Wednesday, April 13, 2011

REVIEW #10 : MEMAHAMI KEPERLUAN PELANGGAN - Post #200

TIPsNIAGA.COM - Chapter Two -Post #200


REVIEW #10 : MEMAHAMI KEPERLUAN PELANGGAN - Post #200


APA YANG PERLU DI KETAHUI UNTUK MEMAHAMI KEPERLUAN PELANGGAN
Ramai Peniaga sedikit keliru untuk memahami keperluan atau kehendak pelanggan dan apabila kekeliruan tersebut tidak di perbetulkan, maka permasaalahan kehendak dan keperluan pelanggan terus berlarutan sehingga menjejas perniagaan mereka sendiri.


Jika melalui Post #199 di sebut bahawa KEGAGALAN PERNIAGAAN berpunca daripada KEGAGALAN MEMAHAMI PELANGGAN, maka untuk berlaku adil, Posting kali ini di huraikan beberapa perkara yang ASAS bagaimana untuk memahami kehendak dan keperluan pelanggan.


KATEGORI PELANGGAN
  1. PELANGGAN - PENGGUNA (End User)
  2. PELANGGAN - PENIAGA (Business Owner)
  3. PELANGGAN - USAHAWAN (Entrepreneur)
  4. PELANGGAN - KERAJAAN (Corporate)
DEFINASI PELANGGAN
1...PELANGGAN - PENGGUNA

  • Adalah Golongan yang membeli sesuatu Produk dan menggunakan nya untuk keperluan sendiri dan keluarga
  • Mereka terdiri dari semua lapisan Masyarakat dari yang Miskin hingga yang Kaya Raya
  • Mereka juga dari pelbagai Profesion Pekerjaan
  • Mereka juga di kenali sebagai Pengguna Awam
  • Mereka berniaga berkonsepkan BUSINESS TO CUSTOMER (B2C)
2...PELANGGAN - PENIAGA 
  • Adalah Golongan Pemilik Perniagaan samaada dari perniagaan yang kecil hingga yang besar yang berbentuk Peruncitan
  • Mereka akan membuat pembelian untuk mendapatkan BEKALAN bahan dan produk untuk di jual semula atau untuk tujuan pemprosesan bagi pembuatan sesuatu jenis Produk yang lain.
  • Mereka memerlukan Sokongan Peniaga yang lain untuk mendapatkan Bekalan-Bekalan bahan dan Produk yang di perlukan
  • Mereka banyak melakukan perniagaan secara Komersial bagi memenuhi keperluan Pengguna.
  • Mereka berniaga di dalam Dua (2) Konsep BUSINESS TO BUSINESS (B2B) dan BUSINESS TO CUSTOMER (B2C) dan juga BUSINESS TO EMPLOYEE (B2E)
3...PELANGGAN - USAHAWAN
  • Adalah Golongan Pemilik Perniagaan yang berskala besar yang berbentuk Industri
  • Mereka melakukan banyak penghasilan pelbagai jenis Produk dan Perkhidmatan
  • Mereka memiliki pelbagai jenis perniagaan
  • Mereka bangunan dan Kilang sendiri
  • Mereka memiliki ramai pekerja
  • Mereka memerlukan banyak Bahan-Bahan Asas bagi tujuan penghasilan dan mendapatkan nya melalui banyak Pembekal.
  • Mereka berniaga di dalam Konsep BUSINESS TO BUSINESS (B2B) dan BUSINESS TO EMPLOYEE (B2E)
4...PELANGGAN - KERAJAAN
  • Adalah Pihak berkuasa Tempatan, Negeri dan Negara
  • Yang menjalankan pelbagai Operasi Perniaggaan yang di miliki oleh Pihak Berkuasa
  • Juga memerlukan pelbagai Bekalan Bahan, Produk dan Perkhidmatan daripada Pembekal-Pembekal dari Golongan Peniaga dan Usahawan
  • Kategori ini menjalankan Perniagaan berkonsepkan BUSINESS TO PEOPLES (B2P) - (Ini adalah Istilah yang baharu di buat.!)
DEFINASI KEHENDAK & KEPRLUAN PELANGGAN 
PELANGGAN - PENGGUNA
Mereka SUKA sesuatu PRODUK & PERKIDMATAN yang 

