Thursday, February 03, 2011

MEMBANGUN PERNIAGAAN #6 - Post #60

TIPsNIAGA.COM Posting #60

MEMBANGUN PERNIAGAAN #6
Perkhidmatan Atau Services - part one


PERKHIDMATAN atau SERVICES juga merupakan HASIL PRODUK sesebuah Syarikat yang menjalankan dan menyediakan pelbagai jenis Perkhidmatan yang berbentuk KEPAKARAN untuk para Pelanggan. Ini termasuk jenis-jenis perniagaan seperti:-



  • Doktor
  • Peguam
  • Arkitek
  • Jurutera
  • Penyiasatan
  • Kewangan
  • Motivasi
  • Insuran
  • Dan yang lain-lain...



Juga Perkhidmatan Pelanggan yang diadakan sebagai Value Added Services terhadap Pelanggan di mana-mana jenis perniagaan yang terdedah kepada ramai Pelanggan seperti di:-

  • Kedai Runcit, Supermarket, Hypermarket, Gedung Beli Belah
  • Warung, Kedai, Restoran Makanan / Minuman
  • Perhotelan, Resort, Rumah Tumpangan
  • Penerbangan / Persiaran / Pelancungan
  • Penjualan Kenderaan / Barangan
  • Atau dimana-mana sahaja yang Pelanggan harus dilayan


Bahagian Perkhidmatan Pelanggan yang samaada diberikan oleh Pakar-Pakar atau Pengawai Perkhidmatan Pelanggan adalah bertujuan untuk MEMBERIKAN KHIDMAT YANG TERBAIK untuk Para Pelanggan agar Pelanggan merasa SELESA dengan apa yang ditawarkan dan tahap layanan yang diterima.


Jadi, melalui Perkhidmatan Pelanggan ini..perkara paling UTAMA sekali dititikberatkan ialah JANJI - JANJI yang ditabur untuk Pelanggan HARUS DITEPATI sepenuhnya. Tidak kira samaada anda menjalankan Perkhidmatan KEPAKARAN atau setakat meberikan Khidmat Pelanggan yang biasa sahaja. Segala apa yang Syarikat anda JANJIKAN anda HARUS BERIKAN kepada Pelanggan.
Disinilah Para Pelanggan akan MEMBERI NILAI terhadap APA yang Syarikat JANJIKAN dengan Tahap Perlaksanaan yang anda lakukan. Jika Syarikat anda GAGAL MENEPATI JANJI, anda akan kehilangan Pelanggan!


Bagi Pelanggan yang lebih BIJAK dan BERANI, mereka akan membuat BANTAHAN, ADUAN serta MENYANGGAH perbuatan MUNGKIR JANJI dengan pelbagai cara sehingga ada perkara yang dibawa keMahkamah!. Oleh kerana itu sebagai Pengusaha Perniagaan anda perlu berhati-hati ketika menawarkan sesuatu JANJI atau TAWARAN kepada Pelanggan.
Sebaik mungkin, jangan membuat sebarang Tawaran atau Janji jika Syarikat anda tidak berkemampuan untuk melaksanakannya.


MUTU
Mutu Perkhidmatan Pelanggan juga harus di JAGA dengan sempurna, setiap pekerja dan Pegawai yang ditugaskan harus mendapat LATIHAN memberikan Perkhidmatan / Perhubungan Awam dengan sempurna, begitu juga kepada Golongan Professional yang memberi Kepakaran mereka kepada orang ramai harus BELAJAR apa itu Perkhidmatan Pelanggan, jangan terbawa-bawa dengan keegoan keprofesionalan anda.


Kejatuhan sesuatu jenis Perniagaan juga berkait rapat dengan Faktor Perkhidmatan Pelanggan yang Syarikat anda berikan, kerana jika Pelanggan merasakan mereka tidak dilayan dengan baik dan sempurna, mereka tidak akan datang semula ketempat anda, kecuali jika terpaksa.


Dan seperkara lagi ialah Imej Syarikat akan akan mudah naik atau jatuh disebabkan Perkhidmatan Pelanggan yang baik atau buruk terhadap pelanggan. Seorang Pengusaha yang bijak tidak akan membiarkan segala usaha mereka itu lebur dengan mudah disebabkan perkara-perkara seperti kelemahan ini.


editor

No comments:

Post a Comment