Wednesday, February 09, 2011

STRATEGY #4 - Post #86

TIPsNIAGA.COM Posting #86

STRATEGY #4
Melakar Strategy Untuk Seorang JURUJUAL


APA SEORANG JURUJUAL PERLU TAHU
Sesiapa juga boleh mempelajari cara-cara untuk menjadi seorang Jurujual, dari kanak-kanak hingga ke orang dewasa yang lanjut usia..semuanya boleh belajar dan ada bakat untuk menjadi Jurujual samaada secara main-main, secara sambilan atau secara serius.
TETAPI bukan semua orang TAHU bagaimana untuk menjadi seorang Jurujual yang baik, yang berkesan, yang serba boleh serta berkarisma...BUKAN SEMUA BOLEH!


Untuk itu, posting kali ini memperkatakan perkara-perkara untuk menjadi seorang Jurujual dalam kategori yang di sebutkan itu, dan anda susuri perkara-perkara yang penting seperti yang berikut yang PERLU ADA dan DI SEMAI bagi seseorang JURUJUAL....


MEREKA HARUS:-
  1. Bangga dengan pekerjaan yang di lakukan
  2. Sangat serba-serbi FAHAM mengenai Produk yang di jual
  3. Bersemangat tinggi
  4. Sentiasa mempertingkat diri dengan maklumat terkini
  5. Dapat memahami keperluan Pelanggan dengan baik
  6. Mahir menyesuaikan sesuatu Produk dengan Pelanggan
  7. Mahir mengesan dan membezakan masaalah Pelanggan seperti masaalah kewangan, kekurangan masa, atau tidak berminat langsung
  8. Tahu dengan tepat bila untuk Close Deal
  9. Berwatak ceria dan mesra
  10. Berperawatakan kemas serta bersih
Itu Sepuluh (10) Perkara Utama yang HARUS anda miliki, jika kurang..anda perlu memperbaiki kelemahan anda .


JANGAN BUAT INI
Dan ada lagi Tujuh (7) Perkara yang TIDAK HARUS anda lakukan atau buat sebagai seorang Jurujual yang baik.


  1. Jangan terlalu agresif ketika berjual, anda harus elakkan strategi yang kasar atau biadap
  2. Jangan bercerita mengenai diri sendiri, itu tidak mendatangkan minat pada pelanggan
  3. Jangan menegur tingkah laku pelanggan dalam apa juga keadaan mereka, di takuti akan menyinggung perasaan pelanggan
  4. Jangan bertekak atau berdebate dengan pelanggan, cukup dengan bertanyakan soalan
  5. Ketika dalam sesi menerangkan produk, anda mengesan pelanggan sudah berminat..hentikan penerangan segera, jika anda teruskan, minat mereka akan luntur.
  6. Jangan memperkecilkan SESIAPA di hadapan pelanggan
  7. Jangan merendahkan Produk buatan Syarikat lain di depan pelanggan


Jika anda lakukan 7 Perkara tersebut, peluang anda untuk Close Sales adalah TIPIS sekali....
Dalam Strategy Menjual juga anda boleh menggunakan Kaedah A.I.D.A yang telah saya tulis di posting yang lalu.


BAGAIMANA....Mengaplikasikan AIDA?
A...Attention
Beri sepenuh perhatian anda terhadap pelanggan dan beri mereka masa yang cukup untuk menimbulkan minat mereka terhadap produk yang anda sarankan. 
TETAPI jangan beri mereka terlalu banyak masa untuk berfikir dan bertenang kerana mereka akan hilang tumpuan apabila tidak di beri perhatian oleh anda.


I...Interest
Tonjolkan minat anda untuk membantu keperluan pelanggan dengan segala keistimewaan produk anda dengan memberi mereka soalan-soalan seperti:-
(Contoh sahaja dan perlu disesuaikan menurut keadaan anda - contoh ini adalah Vacuum Cleaner)

  • Apakah rekabentuk penyedut hampa gas yang anda minati?, yang berbentuk bulat atau segi tiga?....
  • Berapa luas dan besar rumah anda?
  • Adakah anda memelihara binatang peliharaan dalam rumah?

Soalan tersebut akan membantu seorang Jurujual memastikan pelanggan mereka membeli produk yang paling sesuai dengan keperluan mereka dan dapat mengelakkan pelanggan tersalah beli serta pemulangan barangan selepas mereka membeli.


D...Desire
Timbulkan kesedaran pelanggan terhadap keperluan mereka untuk memiliki produk yang anda jual dan apakah faedah yang mereka perolehi seperti:-
Bulu binatang peliharaan dapat di bersihkan di semua sudut kawasan dalam rumah kerana vacuum cleaner buatan syarikat anda itu dapat menyedut mana-mana bahagian yang tidak dapat di bersihkan dengan cara biasa. Maksudnya, beri dan timbulkan tumpuan pelanggan terhadap keistimewaan barangan tersebut.
Seperti ia mudah-alih, penggunaan letrik yang kurang dan sebagainya menurut spesifikasi yang betul


A...Action
Masa Bertindak...inilah saat-saat paling getir bagi seseorang Jurujual, jika mereka tersalah teknik dan strategi maka mereka tidak dapat meyakinkan pelanggan dan pulang dengan tangan kosong.
Selalu RASA & KESAN bila dan di mana perasaan berminat pelanggan anda tinggi...Close Sales pada waktu tersebut.


PERHATIKAN YANG INI...
  • Strategi bertanya dengan Dua Soalan - 2 in 1
Kanak-kanak selalu berupaya mendapatkan sesuatu dengan DUA CARA TANPA MEREKA KETAHUI...Hanya dengan bertanyakan Dua Soalan yang sama tetapi engan AYAT YANG BERBEZA
"Mama boleh kita pergi menonton wayang hari ini atau esok?"....Dengan dua soalan tersebut, kanak-kanak tersebut akan dapat menonton wayang tidak kira dari soalan yang mana!!!


Begitu juga dengan Teknik Menutup Jualan atau Closing Sales, Dua Soalan yang sama tetapi berlainan ayat seperti:-
"Mahukah anda kami hantar barang tersebut ke rumah atau anda mahu membawanya pulang sendiri?"
Atau
"Anda mahu yang warna merah atau warna biru?"
Atau
"Anda mahu membayar secara tunai atau anda mahu menggunakan Credit Terms kami?"
Atau
"Anda mahu SET yang ada Alat Tambahan atau tidak mahu?"
  • Strategi Close Sales dengan kaedah Tawar Menawar seperti:-
Anda boleh menawarkan set Vacuum Cleaner yang paling MAHAL kerana pelanggan akan memilih yang murah, melalui kaedah ini banyak deal boleh di tutup!
  • Strategi DIAM DIRI
Bagi seseorang Jurujual yang SANGAT MAHIR serta SANGAT BERPENGALAMAN, selepas mereka habis menerangkan segala penerangan mengenai produk yang ingin di jual, mereka terus BERDIAM DIRI dan membiarkan pelanggan membuat keputusan.
Mereka menamatkan sesi penerangan dengan mengarahkan pelanggan membuat keputusan yang segera dengan cara yang tidak ketara atau bersahaja, lalu memdiamkan diri..
Ini adalah Strategi mereka setelah mereka TAHU dimana KEDUDUKAN pelanggan pada waktu itu. Dan apabila pelanggan TERASA, mereka akan membuat pembelian atas dasar keperluan mereka seperti yang telah di terangkan dengan berkesan dan merasa MALU untuk menolak.
Bagi yang kurang mahir, harap jangan TIRU cara ini, mungkin anda tidak berhasil!!!


ediitor

No comments:

Post a Comment