Sunday, February 27, 2011

MODEL USAHAWAN #1 - Post #140

TIPsNIAGA.COM Posting #140


MODEL USAHAWAN #1
DEFINASI USAHAWAN


DEFINASI USAHAWAN
  1. MERUJUK kepada SESEORANG yang memulakan sesuatu USAHA menjalankan perniagaan daripada bawah dan USAHAWAN juga ada yang wujud secara BERKUMPULAN.
  2. USAHAWAN bukan merujuk kepada SISTEM Tetapi merujuk kepada PERWATAKAN
  3. USAHAWAN juga merujuk kepada seseorang yang memiliki KEBOLEHAN SEMULA JADI dan tidak boleh duduk diam dan sering melakukan sesuatu untuk di jadikan kenyataan.
  4. USAHAWAN juga merujuk kepada seseorang yang gemar melakukan sesuatu dan menukar sesuatu MASAALAH atau HALANGAN kepada PELUANG PERNIAGAAN
  5. USAHAWAN juga merujuk kepada seseorang yang sering MENCIPTA sesuatu yang baharu dan melakar Proses Penciptaan
  6. USAHAWAN juga merujuk kepada seseorang yang TAHU MENILAI segala pergolakan yang wujud di dalam persekitaran masyarakat, ekonomi, perniagaan dan sesuatu Nilai yang tersembunyi daripada pandangan orang lain.
  7. USAHAWAN juga merujuk kepada seseorang yang MAHIR MELIHAT PELUANG yang di dapati daripada Orang lain dan di jadikan suatu PELUANG PERNIAGAAN
DEFINASI KEUSAHAWANAN
  • MERUJUK kepada seseorang yang memiliki suatu PEMIKIRAN yang BIJAK mencipta PELUANG serta menjadikan sesuatu MASAALAH kepada PELUANG PERNIAGAAN yang menguntungkan.
BAGAIMANA USAHAWAN WUJUD

FAKTOR PERIBADI
  1. Terbentuk secara semulajadi samaada di bentuk daripada faktor Genetik atau Pengaruh Persekitaran sewaktu menjalani proses pembesaran dalam kehidupan. Samaada datang dari kelauarga Peniaga atau kerana percampuran dengan Orang-Orang yang berniaga
  2. Memiliki Motivasi dan Semangat Tinggi yang mendorong mereka untuk BERDIKARI, TAHAN LASAK, SUKA BERJUANG di dalam mencipta HARTA KEKAYAAN
  3. Memiliki PERWATAKAN yang sangat PEKA terhadap sesuatu, berfikiran Cekap dan Pantas
  4. Memiliki Nilai-Nilai kesabaran yang tinggi dan sangat berkeyakinan terhadap diri sendiri di dalam apa juga permasaalahan yang di hadapi.
  5. Kebanyakan seseorang USAHAWAN itu bermula dengan menimba PENGALAMAN secara bekerja dengan Usahawan yang lain dan memulakan perniagaan sendiri setelah YAKIN dapat melakukan nya sendiri.
  6. Kebanyakan Usahawan yang berjaya tidak memiliki Pendidikan Formal yang tinggi tetapi sangat BIJAK menggunakan Kepakaran dari Golongan KARYAWAN yang wujud untuk merealisasikan perancangan mereka.
  7. Kebanyakan Usahawan juga berwatak MESRA ORANG RAMAI dan memiliki Sikap SUKA MENDENGAR sebagai mencari ILHAM mencari Peluang yang baharu.
  8. Kebanyakan Usahawan juga SANGAT TELITI dalam menjalankan segala URUS TADBIR perniagaan dan berpengetahuan luas
  9. Kebanyakan Usahawan juga memiliki Rangkaian Kenalan yang ramai samaada secara Peribadi mahupun Rakan Niaga kerana bagi mereka setiap Orang adalah PELUANG.
  10. Kebanyakan Usahawan juga dari jenis yang TIDAK MUDAH BERPUTUS ASA dan TIDAK TAKUT PADA KEGAGALAN kerana bagi mereka KEGAGALAN adalah PROSES PEMBELAJARAN.
RUMUSAN
SETIAP ORANG MEMILIKI BAKAT SEMULAJADI,
TETAPI...
APA YANG JARANG DI MILIKI IALAH :-
SEMANGAT YANG KUAT DAN YAKIN DIRI UNTUK MENCARI CAHAYA DI DALAM SESUATU KEGELAPAN............

OLEH YANG DEMIKIAN di dalam Proses menjadikan diri sebagai seorang USAHAWAN, seseorang itu harus belajar MENGENALI segala POTENSI DIRI SENDIRI dan belajar menggunakan segala KEMAHIRAN SEMULAJADI yang di miliki untuk di gunakan sebagai ALAT untuk BERJAYA.....



editor

No comments:

Post a Comment