Wednesday, February 16, 2011

TREND PERNIAGAAN #6 - Post #109

TIPsNIAGA.COM Posting #109


TREND PERNIAGAAN #6
Pembangunan TEKNOLOGI - KESAN NYA


APAKAH YANG BERLAKU ATAS PEMBANGUNAN TEKNOLOGI TERHADAP KESELURUHAN DUNIA PERNIAGAAN?.


TREND perubahan terhadap Teknologi dari semua aspek pembangunannya telah merubah banyak perkara di dalam Dunia Perniagaan pada hari ini. Di mana semua Teknologi yang lama telah bertukar kepada yang lebih sempurna dan serba canggih.


Banyak Sektor Industri Utama yang terlibat dengan perubahan Teknologi ini dan kesemuanya dapat meraih keuntungan dengan adanya kecekapan baharu yang di cipta oleh Pakar-Pakar dalam bidang masing-masing. 


Ini semua berasaskan INOVASI terhadap sesuatu Produk dan Perkhidmatan, yang menumpukan kepada keselesaan dan minat para pengguna.


Perubahan dalam Teknologi juga pelbagai, selain daripada rekabentuk produk ia juga melibatkan perubahan Teknologi keatas pelbagai jentera, peralatan, perkakas dari sekmen kejuruteraaan mekanikal, elektrikal, elektronik, kimia, makanan dan sebagainya. Dimana di dalam setiap Sektor Utama itu akan berlaku perubahan demi perubahan.


APA YANG BERLAKU?
Kesan dari perubahan dan peningkatan Teknologi ini telah membangkitkan pelbagai PEKERJAAN BAHARU di semua pelusuk Dunia, sebagai contoh...dengan pesatnya perkembangan penjualan secara Online menerusi Internet, permintaan untuk Sekmen PENGHANTARAN BARANGAN meningkat dengan mendadak.


Banyak syarikat-syarikat jenis PENGHANTARAN UDARA / DARAT dan LAUT terpaksa menambah kekuatan perkhidmatan mereka daripada penambahan Pesawat Kapal Terbang, Lori, Van, Motosikal dan Anggota Pekerja mereka di setiap Negeri dan Negara.


PERTAMBAHAN PEKERJAAN
Dan dengan penambahan itu, kini peluang pekerjaan dan perniagaan juga bertambah seperti khidmat:-

  • Juruterbang Pesawat
  • Kapten kapal Laut
  • Pemandu Kenderaan
  • Penunggang Motosikal




PERTAMBAHAN JENIS PERNIAGAAN SOKONGAN


Dengan Pertambahan di sektor PENGHANTARAN ini dan Perniagaan Sokongan sekmen industri mereka juga bertambah seperti :-

  • Penjuaalan / Bekalan minyak untuk Pesawat / Kapal Laut / Lori / Van / Kereta / Motosikal bertambah
  • Bengkel-bengkel membaiki dan menyelenggara Pesawat / Kapal Laut / Lori / Van / Kereta / Motosikal juga bertambah, termasuk khidmat Jurutera, Technician, Mechanic dan seumpamanya bertambah
  • Khidmat jualan Insuran terhadap pekerja dan perniagaan ini juga bertambah
  • Bekalan untuk mendapatkan Pesawat / Kenderaan baharu dan alat ganti juga bertambah
  • Bekalan untuk membuat pakaian seragam juga bertambah
  • Menaikkan produksi penghasilan kain bagi membuat pakaian
  • Bekalan untuk membuat kasut, tali pinggang dan aksessori lain juga bertambah.
  • Perubahan dalam Teknologi ini juga menjana kepada permintaan yang lebih tinggi terhadap Kotak-Kotak Pembungkusan yang di buat daripada Kertas dan Plastik

PERTAMBAHAN PAKAR-PAKAR PROFESIONAL


Bahan-bahan daripada Sumber Bahan Asli untuk menghasilkan produk-produk juga meningkatkan Khidmat kepakaran daripada Perkhidmatan:-

  • Konsultan Perniagaan / Pakar Motivasi
  • Peguam & Peguam Perniagaan
  • Institusi Kewangan seperti Bank dan Bank Perdagangan
  • Pakar-Pakar Pemasaran & Penjualan melalui Internet
  • Software & Hardware komputer
  • Syarikat Telekomunikasi

RUMUSAN
Semuanya bertambah seiring dengan perubahan dalam semua TEKNOLOGI yang terlibat. Inilah yang harus di perhatikan OLEH SETIAP PENIAGA agar setiap PELUANG Perniagaan itu tidak terlepas begitu sahaja.


Setiap TREND di dalam Perniagaan akan wujud Kesan-Kesan Sampingan yang Positif terhadap keseluruhan pertumbuhan Industri Utama itu sendiri.
Jangan berfikir NEGATIF terhadap perubahan di dalam Trend kemajuan Teknologi, kerana ianya sangat baik untuk semua Manusia pada keseluruhannya.


Cuba perhatikan Sekmen yang tidak terjejas teruk dengan Trend Perubahan dalam Teknologi seperti:-

  • Pembuatan Barang Perhiasan dari Barang Berharga
  • Perniagaan Restoran
  • Perniagaan Perfileman
  • Perniagaan berasaskan Muzik
  • Perniagaan Pembersihan 
  • Perniagaan Pembantu Rumah / Penjagaan Orang-Orang Tua
  • Perniagaan Penghantaran
  • Perniagaan Menggunting Rambut
  • Perniagaan Solekan & Andaman Wanita
  • Perniagaan Membaiki dan menyelenggara Kenderaan Bermotor
  • Perniagaan Peruncitan
  • Perniagaan Pembinaan Bangunan / Perumahan

Dimana di dalam sekmen ini tidak banyak perubahan dalam Teknologinya dan maseh kekal berkembang seiring dengan Sektor yang lain dan segala peluang maseh wujud dan di wujudkan.


editor

No comments:

Post a Comment