Tuesday, February 08, 2011

PEMBANGUNAN PRODUK #10 - Post #82

TIPsNIAGA.COM Posting #82

PEMBANGUNAN PRODUK #10
R&D pemikiran & Pilihan - BANTU & JUAL
RUMUSAN


RESEARCH & DEVELOPMENT atau KAJIAN & PEMBANGUNAN, dalam 9 Posting yang memfokuskan peri pentingnya R&D terhadap semua aspek yang bermula daripada Diri MANUSIA itu sendiri kepada apa juga yang ingin dilakukannya, HARUS ada R&D!


Contohnya, 
Seperti ingin melakukan R&D terhadap sesuatu Produk atau Perkhidmatan, jika anda tidak melakukan R&D terhadap diri sendiri dahulu, anda tidak akan dapat melakukan yang selanjutnya, apatah lagi terhadap perkara-perkara yang lain yang begitu asing bagi diri anda.
Maksud yang jelasnya ialah, Anda perlu mempelajari segala KEKUATAN dan KELEMAHAN yang anda miliki terlebih dahulu, daripada titik permulaan itu baharu anda bergerak maju kehadapan dengan berbekalkan APA YANG ANDA TAHU MENGENAI DIRI ANDA!.


Jika Kekuatan diri anda adalah dari segi Akademik dalam bidang Kejuruteraan Kimia umpama nya, bermakna anda sudah ada LANDASAN untuk menggerakkan sesuatu berkisar dari APA YANG ANDA TAHU itu dan jurusan KIMIA itu pula luas perspektifnya dan anda haruslah memilih yang terdekat dengan kebolehan anda.


Umpama nya anda berkebolehan MENCIPTA KIMIA-KIMA untuk kegunaan keperluan rumahtangga seperti bahan-bahan pencuci lantai, bilik air, tandas, kenderaan dan sebagainya. Itu sudah cukup kuat untuk anda memulakan sesuatu usaha.


Tetapi mungkin KELEMAHAN anda pula ialah tidak mempunyai WANG untuk memulakan usaha dan ini menjadi penghalang utama bagi anda untuk meneruskan usaha-usaha tersebut. 


Jadi, bagi mengatasi masaalah ini akan ada pelbagai cara atau jalan untuk anda mengatasinya seperti:-





  • Melakukan Sample atau Contoh hasil uji-kaji anda yang terbaru
  • Lakukan Kertas Kerja yang lengkap

  • Buat permohonan mendapat bantuan Kerajaan atau Pihak Bank untuk menubuhkan Kilang anda sendiri

ATAU

  • Anda boleh mencari Pengusaha-Pengusaha yang sediaada
  • Buat Tawaran untuk bekerjasama
  • Rundingkan Hak-Hak dan Perjanjian

ATAU

  • Anda boleh MENJUAL hasil-hasil Ciptaan Anda itu kepada Pengusaha-Pengusaha yang berminat dari dalam dan luar Negara



Yang PENTING anda harus BERANI mencuba semua peluang-peluang yang ada dan jangan menunggu DI BERI PELUANG. Kerana peluang selalunya tidak datang bergolek.....Anda kena kejar dan tangkap peluang tersebut!!!


Begitu juga halnya didalam mana-mana Organisasi-Organisasi dan Syarikat-Syarikat, harus selalu melakukan R&D terhadap apa juga Kelemahan atau Masaalah yang melanda. Hanya dengan jalan ini sahaja anda boleh mengatasi sesuatu itu dengan cara yang berhemah, teratur dan memiliki garis-panduan yang nyata berdasarkan fakta-fakta yang anda kumpul melalui R&D.


Dalam perlaksanaan R&D, jangan mengira siapa anda...samaada anda seorang Peniaga Pasar malam, Pasar Tani, Warung-Warung Makanan / Minuman, Restoran, Kedai Runcit, Kedai Dobi, Kedai Gunting, Mak / Pak Andam, Pemotong Rumput, Tukang Besi, Tukang Kayu, Golongan Profesional, Golongan Koperat, Golongan Konglomerat atau SIAPA PUN DIRI ANDA....lakukanlah R&D anda sendiri dengan mencari JAWAPAN yang anda sendiri sediakan SOALANnya....


Selamat MAJU JAYA

editor

No comments:

Post a Comment