Monday, February 07, 2011

PEMBANGUNAN PRODUK #5 - Post #77

TIPsNIAGA.COM Posting #77

PEMBANGUNAN PRODUK #5
Produk ASAS TANI - Buah-Buahan Tropika


Produk ASAS TANI diambil sebagai TOPIK perbincangan untuk bahagian R&D kerana kategori ini berada sangat LEMAH didalam Pasaran Global pada hari ini.


Jika beberapa hari yang lalu di Negara Malaysia contohnya, menurut laporan tersebut yang disiarkan sebanyak 150,000 Tan Buah-Buahan Tempatan akan terbuang begitu sahaja kerana kurang permintaan daripada pembeli, dan anggaran kerugian sebanyak RM350,000 setahun. Ini bukan suatu angka yang sedikit dan dimanakah permasaalahan ini wujud?


Sedangkan pihak-pihak yang bertanggungjawap untuk membangkitkan sektor ini melalui UJI-KAJI bagi mendapatkan HASIL yang baik seperti pihak MARDI atau Malaysian Agricultural Research and Development Institute telah banyak dan berjaya menghasilkan spesis-spesis buah-buahan yang baharu serta berkualiti tinggi. Tetapi lambakkan buah-buahan maseh berterusan.


Jika dilihat dari sudut yang luas, R&D untuk DAYA PENGAHASILAN yang lebih baik memang dan telah dilakukan, tetapi R&D untuk MEMASARKAN & PENJUALAN maseh belum ketahap yang maksima, dimana permasaalahan ini wujud kerana RANGKAIAN PEMASARAN & PENJUALAN semua Produk ASAS TANI tidak begitu menyeluruh...Sebabnya?


Fakta 1 
Buah-Buahan di rantau Asia Tenggara adalah dari jenis buah-buahan jenis TROPIKA dan ia dapat tumbuh dan hidup kerana keadaan cuaca yang bersesuaian seperti buah-buah Pisang, Nangka, Cempedak, Jambu-Jambu, Tembikai / Semangka, Manggis, Mangga, Betik, Keladi, keledek, Sukun, Ciku, Nenas, Durian, Durian Belanda, Belimbing dan yang lain-lain lagi.
Buah-buahan seperti ini mudah tumbuh dimana-mana terutamanya dikawasan-kawasan rumah-rumah kampong, kebanyakan penduduk AKAN ADA pokok-pokok sedemikian. Dari segi Psikologinya, mereka tidak perlu membeli buah-buahan seperti ini kerana mereka adalah golongan pemilik tanaman tersebut.
Jadi buah-buahan ini HARUS dipasarkan dan dijual dibahagian-bahagian bandar-bandar dan kota-kota besar kerana di sana tidak menamam tumbuhan tersebut..Ini fakta sebenar.


Fakta 2
Dan jika dikira jumlah pokok-pokok yang mengeluarkan buah-buahan seperti ini dengan jumlah penduduk dibandar-bandar dan kota-kota, jumlah buah-buahan akan jadi lebih banyak dari jumlah penduduk. Kerana itu adalah MUSTAHIL untuk mengelakkan pembaziran buah-buahan seperti ini...


Fakta 3
Di Negara Malaysia khususnya, seperti yang saya sebutkan awal tadi bahawa R&D untuk Uji-Kaji untuk Pembiakkan, Pertumbuhan, Kepelbagaian Spesis buah-buahan cukup meyakinkan TETAPI apa yang boleh dilihat ialah KEKURANGAN R&D bagi KEGUNAAN sesuatu buah-buahan kepada pelbagai Produk-Produk yang di INOVASIKAN melalui R&D kepada END PRODUCT BAHARU yang lain maseh tidak agresif.
Ini menyebabkan hasil buah-buahan tersebut tidak digunakan sepenuhnya seperti apa yang berlaku terhadap BUAH SAWIT dan BUAH KELAPA!...


Fakta 4
Oleh kerana Buah-Buahan Tropika ini BUKAN semuanya sesuai untuk dimakan oleh penduduk Negara-Negara Asing yang bermusim seperti di Eropah, Amerika, Canada serta yang lain-lain, maka pengeksportan buah-buahan Tropika secara ASAL atau Semulajadi, tidak boleh dilakukan begitu sahaja kerana TIDAK ADA KESESUAIAN terhadap pemakanan orang-orang disana. Ini menyebabkan banyak diantara buah-buahan Tropika GAGAL DIJUAL di Negara-Negara tersebut.


Fakta 5
Dibahagian ASIA TENGGARA maseh ketandusan Pakar-Pakar PEMAKANAN yang boleh MENGKAJI-CIPTA buah-buahan Tropika untuk dijadikan pelbagai jenis pemakanan lain atau untuk dijadikan snek-snek istimewa kepada Penduduk Dunia tanpa mengira jenis MUSIM dan GAYA PEMAKANAN.
Inilah CABARAN sebenar didalam bidang ini untuk MENGHASILKAN sesuatu daripada Sumber-Sumber buah-buahan yang sedia wujud. Dimana kita juga dapat lihat kurangnya PENGLIBATAN dari pihak SWASTA untuk bekerjasama dengan pihak KERAJAAN bagi penghasilan produk-produk baharu.


SARANAN R&D
Jika setiap Kerajaan Negara-Negara ASEAN mahu melihat Value-Added terhadap buah-buahan Tropika ini dipelbagaikan, R&D terhadap perkara ini harus dipesatkan segera diseluruh ASEAN.
Dimana Kementerian yang bertanggungjawap terhadap ASAS TANI harus bekerjasama diantara Negara bagi mewujudkan suatu GERAKAN BERSAMA kearah PENGHASILAN BERANGKAI hasil produk buah-buahan Tropika dengan melibatkan Pakar-Pakar masing-masing termasuk pihak Swasta.
Dengan cara ini sahaja sesuatu yang positif dan produktif boleh berlaku dan ianya tidak boleh dilakukan secara persendirian. Dan ia tidak semestinya tertumpu kepada penghasilan jenis-jenis makanan yang baharu tetapi boleh dicuba kepada penghasilan Ubat-Ubatan, Bio-Fuel atau kepada sesuatu yang bernilai Komersial.


Sokongan Prasarana bagi membangunkan R&D seperti ini juga harus dinaiktaraf sebagai Projek Nasional di Negara masing-masing sepertimana yang dilakukan keatas KENAF PLANT.
Ini termasuk sokongan kepada Syarikat-Syarikat Tempatan dan Luar Negara yang berminat untuk menyertai penghasilan seperti ini. Keutamaan dari semua segi harus diberikan.


editor

No comments:

Post a Comment