Tuesday, February 22, 2011

PSIKOLOGI PERNIAGAAN #14 - Post #127

TIPsNIAGA.COM Posting #127


PSIKOLOGI PERNIAGAAN #14
PRASANGKA BURUK
Apakah KESAN BURUK nya kepada Perniagaan Anda....


RAMAI para PENIAGA memiliki PRASANGKA BURUK terhadap RAKAN PENIAGA yang lain, samaada yang menjalankan sama jenis perniagaan, mahupun yang tidak sama jenis perniagaan nya.
PRASANGKA BURUK ini timbul atau wujud di dalam HATI mereka, apabila mereka melihat RAKAN PENIAGA yang lain lebih MAJU dan LEBIH PELANGGAN daripada perniagaan mereka sendiri.
Dan dari situ akan wujud lah pelbagai Prasangka Buruk dan Anggapan terhadap diri Peniaga yang lainnya TANPA merujuk dan menilai sebab dan faktor mengapa Rakan Peniaga yang lain itu lebih maju daripada mereka.


Yang paling BURUK apabila Perasaan Prasangka Buruk itu tidak dapat di bendung, lalu mereka mendapatkan khidmat BOMOH HITAM untuk merosakkan perniagaan Rakan Niaga tersebut. 
Dan penggunaan khidmat Bomoh Hitam seperti ini sememang nya wujud di mana sahaja di dalam Dunia ini tanpa mengira Bangsa, Agama dan dari mana Negara mereka berasal.


DARI SUDUT PSIKOLOGI
  • Dari Sudut psikologi, Orang yang memiliki Perasaan Prasangka Buruk dan tidak boleh melihat orang lain lebih berjaya ADALAH daripada kalangan orang yang berpenyakit MENTAL.
  • Dimana keadaan MENTAL mereka tidak dapat MENERIMA HAKIKAT bahawa orang lain lebih baik, lebih cerdik dan lebih berpengalaman menjalankan perniagaan daripada diri mereka sendiri. Mereka tidak mahu BELAJAR dan tidak mahu MENGAKUI bahawa diri mereka sendiri lah yang menjadi PUNCA mengapa perniagaan mereka tidak maju, tidak ramai pelanggan atau kehilangan pelanggan.
  • Mereka adalah daripada golongan Peniaga yang cetek Ilmu Pengetahuan mengenai ILMU PERNIAGAAN secara TOTAL.
KESAN NYA
  • Dengan sikap yang suka berprasangka buruk terhadap Peniaga lain, mereka akan melupakan segala Prosedur didalam melakukan R&D terhadap Diri dan Perniagaan mereka sendiri.
  • Dimana melalui Prosedur R&D seseorang Peniaga itu HARUS melihat, mengkaji-selidik, menilai, menentukan, merancang semula dan memperbaharui segala strategi perniagaan dengan Etika dan Disiplin diri yang betul, baharulah sesuatu kelemahan dan masaalah itu akan dapat di selesaikan.
  • Tetapi jika mereka BERDEGIL dan mahukan Khidmat Bomoh Hitam daripada Khidmat Busines Consultant, maka BUKAN Perniagaan orang lain sahaja yang akan menjadi punah-ranah atau jahanam TETAPI Perniagaan mereka sendiri tidak akan terus berjaya atau bertahan lama. Ini adalah kerana mereka TIDAK PERCAYA kepada KAEDAH R&D!
DI MANA SELALU WUJUD
  • Fenomena sebegini selalu wujud di Sekmen RESTORAN atau di KEDAI yang menjual makanan dan minuman, menjual buah-buahan, pasar malam, pasar pagi, pasar lambak, pasar besar, kedai runcit, kedai dobi, pasaraya atau perniagaan yang sering di datangi oleh orang ramai.
  • Kerana di dalam keadaan yang terbuka dengan hadir nya ramai peniaga dan pelanggan pada sesuatu masa akan memudahkan seseorang itu melihat di manakah TUMPUAN ORANG RAMAI untuk MEMBELI.
  • Oleh kerana SIFAT SEMULA JADI MANUSIA itu memang memiliki RASA IRI HATI dan CEMBURU, maka akan wujud pelbagai ANDAIAN atau PRASANGKA BURUK terhadap pesaing perniagaan.
CARA MENGELAK
Cara yang TERBAIK untuk mengelakkan diri daripada berprasangka buruk dan merasa iri-hati dan cemburu terhadap peniaga yang lain, Anda perlu berbalik kepada HAKIKAT PERNIAGAAN yang sebenar, dimana KEJAYAAN sesuatu jenis perniagaan itu terletak atau wujud didalam KEMAHIRAN dan PENGETAHUAN untuk Mengesan dan Mengetahui :-
  1. KEHENDAK PELANGGAN
  2. APA YANG MEREKA MAHUKAN
  3. JENIS YANG MEREKA SUKA
  4. MUTU  BARANGAN 
  5. REKABENTUK
  6. WARNA dan PERSEMBAHAN (display)
  7. KESEGARAN dan KETULINAN
  8. LAYANAN BAIK
  9. PERKHIDMATAN YANG CEKAP & PANTAS
  10. RAMAH & MESRA
  11. HARGA YANG BERPATUTAN
  12. KEBERSIHAN SEKITAR
Jika anda tidak memiliki separuh daripada apa yang telah di senaraikan di atas, maka jenis persembahan perniagaan anda adalah di bawah TAHAP MEMUASKAN atau dalam lain perkataan ialah TAHAP BURUK.


Maka dengan itu, anda tidak harus dan tidak perlu memiliki Prasangka yang buruk terhadap Peniaga lain atau memarahi Pelanggan kerana tidak mahu melanggan di tempat anda.
Anda PERLU melakukan PERUBAHAN YANG DRASTIK.....


RUMUSAN
  • Oleh yang demikian, jangan sesekali memiliki apa juga PRASANGKA BURUK terhadap PENIAGA dan RAKAN NIAGA anda yang lain.
  • Anda harus TANAMKAN Semangat Perpaduan sesama Peniaga dan harus bekerja-sama dalam apa juga hal yang bersangkutan dengan PERMINTAAN PELANGGAN.
  • Jika ini dapat anda lakukan, tidak akan wujud PERMUSUHAN didalam Perniagaan di mana anda berniaga
  • Dan anda kan dapat mengelakkan diri anda daripada melakukan KESALAHAN daripada ETIKA & UNDANG-UNDANG yang di wujudkan didalam :-
  1. PERNIAGAAN
  2. KEAGAMAAN
  3. PERPADUAN PENIAGA
  4. PERPADUAN BANGSA
  5. PERPADUAN DALAM NEGARA
editor

No comments:

Post a Comment