  • MURAH tetapi BERMUTU dan MUDAH di dapati di kawasan yang berdekatan rumah, kawasan atau Negeri mereka tinggal.
  • Suka melanggan di tempat-tempat yang menyediakan pelbagai KEMUDAHAN AWAM seperti mudah untuk meletak kenderaan, ada pelbagai Kedai-Kedai yang menyediakan pelbagai Produk dan Perkhidmatan.
  • Suka kepada LAYANAN MESRA dari Peniaga atau dari Pembantu-Pembantu Jualan.
  • Suka kepada Premis Kedai-Kedai yang memberikan perkhidmatan yang SELESA dan BERSIHSuka kepada PERKHIDMATAN yang CEPAT dan PANTASI   
Mereka TIDAK SUKA kepada produk & PERKHIDMATAN yang 
    • Harga Jualan yang MAHAL, lebih-lebih lagi jika dari Produk yang sama Jenama
    • Reka Bentuk Produk yang TIDAK CANTIK
    • Perkhidmatan yang LEMBAB, LAMBAT dan TIDAK CEKAP
    • Peniaga & Pembantu Jualan yang TIDAK MESRA dan TIDAK RAMAH
    • Kawasan Kedai yang KOTOR serta TIDAK TERATUR
    • Kedai-Kedai yang terbatas Jumlah Produk yang di jual
    PELANGGAN - PENIAGA (B2B - B2C - B2E)
    Mereka SUKA sesuatu PRODUK & PERKIDMATAN yang 
    • MURAH dan BERMUTU
    • STOK BEKALAN yang MENCUKUPI
    • PERKHIDMATAN CEKAP dan PANTAS
    • HARGA-HARGA yang boleh DI RUNDING
    • CARA PEMBAYARAN yang FLEKSIBEL
    • PEMBAYARAN YANG TEPAT MASA & JANJI
      Mereka TIDAK SUKA kepada produk & PERKHIDMATAN yang :
      • Harga Pembelian yang Tidak Boleh Di Runding
      • Harga yang TIDAK ADA Unsur-Unsur Insentif bagi Pembelian yang Besar
      • Bekalan Bahan dan Produk yang TERBATAS
      • Perkhidmatan yang LEMBAB dan KURANG CEKAP
      • LAYANAN yang KURANG MESRA
      • PENGURUSAN yang TIDAK PROFESIONAL


        PELANGGAN - USAHAWAN (B2B - B2E)
        Mereka SUKA sesuatu PRODUK & PERKIDMATAN yang 
        • MURAH dan BERMUTU
          STOK BEKALAN yang MENCUKUPI
        • PERKHIDMATAN CEKAP dan PANTAS
        • HARGA-HARGA yang boleh DI RUNDING
        • CARA PEMBAYARAN yang FLEKSIBEL
        • PEMBAYARAN YANG TEPAT MASA & JANJI

        Mereka TIDAK SUKA kepada PRODUK & PERKHIDMATAN yang 
        • Harga Pembelian yang Tidak Boleh Di Runding
        • Harga yang TIDAK ADA Unsur-Unsur Insentif bagi Pembelian yang Besar
        • Bekalan Bahan dan Produk yang TERBATAS
        • Perkhidmatan yang LEMBAB dan KURANG CEKAPLAYANAN yang KURANG MESRA
        • PENGURUSAN yang TIDAK PROFESIONAL
        PELANGGAN - KERAJAAN (B2P) 
        Mereka SUKA sesuatu PRODUK & PERKIDMATAN yang 
        • MURAH dan BERMUTU
        • STOK BEKALAN yang MENCUKUPI
        • PERKHIDMATAN CEKAP dan PANTAS
        Mereka TIDAK SUKA kepada PRODUK & PERKHIDMATAN yang :
                • Bekalan Bahan dan Produk yang TERBATAS
                • Perkhidmatan yang LEMBAB dan KURANG CEKAP
                • PENGURUSAN yang TIDAK PROFESIONAL
                editor

                No comments:

                Post a Comment