Thursday, February 24, 2011

PSIKOLOGI PERNIAGAAN #17 - Post #130

TIPsNIAGA.COM Posting #130


PSIKOLOGI PERNIAGAAN #17
MULTI NATIONAL
Apa FAEDAH & KEBAIKAN nya.....


APABILA menyebut MULTI NATIONAL atau BERBILANG KAUM di dalam PERNIAGAAN, seseorang itu akan berfikir BANYAK PERKARA NEGATIF daripada PERKARA YANG POSITIF.


Jika lebih banyak Perkara yang NEGATIF yang di fikirkan, itu bermakna DI DALAM DIRI PENIAGA tersebut maseh belum dapat memisahkan SENTIMEN KAUM yang mereka wakili sebagai seorang Peniaga. Dan secara lazim nya mereka akan MENOLAK Konsep Berniaga secara MULTI NATIONAL ini.
SEBAB NYA
Kebanyakan nya BERPUNCA daripada KESAN :-
  • PENDIDIKAN AWAL di Sekolah
  • PENDIDIKAN AWAL di Rumah
  • TIDAK ADA PENDEDAHAN terhadap KAUM Lain
  • TIDAK TAHU CARA PEMIKIRAN KAUM Lain
  • TIDAK MEMAHAMI HATI BUDI KAUM lain secara terbuka
Oleh yang demikian, segala PEMIKIRAN dan PEMUSATAN mereka berfikir tidak TERBUKA untuk menerima Kaum lain di dalam apa juga kerjasama.
FAEDAH & KEBAIKAN
Menjalankan PERNIAGAAN dengan mengambil PEKERJA yang berbilang KAUM dengan BILANGAN yang SEIMBANG akan membolehkan sesebuah SYARIKAT itu di gelar sebagai menjalankan PERNIAGAAN dengan KONSEP MULTI NATIONAL atau KONSEP BERBILANG KAUM.
FAEDAH NYA
  • Akan mencerminkan SIFAT KETERBUKAAN PEMILIK terhadap Kaum-Kaum lain
  • Akan dapat MEMBANTU banyak KAUM dari segi EKONOMI
  • Akan dapat MEMBERSIHKAN FIKIRAN dari ANGGAPAN NEGATIF terhadap kaum lain
KEBAIKAN NYA
  • Akan dapat MELEPASI HALANGAN PERKAUMAN
  • Akan dapat MENDEKATI SEMUA BANGSA PELANGGAN
  • Akan dapat MENINGKATKAN PENJUALAN 
  • Akan dapat BERINTERAKSI secara BEBAS dengan semua KAUM
  • Akan dapat MERAIH SOKONGAN daripada semua KAUM
  • Akan dapat MEMPELAJARI ADAT / BUDAYA / CARA BERFIKIR semua KAUM
  • Akan dapat MENINGKATKAN CARA ANDA BERFIKIR
  • Akan dapat MENGEMBANGKAN Perniagaan secara GLOBAL tanpa MASAALAH KAUM
CONTOH
DIDIKAN AWAL
  • Anak-Anak yang di hantar BELAJAR di SEKOLAH ANTARABANGSA akan mempamerkan kebolehan BERINTERAKSI dengan pelbagai KAUM tanpa SEKATAN EMOSI, mereka akan bebas bergaul secara normal dan tidak menganggap setiap WARNA KULIT atau BANGSA dan AGAMA seseorang itu sebagai SUATU HALANGAN untuk BERKAWAN.
  • Dan Anak-Anak yang BELAJAR di dalam Sekolah seperti ini akan juga mempamerkan KECERDASAN OTAK kerana pergaulan mereka TERBUKA kepada pelbagai jenis KAUM yang berbeza CARA PEMIKIRAN dan GAYA KEHIDUPAN mereka, lantas Anak-Anak ini akan dapat mempelajari sesuatu yang TIDAK WUJUD di dalam BANGSA mereka sendiri.
  • BERBEZA dengan Anak-Anak yang di hantar belajar di dalam Sekolah yang hanya memiliki SATU KAUM sahaja, di mana CORAK dan TAHAP KEPANDAIAN dan KECERDASAN mereka bergaul serta berfikir TIDAK ADA PERUBAHAN dan hanya seperti BANGSA mereka yang asal.
KONSEP MULTI NATIONAL PERNIAGAAN
  • Begitu juga hal nya dengan KONSEP PERNIAGAAN MULTI NATIONAL yang jika di AMALKAN dari AWAL, ia adalah seperti menghantar Anak-Anak ke Sekolah Antarabangsa, dimana PENDEDAHAN ANTARA KAUM akan dapat MEMBENTUK sesuatu SYARIKAT dan PERNIAGAAN anda kepada CORAK ANTARABANGSA.
CABARAN
  • CABARAN yang paling JELAS ialah untuk bagaimana MENGHILANGKAN PERASAAN JATI DIRI terhadap BANGSA sendiri yang MEMBATASKAN KETERBUKAAN FIKIRAN di dalam PERNIAGAAN.
  • Dimana menurut TINJAUAN yang di lakukan secara tidak formal, kebanyakan yang tidak DAPAT MENYESUAIKAN DIRI dengan keadaan yang BERBILANG KAUM akan secara perlahan-lahan mereka menjauhkan atau mengasingkan diri dari INTERAKSI TERBUKA.
  • Ini di sebabkan oleh HALANGAN KOMUNIKASI untuk BERINTERAKSI secara NORMAL kerana kelemahan untuk MENGUASAI BAHASA INGGERIS atau di dalam SUASANA TEMPATAN, mereka tidak dapat menguasai BAHASA KEBANGSAAN Negara mereka sendiri.
DARI TINJAUAN 
  • DI NEGARA MALAYSIA yang wujud Bangsa BERBILANG KAUM, jika di perhatikan di mana-mana PUSAT BANDAR / KOTA / PEKAN atau di mana-mana PUSAT PERNIAGAAN UTAMA sesuatu KAWASAN, dapat di lihat KEKURANGAN PENGLIBATAN sesuatu BANGSA di semua SEKMEN PERNIAGAAN yang di jalankan.
  • HANYA dapat di lihat sesuatu BANGSA yang AKTIF mempelopori semua Sekmen Perniagaan dan yang lainya tidak begitu menonjol dan terasing. Dan BANGSA yang AKTIF tersebut datang nya daripada :-

