panjang kerana melalui sistem MLM, Margin keuntungan adalah maseh TINGGI. (antara 100% hingga 1,000%), dan mereka mensasarkan kurang dari 24 bulan untuk meraih keuntungan bersih dari skim seperti ini.

PRO & CON KEPADA AHLI
PRO

  • Mereka akan mendapat sebuah KEDAI yang cukup lengkap dengan barangan untuk di jual kepada Ahli
  • Modal yang di perlukan hanya Wang PENDAFTARAN ( mengikut syarat sesebuah syarikat) dan selalunya di bawah RM10,000.
  • Mereka sebagai STOKIS ADALAH bebas menjalankan segala usahaniaga berdasarkan kecekapan diri sendiri dengan hanya bantuan di permualaan perniagaan dari segi logistik sahaja, selebihnya akan bergantung kepada kepandaian masing-masing.

CON

  • Mereka yang menjadi STOKIS bagi Syarikat MLM ini tidak memiliki HAK sebagai Rightful Owner of the Business Premises dan di klasifikasikan hanya sebagai AGENT JUALAN dan tertakluk kepada SYARAT-SYARAT yang harus di patuhi. Tidak seperti di dalam Sistem Franchise sebenar.
  • Dan pada bila-bila masa sahaja, mereka boleh di tamatkan perkhidmatan jika tidak menunjukkan sebarang kemajuan seperti yang di tetapkan. Pertukaran ini BOLEH DI LAKUKAN kerana STATUS meraka hanya sebagai AFFILIATE MEMBER kepada syarikat MLM tersebut.
  • Dari segi Undang-Undang Perniagaan, risiko mereka ialah tidak ada perlindungan untuk mendapatkan HAK sebagai PEMILIK tetapi hanya sebagai Rakan-Niaga.
RUMUSAN
Walau apa pun STRATEGY yang di guna-pakai oleh Syarikat-Syarikat MLM, mereka SEDAR bahawa dengan menggunakan Sistem MLM, Usia KEMATANGAN sesuatu jenis PRODUK dan PERKHIDMATAN yang di jalankan tetap SINGKAT. 
Usia Kematangan menjadi SINGKAT kerana faktor KECEPATAN sesuatu produk atau Perkhidmatan itu memasuki sesuatu PASARAN. Jika Konsep Konvensional memerlukan masa 5-7 Tahun untuk Matang, Konsep MLM hanya perlu kurang dari 3 Tahun!...bergantung seramai mana rangkaian yang mereka wujudkan.

Terkecuali syarikat seperti itu giat melakukan R&D bagi membuat produk-produk yang baharu setiap masa, tetapi ini bukan sesuatu yang mudah untuk di lakukan. 
Oleh yang demikian, setiap Pengusaha yang terutamanya yang memiliki Kilang Pembuatan harus berfikir panjang jika mahu menggunakan Konsep dan Sistem MLM bagi penjualan produk-produk mereka.

AWAS
Maseh terdapat banyak syarikat-syarikat yang menggunakan kaedah / konsep MLM untuk tujuan MENIPU PELANGGAN.

Anda harus mengikuti segala perkembangan semasa mengenai perkara ini supaya anda tidak terjerat di dalam syarikat-syarikat yang tidak JUJUR.

editor

No comments:

Post a Comment