Saturday, February 05, 2011

JENIS PERNIAGAAN #8 - Post #72

TIPsNIAGA.COM Posting #72

JENIS PERNIAGAAN #8
Anggota MLM - Taraf Pekerja atau Usahawan


Perkara ini banyak diperbincangakan diseluruh Dunia untuk menentukan samada Anggota MLM atau Multi Level Marketing itu bertaraf sebagai PEKERJA ataupun sebagai seorang USAHAWAN?
Saya ingin membawa anda untuk memahami ISU ini secara mendalam, supaya KEFAHAMAN mengenainya didapati dan jika Kefahaman itu JELAS maka apa yang anda lakukan sebagai Bakal Anggota MLM atau kini sememangnya telah menjadi Anggota MLM akan lebih berkesan.


MLM seperti yang telah dijelaskan dalam banyak posting adalah merupakan suatu SISTEM atau KAEDAH PEMASARAN yang hanya MENJURUS PENJUALAN sesuatu Produk hanya kepada Ahli-Ahli sesebuah Syarikat MLM tersebut. Dalam lain perkataan, Produk-Produk mereka tidak terdapa dipasaran TERBUKA.


Berbalik kepada perkataan "AHLI atau ANGGOTA" syarikat MLM, Takrifan AHLI ini merujuk kepada PEKERJA atau USAHAWAN dan perkara inilah yang ingin diberi penjelasan selanjutnya.


DALAM SISTEM PERNIAGAAN
Seseorang AHLI yang didaftar dan bernaung didalam sebuah syarikat yang mengguna-pakai Sistem MLM bagi segala urusan pemasaran dan penjualan produk-produk syarikat adalah diklasifikasikan sebagai Anggota Bersekutu Syarikat yang tidak menerima Imbuhan bagi kerja-kerja pemasaran dan penjualan produk-produk syarikat tersebut atau dalam lain perkataan sebagai tidak BERGAJI TETAP, mereka hanya diperuntukkan pelbagai Imbuhan lain yang berupa KOMISEN dan BONUS. Ini dalam ISTILAH Terma dan Syarat yang diperundangkan dalam setiap Perjanjian menjadi Anggota Bersekutu.


TETAPI, pekerjaan yang dilakukan oleh Anggota MLM ini ADALAH SAMA dengan Anggota Pemasaran dan Penjualan BIASA disyarikat-syarikat yang BUKAN berkonsepkan MLM. Hanya mereka menerima GAJI TETAP yang Minima beserta dengan KOMISEN.
Oleh kerana itu, Anggota MLM dari segi kepakaran PEKERJAAN adalah dibawah Takrif sebagai PEKERJA dan bukan sebagai seorang USAHAWAN.


SEBAB-SEBAB
No.1
Ini adalah kerana setiap Anggota MLM yang berdaftar dengan sesebuah syarikat MLM itu TIDAK ADA HAK sebagai seorang SHARE HOLDER atau PEMEGANG SAHAM didalam syarikat tersebut, dan perkara ini tidak tertulis didalam Surat Perjanjian sebagai Anggota Bersekutu syarikat tersebut.
Jadi, melalui Undang-Undang TUBUH SYARIKAT, setiap Anggota Bersekutu BUKAN Pemegang Saham yang di SAHkan.
TERKECUALI mereka ada MEMBELI SAHAM syarikat tersebut.




No.2
Kerana Takrifan Anggota Bersekutu BUKAN Pemegang Saham, dan melakukan kerja-kerja Pemasaran dan penjualan dengan kadar Imbuhan yang besar, maka kedudukan mereka disini jelas sebagai PEKERJA yang menerima Imbuhan Khas dan  Istimewa, tetapi tidak mendapat keistimewaan sebagai Pekerja yang bergaji TETAP!


No.3
Setiap BAYARAN kepada syarikat MLM untuk menjadi Ahli itu juga BUKAN ditakrifkan sebagai MODAL   untuk menjadi Pemegang Saham atau untuk membeli Saham syarikat, TETAPI sebagai syarat untuk mendapatkan SET PRODUK yang syarikat tersebut jual.
Ini samaada Ahli tersebut sebagai Ahli Biasa ataupun menjadi STOKIS bagi syarikat tersebut, MODAL yang dikeluarkan hanya sebagai PEMBELIAN untuk mendapatkan Produk dan BUKAN SAHAM SYARIKAT.


No.4
Jika Ahli-Ahli MLM dapat membuka KEDAI sebagai STOKIS yang segala PERBELANJAAN DITAJA syarikat, itu bermakna HAK MUTLAK kedai tersebut BUKAN HAK ANDA tetapi adalah HAK SYARIKAT.
Anda hanya diperuntukkan Imbuhan yang tinggi daripada Ahli-Ahli biasa kerana bekerja untuk menjaga kedai berkenaan. Disinilah takrifan sebagai pekerja itu tertakluk.


No.5
Sebagai Ahli Bersekutu itu juga, anda TIDAK ADA HAK untuk mengatakan TIDAK terhadap apa juga ARAHAN yang dikeluarkan oleh pihak syarikat didalam strategi-strategi pemasan dan penjualan mereka KERANA anda disitu TELAH tertakluK sebagai PEKERJA yang mendapat Imbuhan Istimewa, dimana segalanya TELAH ANDA PERSETUJUI sewaktu menandatangani Surat Perjanjian menjadi Ahli.


RUMUSAN
Apa pun Taksiran dan Tafsiran atau Persepsi orang ramai terhadap Anggota MLM yang pelbagai, serta penekanan pihak syarikat mengatakan ANDA adalah USAHAWAN mereka, TETAPI didalam perundangan perniagaan anda sebenarnya PEKERJA dan bukan USAHAWAN.


Dan PEKERJA didalam bidang MLM ini sebenarnya maseh lagi tertakluk sebagai Jawatan SALES PERSON dan itu adalah DEFINASI yang paling tepat, dimana pada hari ini perkataan Sales Person ditukar kepada pelbagai sebutana lain tanpa menukar kefungsiannya dari segi perjawatan.


Walau bagaimana pun, teruskan usaha anda bekerja mencari pendapatan, kerana setiap bidang memerlukan kemahiran.


editor

No comments:

Post a Comment