  1. BANGSA CINA sebagai PENERAJU UTAMA
  2. BANGSA MELAYU sebagai PENERAJU KEDUA
  3. Dan di ikuti oleh Bangsa-Bangsa yang lain nya.

    KESAN EKONOMI
    • Daripada SUDUT EKONOMI, Perkembangan seperti ini ADALAH suatu PERKEMBANGAN YANG TIDAK SIHAT dan TIDAK SEIMBANG. Dan ia boleh MENGGAMBARKAN bahawa Bangsa Melayu dan yang lain nya TIDAK DAPAT BERSAING SECARA AKTIF dengan BANGSA CINA.
    • Dan ia bukan kerana TIDAK MEMILIKI PELUANG atau RUANG untuk bersaing secara sihat, tetapi fenomena tersebut BERASAL daripada SIFAT TIDAK TERBUKA dari dalam PEMIKIRAN yang dari awal nya (semenjak Kemerdekaan) hanya tertumpu kepada Bangsa sendiri.
    • Dan ia berbeza dengan cara berfikir Bangsa Peniaga Cina yang pada AWAL nya mereka adalah KAUM PENDATANG.
    • Oleh kerana mereka kaum Pendatang, Cara mereka BERFIKIR telah di SESUAIKAN dengan STATUS meraka yang bukan ORANG TEMPATAN dan mereka akan cuba sedaya upaya MENURUTI, MENGIKUTI dan MEMENUHI apa juga SYARAT dan KEPERLUAN Orang-Orang Tempatan supaya mereka dapat bercampur, bergaul dan hidup di kalangan Orang-Orang Tempatan TANPA HALANGAN.
    • Dengan MENGADAPTASIKAN DIRI dan PEMIKIRAN mereka terhadap KEADAAN SEKELILING, tidak secara langsung mereka telah MEMBUKA PELUANG untuk BERNIAGA dan BERKHIDMAT untuk memenuhi segala KEPERLUAN dan KEHENDAK Rakyat TEMPATAN.
    • KONSEP PEMIKIRAN sebeginilah yang selalu menjadi TERAS STRATEGI oleh BANGSA PENDATANG di SELURUH DUNIA hingga ke hari ini.
    • Sebagai BUKTI, di kebanyakan BANDAR UTAMA Negara-Negara di Dunia iani akan WUJUD tempat yang di kenali sebagai THE CHINA TOWN atau LITTLE CHINA. Ini menggambarkan pula bagaimana BANGSA CINA bersungguh-sunguh MENGADAPTASIKAN DIRI dan PEMIKIRAN mereka dengan SUASANA dan KEADAAN sesebuah Negara TANPA perlu MELUPAKAN BANGSA DIRI MEREKA SENDIRI.
    RUMUSAN

