Thursday, February 24, 2011

PSIKOLOGI PERNIAGAAN #19 - Post #132

TIPsNIAGA.COM Posting #132


PSIKOLOGI PERNIAGAAN #19
MELABUR DALAM SAHAM / HARTANAH /FOREX DLL
Adakah DI GALAKKAN?.....
PELABURAN WANG Wujud beberapa JENIS seperti melakukan PELABURAN di dalam :-
  • BURSA SAHAM
  • HARTANAH
  • BARANGAN BERHARGA seperti EMAS / PERAK / INTAN BERLIAN DLL
  • FOREX atau MATAWANG ASING
  • BOND KERAJAAN
  • SIMPANAN TETAP atau BERJANGKA
  • KESEMUA itu adalah bentuk-bentuk PELABURAN yang menggunakan SEJUMLAH WANG MODAL dan akan MEMBERI PULANGAN yang berbeza menurut SEKMEN PELABURAN.
SEMUA PELABURAN ADA RISIKO
SEMUA JENIS PELABURAN memiliki RISIKO yang tersendiri dan akan menurut SEKMEN dan SEKTOR sesuatu PELABURAN itu WUJUD. 
Dimana setiap PELABURAN itu pula ada yang :-
  • BERISIKO SEGERA 
  • BERISIKO BERKALA 
  • BERISIKO BERJANGKA
  • BERISIKO TINGGI
  • BERISIKO RENDAH
  • DAN RISIKO ini pula MERUJUK kepada KESAN BURUK yang terdapat di dalam URUSAN PELABURAN di sebabkan oleh FAKTOR PASARAN SEMASA.
PATUTKAH ANDA MELABUR?
  • PADA AMALAN KEBIASAAN para PENIAGA yang telah MEMANTAPKAN Perniagaan ASAS atau UTAMA mereka, hanya akan melakukan sebarang PELABURAN jika di dapati mereka MEMILIKI LEBIHAN WANG KEUNTUNGAN daripada Perniagaan yang sediaada.
  • Golongan ini TIDAK AKAN MELABUR jika mereka dapati LEBIHAN WANG KEUNTUNGAN dari Perniagaan mereka itu tidak dalam keadaan yang SELESA JUMLAH nya.


BERAPA JUMLAH SELESA TERSEBUT?
  • KEBIASAAN nya mereka akan menetapkan LEBIHAN 50% dari keuntungan yang telah DI JANGKA, dan sebagai CONTOH :-
  • Jika Tahun 2010 mereka menjangka KEUNTUNGAN BERSIH sebanyak RM500,000
  • Tetapi melalui Laporan Kewangan 2010 mereka MENCATAT KEUNTUNGAN RM1 JUTA
  • Ini bermakna mereka meraih lebihan 100% dari JANGKAAN.
  • LEBIHAN KEUNTUNGAN seperti ini yang selalunya di gunakan untuk membuat sebarang PELABURAN yang MENGUNTUNGKAN dan bukan membuat Pelaburan dengan sesuka hati.
  • Dan mereka hanya menggunakan 50% dari Jumlah LEBIHAN WANG KEUNTUNGAN.
JANGAN MELABUR KALAU
JANGAN SESEKALI membuat sebarang PELABURAN didalam mana-mana SEKMEN & SEKTOR yang BERISIKO dengan MENGGUNAKAN WANG daripada SUMBER LAIN seperti :-
  • WANG MODAL SIMPANAN KESELAMATAN
  • WANG GAJI PEKERJA
  • WANG EPF PEKERJA
  • WANG PEMBAYARAN KREDITOR
  • WANG PEMBAYARAAN SEWA & ANSURAN 
  • WANG PINJAMAN DARI PIHAK BANK atau PERIBADI
KERANA WANG yang di laburkan itu BELUM PASTI akan SELAMAT atau mendapat KEUNTUNGAN seperti yang anda di jangka.


Ramai PENIAGA yang terperangkap dengan SITUASI seperti ini dan akhirnya mereka terpaksa MENUTUP PERNIAGAAN dan terpaksa menanggung HUTANG keliling pinggang termasuk banyak TUNTUTAN yang di buat melalui MAHKAMAH.


KENAPA IA BERLAKU?
MERUJUK kepada KES-KES yang pernah saya tangani, ramai PENIAGA yang terperangkap dan terpengaruh dengan :-
  • KATA-KATA MANIS
  • JANJI-JANJI PALSU
  • FAKTA-FAKTA PALSU
  • DATA-DATA PALSU
Daripada Orang-Orang yang suka mengambil kesempatan dengan TUJUAN yang BERASASKAN kepada KEPENTINGAN DIRI SENDIRI.


Mereka dari golongan ini banyak datang atau bekerja sebagai Agen-Agen untuk PELABURAN :-
  • FOREX
  • HARTANAH
  • INSURAN
  • KOMODITI
  • SERVICES
  • YANG berkonsepkan ONLINE BUSINESS, dimana semua URUSAN JUAL & BELI hanya melalui Online dan anda tidak akan dapat MELIHAT semua HARDCOPY kertas-kertas PERJANJIAN daripada WANG yang anda LABURKAN.
Sememang nya mereka akan MENJANJIKAN PULANGAN yang LUMAYAN kepada anda, KERANA itulah STRATEGI UTAMA mereka untuk MENARIK RAMAI ORANG MENYERTAI mereka.
Dan PELABURAN SECARA ONLINE tidak DI LINDUNGI oleh UNDANG-UNDANG sesebuah NEGARA selagi PENGUSAHA yang menjalankan OPERASI PERNIAGAAN seperti itu TIDAK BERDAFTAR dengan mana-mana INSTITUSI PENDAFTARAN PERNIAGAAN di mana-mana NEGARA.


Oleh yang demikian, jika terjadi sesuatu terhadap WANG PELABURAN anda, pihak Kerajaan di mana anda berada tidak akan dapat MEMBANTU ANDA.


RUMUSAN
OLEH yang demikian, sebelum anda melakukan SEBARANG PELABURAN..anda harus pastikan bahawa WANG yang anda gunakan itu BUKAN WANG KEGUNAAN HARIAN PERNIAGAAN atau DIRI serta KELUARGA anda.


SEBAIK NYA gunakan lah WANG dari apa-apa LEBIHAN WANG yang tidak begitu PENTING KEGUNAAN nya
LANGKAH ini akan dapat mengelakkan diri anda daripada terjerat dengan masaalah kewangan yang KRITIKAL jika PELABURAN yang anda lakukan itu menemui KEGAGALAN.


DAPATKAN Khidmat PAKAR-PAKAR PELABURAN yang sebenar jika mahu MELABUR dan JANGAN hanya mendengar daripada Orang-Orang yang tidak anda ketahui Bidang Kepakaran dan tidak bertauliah yang wujud di dalam DUNIA PELABURAN.




editor

No comments:

Post a Comment