Saturday, February 05, 2011

JENIS PERNIAGAAN #10 - Post #74

TIPsNIAGA.COM Posting #74

JENIS PERNIAGAAN #10


Perniagaan Konvensional / Franchise / MLM
Tamadun & Halatuju Dalam Dimensi Seterusnya......




Kesemua Sistem yang diguna-pakai samaada yang berkonsepkan Konvensional atau Franchise dan MLM, kesemuanya BERTERASKAN dengan ASAS YANG SAMA iaitu:-
JUAL & BELI.


Seperti Sistem Franchise adalah kesinambungan dari Sistem Konvensional untuk mengembangkan perniagaan secara BERKONGSI dengan Bersyarat dan Sistem Franchise pula mengadaptasikan beberapa Sistem MLM bagi merancakkan program pengembangan perniagaan dalam Sistem Franchise yang agak terbatas bagi seseorang FRANCHISEE.


Jadi dengan mengadaptasikan sedikit Sistem MLM kedalam Sistem Franchise, setiap Franchisee kini berpeluang untuk mengembangkan pula rangkaian perniagaan mereka dengan mengambil Franchisee baharu dan duduk dibawah Urus-Tadbir mereka pula.


Harus juga diingat, Sistem MLM adalah modifikasi dari Sistem Pemasaran dan Penjualan dari Pernigaan jenis KONVENSIONAL tetapi ianya belum sesuai untuk diguna-pakai untuk semua jenis perniagaan dan maseh lagi berlaku pengubah-suaian didalam Sistem MLM untuk pelbagai jenis perniagaan.


PERUBAHAN terhadap semua Sistem Perniagaan ini berlaku KERANA didalam Sistem ASAL ia hanya wujud JUAL & BELI, dimana ada PENJUAL disitu akan ada PEMBELI. 
Oleh kerana PEMBELI zaman ini bertambah BIJAK kerana asuhan Akademik yang sempurna, maka msyarakat Pembeli sudah bijak untuk memilih apa juga keperluan dan barangan. Disinilah wujudnya CABARAN baharu kepada PENJUAL untuk bagaimana MEYAKINKAN PEMBELI terhadap produk-produk jualan mereka, maka timbul lah pelbagai STRATEGI PEMASARAN & JUALAN serta wujudlah sistem-sistem agihan Imbuhan kepada masyarakat penjual. Akhirnya, masyarakat pembeli yang membayar LEBIH!


Inilah TAMADUN yang melanda didalam Dunia Perniagaan yang sering berubah-ubah mengikut tahap kebijaksanaan manusia itu sendiri. Kerana hakikat sebenarnya Masyarakat Penjual adalah Masyarakat Pembeli.
Yang diperlukan disini ialah KEBIJAKSANAAN anda untuk memilih dan menilai sesuatu Sistem atau Kaedah sebelum membuat keputusan menjadi USAHAWAN.




editor

No comments:

Post a Comment