    • Oleh yang demikian, sebagai seorang PENIAGA atau yang baharu berfikir untuk berniaga...perkara-perkara seperti ini harus di beri perhatian secara khusus apakah buruk dan baik nya terhadap perniagaan yang akan anda wujudkan untuk jangkamasa panjang.
    • Dan oleh kerana masaalah ini merupakan MASAALAH NASIONAL, itulah sebabnya KERAJAAN MALAYSIA memperkenalkan Slogan 1 MALAYSIA sebagai SATU CARA MENDIDIK semua RAKYAT yang berbilang BANGSA agar dapat BERSATU di dalam segala USAHASAMA tetapi TANPA PERLU MENGORBANKAN JATI DIRI sesuatu BANGSA itu sendiri dan saya melihat ini BUKAN BERMOTIFKAN POLITIK PARTI.
    • KONSEP 1 MALAYSIA sebenarnya ingin mendedahkan PEMIKIRAN semua RAKYAT agar dapat MEMBANGUNKAN EKONOMI SECARA BERSAMA.
    • KERAJAAN MALAYSIA melihat MASAALAH KAUM yang maseh mengasingkan diri di dalam apa juga aktiviti ARUS NASIONAL & PERNIAGAAN sebagai PENGHAMBAT kepada KEMAJUAN NEGARA ke peringkat GLOBAL, kerana itu PAKAR-PAKAR EKONOMI menyarankan kepada KERAJAAN supaya PEMIKIRAN RAKYAT DI UBAH SEGERA supaya GAGASAN 2020 dapat di capai.
    • Dan kerana MASAALAH itu juga PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS di perkenalkan di sekolah-sekolah yang bermula di peringkat rendah, supaya HALANGAN BAHASA dapat di perbaiki daripada AWAL...TETAPI Vision atau PEMIKIRAN KERAJAAN mendapat tentangan daripada Orang-Orang yang kuat mempertahan JATI DIRI BANGSA-BANGSA SENDIRI, dimana mereka tidak dapat MELIHAT VISION tersebut untuk jangkamasa panjang.

    • TETAPI dapat JIKA di lihat PENIAGA dari kalangan BANGSA MELAYU mereka banyak juga yang BERJAYA DI LUAR NEGARA MALAYSIA, seperti di AUSTRALIA, UK, GERMAN, HOLLAND, NEGARA ARAB dan lain-lain.
    • Ini adalah kerana mereka dapat mengatasi masaalah komunikasi bahasa dan halangan pemikiran dengan bangsa-bangsa di NEGARA mereka BERNIAGA tetapi BILANGAN mereka amat terbatas sekali.
    Dalam banyak penjelajahan saya ke luar Negara dan dapat menemui Bangsa Keturunan MELAYU yang telah tinggal di Negara Asing lebih daripada 50 Tahun, walaupun mereka sudah tidak menggunakan BAHASA MELAYU sebagai bahasa harian DAN telah memiliki keturunan bersama Bangsa Tempatan TETAPI mereka TETAP MENGAKU BERBANGSA MELAYU!!!....
    Ini menunjukkan BANGSA seseorang itu tidak AKAN HILANG atau TERHAPUS walau apa juga BAHASA KOMUNIKASI yang mereka gunakan.

    Dari situ kita harus FAHAM, Apakah keperluan UTAMA untuk melangkah jauh di dalam KEHIDUPAN dan PERNIAGAAN dalam keadaan DUNIA pada hari ini...Dimana yang terpenting adalah BAHASA KOMUNIKASI DUNIA dan BAHASA PERNIAGAAN DUNIA.
     
    editor

    No comments:

    Post a Comment