Tuesday, February 15, 2011

DECISION MAKING #5 - Post #104

TIPsNIAGA.COM Posting #104


DECISION MAKING #5
Setiap KEPUTUSAN di buat dari SUDUT APA




Ramai Usahawan mampu dan boleh membuat sebarang keputusan terhadap semua perkara di dalam urus-niaga mereka, tetapi ramai Usahawan maseh belum FAHAM setiap KEPUTUSAN itu harus di buat dari SUDUT APA?


JENIS KEPENTINGAN
Yang di maksudkan SUDUT itu ialah DARI KEPENTINGAN APA?...Adakah dari:--

  • Kepentingan PERIBADI
  • Kepentingan ORANG RAMAI
  • Kepentingan POLITIK
  • Kepentingan PENGGUNA
  • Kepentingan PERNIAGAAN
  • Dan pelbagai lagi sudut-sudut lain yang ada....

SEBAB MEMBERI KEPENTINGAN
Dalam Dunia Perniagaan samaada ianya bersaiz kecil atau pun bersaiz besar, yang berkonsepkan Konvensional mahu pun yang berkonsepkan Modern Business Networking, sebagai seorang PENIAGA yang bergelar USAHAWAN anda perlu memberi KEPENTINGAN untuk sebarang KEPUTUSAN terhadap KESELURUHAN KEPENTINGAN PERNIAGAAN yang anda usahakan!.


BUKAN atas dasar kepentingan yang bercorak Peribadi, Orang Ramai, Politik, Pengguna serta yang lain-lain, ini di sebabkan perniagaan yang anda jalankan itu telah menjadi sebuah Institusi yang memerlukan perhatian khusus agar ia tidak gagal untuk berfungsi di dalam semua aktiviti yang di jalankan.


Jika Kepentingan untuk Perniagaan di campur-adukkan dengan sentimen Peribadi, Orang Ramai, Politik, Pengguna dan yang lain-lain itu, Setiap Keputusan yang anda TETAPKAN untuk Perniagaan anda tidak dapat memberi RUANG BEBAS untuk ia BERDIKARI dan akan TERTAKLUK kepada tuntutan-tuntutan luaran dan akhirnya Perniagaan anda itu akan gagal menuju kearah yang telah di tetapkan.


CONTOH
Jika anda memiliki sebuah RESTORAN, anda di tawar dan di beri arahan untuk menyediakan makanan dan minuman untuk sebuah Majlis Politik yang akan di hadiri oleh 1,000 Orang Ahli Politik dengan Nilai Tawaran 30-40% lebih rendah daripada Harga Pasaran semasa.


Umpamanya, di dalam situasi biasa anda mengenakan caj RM8 untuk seorang dan untuk 1,000 orang bermakna RM8,000. Dengan Nilai Tawaran yang lebih rendah sekitar 30-40% itu bermakna anda akan kehilangan antara RM2,400 hingga RM3,200!
Anda di beri TAWARAN tersebut atas dasar SETIA PERJUANGAN yang berteraskan Politik dan di beri Taklimat bahawa itu adalah Pengorbanan yang anda harus redhai dan pelbagai lagi kata-kata bermotivasikan Politik di tekankan kepada anda.
Dimana mungkin anda di tawarkan Imbuhan yang berteraskan Politik.


Tetapi pada hakikat Perniagaan, anda sedar bahawa dengan HARGA tersebut anda akan RUNNING LOSS atau Tidak Ada Untung, malah terpaksa untuk menanggung segala Kos Pekerja dan Pengangkutan kerana dengan Harga RM4,800 yang anda dapat itu hanya untuk KOS MODAL untuk menyediakan bahan-bahan mentah masakan tersebut sahaja. Tetapi anda lakukan juga kerana bermotifkan POLITIK bukan kerana bermotifkan PERNIAGAAN. Ini di anggap dan merupakan satu kesilapan besar dalam perniagaan.


ASAS NIAGA
Di sini HARUS di fahami kembali bahawa PERNIAGAAN berpaksikan 3 perkara sahaja:-

  1. MODAL
  2. UNTUNG
  3. RUGI

Anda menjalankan Perniagaan dengan MODAL dan anda mengharapkan KEUNTUNGAN yang sedia Wujud, tetapi jika anda TERSALAH membuat sebarang KEPUTUSAN, maka anda akan mendapat RUGI.


Di dalam senario contoh tersebut, anda bersetuju bukan atas dasar Perniagaan tetapi atas dasar Politik, dan anda juga sedar bahawa anda menganggung kerugian.
Banyak kes-kes seperti ini berlaku dipelbagai sekmen perniagaan amaada di sekmen perbekalan barangan runcit, perkakas dan peralatan sekolah, pejabat, rumah dan sebagainya MENGALAMI KERUGIAN yang berterusan kerana Usahawan tersebut membuat sesuatu keputusan BUKAN ATAS DASAR KEPENTINGAN PERNIAGAAN.


KEPENTINGAN PERNIAGAAN
Bermaksud anda MEMBERI segala PERHATIAN terhadap segala KEPENTINGAN perniagaan anda itu dari semua sudut Ibarat sebuah proses menanam pokok dari benih, harus di jaga rapi sehingga ia tumbuh besar dan kukuh.
  • Supaya ia dapat berkembang dan berdaya maju
  • Segala kepentingannya harus di utamakan
  • Terhindar daripada segala gejala yang boleh merosakkan
  • Yang boleh mengganggu pembesaran
  • Dan mesti bebas dari sebarang hambatan
Jika ia sudah besar dan kukuh, bermakna ia sudah berdikari sendiri dan memerlukan perhatian yang sedikit. Pada ketika ini perhatian akan lebih tertumpu kepada pembesaran benih-benih yang baharu pula.


RUMUSAN
Di sinilah KEMAHIRAN atau SKILL untuk melakukan DECISION MAKING harus WUJUD dan sentiasa di pertingkatkan dengan memperbanyakkan mendapatkan maklumat daripada Usahawan yang berpengalaman, dari kaedah membaca serta pengalaman yang di alami sendiri.


KEMAHIRAN atau SKILL boleh di pelajari pada bila-bila masa sahaja asalkan anda merasa ianya sangat perlu anda pelajari, jika tidak ada keperluan dapat di rasakan maka anda tidak menganggap ianya penting untuk anda dan perniagaan anda.



editor

No comments:

Post a Comment