Wednesday, February 09, 2011

STRATEGY #5 - Post #87

TIPsNIAGA.COM Posting #87

STRATEGY #5
Salah Strategi Oleh JURUJUAL


APA YANG DI KATAKAN SALAH STRATEGI?


Ramai orang yang bekerja sebagai JURUJUAL samaada dari perniagaan yang berkonsepkan Konvensional Marketing, Direct Selling, Multi Level Marketing, Network Marketing, Internet Marketing dan yang sebagainya itu menggunakan Strategi yang SALAH dengan melakukan pekerjaan mereka sebagai JURUJUAL. 
Ini di sebabkan mereka kurang faham dengan mendalam berkenaan tugas dan tanggungjawap mereka yang bergelar Jurujual atau Sales Person atau sengaja tidak mengendahkan.


JURUJUAL dalam kontek yang sebenar adalah WAKIL kepada sesuatu Syarikat yang telah di beri segala kepercayaan dan kebebasan untuk mempromosikan dan menjual produk syarikat-syarikat berkenaan kepada pelanggan.
Sebagai WAKIL yang di beri TAULIAH untuk membawa NAMA dan PRODUK Syarikat, mereka harus MENJAGA Nama Baik sesuatu Syarikat yang di wakili itu dengan mengelakkan perkara-perkara yang bercanggah dengan ETIKA JUALAN terhadap Pelanggan.


Jadi, setiap tingkah-laku seorang Jurujual itu akan membabitkan SECARA LANGSUNG Nama Baik sesebuah Syarikat, WALAUPUN mereka bekerja sebagai Jurujual Sambilan atau Jurujual Freelance. Mereka tetap tertakluk kepada ETIKA sebagai seorang Jurujual seperti yang di amalkan oleh profesion yang lain seperti Peguam, Doktor, Arkitek, Jurutera, Pegawai Polis, Pegawai Tentera, Jururawat dan lain-lain.


Yang di katakan Strategi yang SALAH ialah dengan:-

  • Menawarkan Pelanggan dengan apa yang tidak di tawarkan oleh pihak syarikat
  • Menjanjikan sesuatu yang tidak di tawarkan oleh pihak syarikat
  • Mengambil Wang Deposit tetapi tidak memproses pembelian pelanggan
  • Membuat Iklan yang mengelirukan pelanggan dengan memberi Fakta tidak tepat
  • Membuat iklan-iklan palsu tanpa pengetahuan syarikat yang terlibat
  • Menjual dengan harga yang lebih mahal dari yang di tawarkan pihak syarikat
  • Berjual beli tanpa mengeluarkan RESIT Jualan Atau Penerimaan
  • Menyembunyikan Fakta & Kedudukan Syarikat yang sebenar daripada pengetahuan pelanggan
  • Mempromosikan sesuatu yang salah di sisi undang-undang seperti barang-barang seludup, tiruan, curian dengan menggunakan nama syarikat-syarikat yang betul tanpa pengetahuan 
  • Dan banyak lagi Salah-Laku yang di amalkan oleh Jurujual yang tidak TERLATIH.

JURUJUAL yang TERLATIH tidak akan melakukan perkara salah seperti yang di senaraikan di atas kerana mereka telah FAHAM :-

  • Siapa Mereka
  • Apa Jawatan Mereka
  • Siapa Majikan Mereka
  • Apa Syarikat Yang Mereka Wakili
  • Apa Produk Yang Mereka Jual
  • Apa Spesifikasi Produk
  • Apa Harga Jualan
  • Apa Nilai Komisen
  • Dan sebagainya

Bagi Jurujual yang terlatih, mereka telah TAHU & FAHAM segala Tugas & Tanggungjawap mereka terhadap :-

  1. DIRI SENDIRI
  2. SYARIKAT YANG DI WAKILI
  3. PELANGGAN

Mereka juga FAHAM apakah AKIBATnya jika mereka bertindak di luar ETIKA PROFESION sebagai JURUJUAL ini.
Di mana-mana Syarikat jika terdapat kes seperti Sifat & Sikap Jurujual yang tidak beretika seperti ini, mereka secara otomatik akan DI PECAT dan ada juga perbuatan mereka di laporkan kepada Pihak POLIS untuk tindakkan lanjut. Ada juga Syarikat yang MENYAMAN Jurujual kerana mengaibkan nama baik syarikat.

 editor

No comments:

Post a Comment