Wednesday, February 16, 2011

TREND PERNIAGAAN #2 - Post #106

TIPsNIAGA.COM Posting #106


TREND PERNIAGAAN #2
Apakah TREND PERNIAGAAN HARI INI


Jika anda bijak memerhatikan Trend Perniagaan yang wujud pada hari ini, anda akan dapati ianya di pelopori oleh beberapa sekmen perniagaan dari Industri Perniagaan Utama seperti dari:-
  • Sektor Kewangan atau Financial
  • Sektor Barangan Pengguna atau Consumer Goods
  • Sektor Perkhidmatan atau Service

No.1 Dari Sektor Kewangan
  • Banyak Produk-Produk Pelaburan Kewangan untuk jangkamasa pendek atau panjang
  • Produk Simpanan Emas dan Barang Berharga
  • Produk Insuran
  • Produk Forex
  • Produk Simpanan dan Hartanah
No.2 Dari Sektor Barangan Pengguna
  • Produk Kesihatan dari sumber asli
  • Produk Kenderaan Bermotor (Kereta / Motosikal)
  • Produk Barangan Runcit - Makanan Ringan / Beku
  • Produk Pakaian
  • Produk Barangan Keperluan Rumah tangga
  • Produk Peralatan Elektrik & Elektonik
  • Produk Telekomunikasi



No.3 Dari Sektor Perkhidmatan
  • Kedai Dobi
  • Restoran Makanan Segera
  • Restoran / Kedai Makan
  • MLM
  • Franchise
  • Konsultan / Motivasi
  • Pusat kecantikan Wanita
No.4 Dari Sektor Bahan Asas
  • Penanaman Pokok-Pokok Herbal
  • Penanaman Pokok Kenaf
  • Penanaman Pokok Buah-Buahan
  • Penternakan Kambing / Lembu / Ikan keli / Ikan Air Tawar / Burung Walit

4 Sekmen tersebut adalah dari Sektor Industri Utama yang sangat POPULAR pada hari ini yang menjadi PILIHAN kepada ramai Usahawan. Persoalanya di sini MENGAPA?


FAKTOR PENDORONG
Faktor #1
Ini di sebabkan oleh PERMINTAAN YANG TINGGI di dalam Negara (Malaysia) yang lebih tertumpu kepada sekmen-sekmen tersebut, dimana ramai bakal-bakal Usahawan dan Peniaga sediaada berlumba-lumba memasuki sekmen-sekmen tersebut untuk meraih keuntungan daripada permintaan tersebut.


Faktor #2
Kerana didalam beberapa tahun kebelakangan ini ramai PENGUSAHA yang melakukan banyak R&D untuk menghasilkan JENAMA-JENAMA BAHARU daripada pelbagai sumber-sumber ASLI seperti Porduk-Produk Kesihatan dan Kecantikan untuk Wanita.


Faktor #3
Juga kerana Kestabilan Ekonomi Rakyat daripada PEMULIHAN Ekonomi Negara dimana kebanyakan Rakyat kini berupaya membawa pulang Wang yang lebih dengan pendapatan bulanan yang lebih selesa.


PELUANG BAHARU
Semua ini di istilahkan sebagai PELUANG PERNIAGAAN yang berjaya di hasilkan oleh pengusaha-pengusaha yang berfikiran jauh serta dari dorongan pihak Kerajaan yang mahu Ekonomi Negara di rancakkan agar Negara dapat keluar dari kemelesetan Ekonomi yang melanda seluruh Dunia.


Peluang-Peluang ini bukan sahaja dapat di buka kepada semua bakal-bakal Usahawan tetapi ia juga memberi ruang kepada Peniaga-Peniaga yang sediaada untuk mengembangkan jenis-jenis perniagaan mereka kepada jenis-jenis perniagaan yang baharu sebagai langkah Diversification.






NOTA:-
MLM & FRANCHISE di kategorikan di dalam SERVICES atau PERKHIDMATAN kerana apa yang di tawarkan adalah lebih tertumpu kepada PENCARIAN WAKIL-WAKIL PEMASARAN & JUALAN dan BUKAN TERTUMPU kepada MEWUJUDKAN USAHAWAN yang MEMILIKI SYARIKAT-SYARIKAT UTAMA sebagai Syarikat MLM atau pun FRANCHISE. 


Kegiatan tersebut di lihat sebagai PENGEMBANGAN PEMASARAN & PENJUALAN PRODUK dan PERKHIDMATAN dari Syarikat-Syarikat yang sediaada.
Oleh itu, jangan tersalah sangka dengan apa juga kaedah atau kegiatan daripada kedua-dua sekmen ini.


editor

No comments:

Post a Comment