Sunday, January 30, 2011

RAHSIA-RAHSIA PERNIAGAAN #7 - Post #51

TIPsNIAGA.COM Posting #51

RAHSIA-RAHSIA PERNIAGAAN #51
Jejari Dalam Perniagaan Anda....


Atas beberapa permintaan, saya menulis kembali beberapa JEJARI PENTING yang HARUS ADA didalam OPERASI sesebuah Perniagaan, samaada secara kecil-kecilan, sederhana atau bersais besar.


JEJARI ANDA ( Bahagian atau Jabatan)

  1. Akaun - Accounts
  2. Tenaga Kerja - Personnel
  3. Pembuatan - Manufacturing
  4. Pemasaran & Penjualan - Marketing & Sales

Ini Empat Perkara ASAS sebagai JEJARI ANDA didalam sesuatu jenis perniagaan, melalui jejari ini anda akan dapat menggerakkan perniagaan anda dengan berkesan.
Jika perniagaan anda berkembang maju, anda hanya perlu menyesuaikan keperluan sesuatu JEJARI menurut permintaan semasa.


FUNGSI JEJARI


AKAUN
Menyediakan PengRekodan WANG KELUAR MASUK dan buat secara teratur, jangan dicampur-adukkan  segala Resit-Resit Pembelian Bahan dengan Bil-Bil Pembayaran. Gunakan FAIL yang berlainan
Begitu juga dengan PENYIMPANAN WANG didalam BANK, anda harus ALIHKAN Wang PERUNTUKKAN untuk membayar Bil-Bil yang berbentuk BULANAN dan TAHUNAN kedalam AKAUN BANK yang BERBEZA supaya Wang tersebut tidak terganggu atau disalah-gunakan secara tidak sengaja. Ini sangat penting kepada peniaga-peniaga yang berniaga secara TUNAI.


Sebaik-baik penyediaan Akaun Bank ialah diantara 2 Akaun hingga 3 Akaun untuk URUSAN & KEPERLUAN yang BERBEZA. Cara ini akan nampak MENYUSAHKAN tetapi untuk keselamatan dan pengurusan kewangan yang baik, cara ini amat berkesan.
Ada peniaga yang membuat 8 AKAUN BANK untuk pelbagai keperluan jangkamasa pendek dan panjang dan ia terbukti berkesan dan dapat membantu mereka untuk terus berkembang didalam perniagaan.


TENAGA KERJA
Dipermulaan perniagaan, Tenaga Kerja harus disesuaikan dengan corak permintaan pelanggan, jangan mengambil pekerja yang terlalu ramai diawal berniaga, hanya melakukan penambahan setelah beban pekerjaan bertambah dengan kemajuan perniagaan anda.
Oleh itu, pengambilan pekerja diperingkat permulaan amat penting dan harus diberikan kepada orang-orang yang dapat melakukan banyak kerja tanpa mengeluh.
Jika perniagaan anda berkembang maju dan pekerja dapat ditambah, pekerja-pekerja yang awal yang sama-sama membuka perniagaan harus diberi imbuhan yang setimpal dengan kesabaran mereka menghadapi saat-saat getir bersama anda.




PEMBUATAN / PERKILANGAN
Bahagian ini tertumpu kepada kerja-kerja PEMBUATAN produk-produk anda, jika anda membuka kedai makan atau restoran, kerja-kerja pembuatan adalah kerja-kerja MEMASAK dan PENYEDIAAN MAKANAN.
Atur semua jenis tugas dan tanggungjawap menurut keperluan, begitu juga jika anda membuat sesuatu barangan yang bukan makanan, seperti membuat pakaian contohnya...semuanya mesti ADA PERATURAN untuk bagaimana MELAKUKAN SESUATU PEKERJAAN.
PERATURAN atau TATAKERJA sering diabaikan oleh Pengusaha kerana tidak mengaplikasikan ARAHAN BERDOKUMENTASI yang teratur atau Works Orientations untuk pekerja.
Cara ini akan dapat menghindarkan sebarang kekeliruan diantara Pekerja dengan Majikan dan Pekerja dengan Standard Buatan. Kerana semuanya tertulis dengan jelas dan mudah untuk dipatuhi pada setiap masa.
ARAHAN-ARAHAN BERDOKUMENTASI seperti ini harus dikemaskini jika berlaku sebarang perubahan dari masa kesemasa.


PEMASARAN & PENJUALAN
Subjek ini telah banyak diperkatakan diposting yang terdahulu tetapi saya suka mengingatkan bahawa kedua-dua Bahagian atau Jabatan ini sangat penting kerana kedua-duanya akan menentukan perniagaan anda itu berjaya atau gagal dilaksanakan.
Bahagian PEMASARAN akan bekerja menembusi semua sekmen Kedaerahan Pengguna untuk sampai kepada GOLONGAN SASAR iaitu PEMBELI dan...
PENJUALAN pula akan bekerja bertemu Bakal-Bakal Pelanggan dan membemberi penerangan mengenai produk dan perkhidmatan perniagaan anda secara menyeluruh.


Pastikan bahagian Pemasaran & Penjualan ini melakukan kerja-kerja mereka dengan tetap, betul dan teratur dan segala MAKLUMAT PRODUK & PERKHIDMATAN perniagaan anda SAMPAI kepada PENGGUNA, walaupun anda hanya menjalankan perniagaan Warung Makanan ditepi-tepi jalan atau pasar malam!. Dan jika anda bekerja bersaorangan, pastikan anda melakukan kesemua tanggungjawap tersebut dengan penuh disiplin!.


PERHATIAN
Setiap Bahagian atau Jabatan akan ada pecahan-pecahan Tugas & Tanggungjawap menurut keperluan sesebuah Perniagaan, Anda tentukan dan sesuaikan sendiri menurut jenis perniagaan yang anda akan jalankan. Kesemua 4 Bahagian yang disebutkan merupakan yang ASAS daripada plebagai Bahagian yang BOLEH DIWUJUDKAN.


editor

No comments:

Post a Comment