Saturday, February 05, 2011

JENIS PERNIAGAAN #5 - Post #69

TIPsNIAGA.COM Posting #69

JENIS PERNIAGAAN #5
Perniagaan KONVENSIONAL


Perniagaan bersistemkan Konsep KONVENSIONAL bermaksud, setiap perniagaan yang dijalankan adalah HAK 100% PERSENDIRIAN yang bukan dijalankan melalui Sistem Franchise atau Single / Multi Level Marketing.
100% PERSENDIRIAN juga membawa maksud bahawa perniagaan tersebut adalah perniagaan yang anda tubuhkan sendiri tanpa bersandar pada Nama-Nama atau Jenama Syarikat-Syarikat lain.


Apa juga jenis perniagaan yang tidak diFranchisekan dan diMLMkan adalah bergerak secara Sistem KONVENSIONAL dimana setiap PEMILIK Perniagaan adalah BEBAS untuk:-

  • Menjual apa juga Jenama Produk-Produk dari seluruh Dunia
  • Modal yang dikeluarkan adalah milik sendiri dari pelbagai sumber
  • Segala hasil jualan dan keuntungan adalah milik sendiri 100%
  • Mengamalkan penjualan terus kepada pelanggan yang DATANG MEMBELI

Dimana aktiviti-aktiviti tersebut tidak 100% diamalkan melalui Sistem Franchise dan Sistem MLM.


TARAF
Melalui Sistem Konvensional, Peniaga-Peniaga maseh boleh menaikkan TARAF Perniagaan mereka melalui Fungsi-Fungsi berikut:-

  • Daripada Peruncit menjadi Pembekal
  • Daripada Pembekal menjadi Pengedar
  • Daripada Pengedar menjadi Stokis
  • Daripada Stokis menjadi Pengimport
  • Daripada Pengimport menjadi Pengilang

Tetapi ianya tidak boleh menjadi begitu sahaja tanpa mempunyai rangkaian Pelanggan-Pelanggan dibawah taraf mereka. Ia mungkin seperti Sistem MLM, Ya betul kerana Sistem MLM di OLAH daripada Sistem Konvensional yang Asal.
Bezanya, setiap Peringkat atau Level itu pula dikehendaki berurusan secara TUNAI atau secara KREDIT. Jika secara KREDIT maka suatu PERJANJIAN PERNIAGAAN perlu ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak. Terutama yang melibatkan Produk-Produk yang tertentu, setiap Peniaga harus mendapatkan HAK sebagai Pengimport, Stokis, Pengedar dan sebagainya.


Melalui Sistem KONVENSIONAL, sesebuah perniagaan itu agak sukar mengembangkan perniagaan mereka secara MELUAS kesemua Kawasan, Daerah, Negeri atau Negara jika tidak mempunyai kekuatan kewangan yang sangat kukuh. Dan amat mustahil bagi seseorang Peniaga itu mengembangkannya seorang diri kerana melibatkan KOS yang sangat tinggi.
Contohnya seperti Peruncitan, mungkin kekuatan seseorang Peniaga itu mampu membuka Cawangan Kedai Runcit mereka sebanyak 100 buah, tetapi mampukah mereka untuk membukanya sebanyak 1,000 buah...10,000 buah dan diseluruh Dunia???...jawapannya sudah tentu tidak boleh!


Oleh yang demikian, selepas Sistem Konvensional...Untuk mereka berkembang terus didalam bidang yang sama, mereka pada peringkat ini PERLU mengadaptasikan Sistem FRANCHISE, dimana melalui Sistem Franchise, Modal untuk membuka sesuatu CAWANGAN dibawah tanggungan Franchisee atau Peniaga yang menjadi Rakan Niaga anda. (rujuk kembali Post berkenaan Franchise)
Dan suatu KONTRAK diantara Pemegang Utama Perniagaan dengan Rakan Niaga dilakukan untuk memberikan HAK kepada mereka menggunakan PENJENAMAAN SYARIKAT dan PRODUK.


Inilah caranya untuk mengembangkan perniagaan secara meluas tanpa perlu mengeluarkan MODAL yang besar tetapi maseh boleh meraih keuntungan.


editor

No comments:

Post a Comment