Saturday, February 05, 2011

JENIS PERNIAGAAN #6 - Post #70

TIPsNIAGA.COM Posting #70


JENIS PERNIAGAAN #6
Perkhidmatan Pelanggan


Jangan keliru dengan perkataan PERKHIDMATAN PELANGGAN, ia bukan sahaja dirujuk kepada Customer Service sahaja tetapi ia juga merujuk kepada Jenis-Jenis Perniagaan yang MEMBERI KHIDMAT KEPAKARAN kepada Pelanggan seperti:-
KATEGORI PROFESIONAL

  • Doktor
  • Peguam
  • Arkitek
  • Jurutera
  • Pakar Motivasi
  • Konsultan Perniagaan
  • Dan lain-lain
(semua diatas memiliki cabang-cabang keprofesionalan masing-masing - harap maklum)



KATEGORI AWAM

  • Kedai Dobi
  • Kedai Gunting Rambut Lelaki
  • Kedai / Salon Dandanan Rambut Wanita
  • Pusat / Salon Kecantikan Wanita / Solekan & Andaman
  • Kedai Urutan Badan & Kaki
  • Tukang Ubat / Bomoh / Pawang / Dukun (ini bukan lawak)
  • Tukang Paip / Cat / Letrik / Penghawa Dingin
  • Tukang Jahit Pakaian
  • Amah / Pembersih Kawasan
  • Penghantar Surat-Surat / Courier
  • Juru Gambar / Video
  • Dan banyak yang lain-lain lagi

Mereka ini bukan dari golongan profesional secara Akademik tetapi melakukan pekerjaan yang berbentuk profesional didalam bidang masing-masing.


Kedua-dua KATEGORI ini bergerak secara Individu ataupun bersyarikat menurut keperluan bidang masing-masing, dimana kategori Awam lebih banyak bergerak secara Solo atau Individu jika dibandingkan dengan kategori Profesional, kerana golongan profesional lebih mudah untuk mendapatkan Modal untuk menubuhkan Syarikat dan bekerjasama


CARA BAYARAN / UPAH
Didalam setiap KATEGORI Profesional & Awam, setiap jenis Perkhidmatan yang diberikan kepada Pelanggan dikira sebagai UPAH bagi kerja-kerja yang telah diberikan menurut Kepakaran dibidang masing-masing.
Dan KADAR UPAHnya pula akan bergantung pula dengan KADAR yang digunapakai dalam pasaran semasa. Umpamanya, Upah yang dikenakan oleh seorang Doktor bagi setiap Konsultasi akan berbeza dengan Upah bagi seorang Jurutera ataupun Pakar Motivasi. Ada juga kadar Upah itu tidak menurut kadar yang sering digunakan dalam pasaran semasa seperti Upah bagi khidmat Pakar Perunding dalam bidang masing-masing, kerana kadar upah mereka akan disandarkan kepada sejauhmana kesukaran sesuatu kes yang mereka tangani.


Dan diKategori AWAM pula, kita dapat melihat Kadar Upah yang agak mantap dan tidak jauh bezanya diantara satu dengan yang lain untuk bidang masing-masing. Ini menunjukkan didalam bidang ini amat sukar untuk menetapkan suatu NILAI yang tinggi daripada biasa kerana persepsi orang ramai tidak menganggap kategori ini sebagai Profesional Akademik.
Walau apa pun, kedua-dua kategori ini mampu memberi perkhidmatan kepada orang ramai dan perkhidmatan mereka sama pentingnya dengan keperluan produk yang berada didalam perniagaan KONVENSIONAL.


RUMUSANNYA
Setiap apa khidmat kepakaran yang diberikan kepada pelanggan dalam bentuk perkhidmatan ADALAH TERTAKLUK didalam JENIS PERNIAGAAN yang memberi KHIDMAT PELANGGAN.


KERANA ITU....
Setiap langkah untuk membuka jenis-jenis perniagaan seperti yang tersenarai diatas, sangat-sangat memerlukan PERHUBUNGAN AWAM atau Public Relations yang baik, bersopan, mesra selain cekap dan pantas menjalankan tugas. Ini adalah KUNCI untuk berjaya didalam bidang tersebut.
Walaupun jika anda tergolong dalam Kategori Profesional, tetapi jika NILAI-NILAI atau ETIKA Perhubungan Awam yang BURUK, anda tidak akan berjaya didalam perniagaan anda itu.


editor

No comments:

Post a Comment