Thursday, February 17, 2011

TREND PERNIAGAAN #8 - Post #111

TIPsNIAGA.COM Posting #108


TREND PERNIAGAAN #8
Peniaga HILANG KAWALAN


Perkara ini juga merupakan salah satu Trend Perniagaan tetapi bukan suatu Trend yang baik tetapi ia lebih kepada keburukan. Dimana seseorang Peniaga itu hilang kawalan terhadap perniagaannya sendiri.
Jika pada awalnya mereka boleh mengawal segala hal yang bersangkutan tetapi pada suatu tahap mereka sudah merasakan tidak dapat mengawalnya lagi.
Persoalannyanya MENGAPA?


ANTARA FAKTOR
Ada banyak Faktor yang boleh mencetuskan dilema tersebut seperti:-
  • Memiliki Mindset "Pekerja" atau Employee Mindset dan bukan sebagai "Pemilik Perniagaan" atau Business Owner Minset.
  • Perniagaan mereka telah melepasi had yang di jangka 
  • Apabila sesuatu berlaku ianya di luar kemampuan untuk menyelesaikannya
  • Tidak menyiapkan pengetahuan diri dengan mempelajari segala kemungkinan yang di jangka
  • Tidak merujuk kepada Pakar untuk mendapat khidmat nasihat
MINDSET atau CORAK PEMIKIRAN
  1. Kebanyakan Usahawan atau Para Peniaga tidak melatih pemikiran mereka sebagai seorang PENIAGA yang MEMILIKI PERNIAGAAN. Dimana kebanyakan daripada para pengusaha ini datangnya dari sektor Kerja Makan Gaji.
  2. Jadi, pemikiran mereka telah SELESA dengan pendapatan Bulanan yang TETAP dan sudah merangka perbelanjaan menurut pendapatan yang akan di perolehi pada setiap bulan. Perkara ini telah menjadi sebati di dalam pemikiran mereka dan mereka di istilahkan sebagai berada di dalam Comfort Zone atau Zon Selesa.
  3. Apabila mereka membuat sesuatu keputusan untuk membuka apa juga jenis perniagaan, mereka yang pada mulanya memiliki MODAL yang selesa dan dapat bertahan untuk jangkamasa tertentu, maseh belum terasa bahawa mereka sebenarnya telah di keluarkan daripada Comfort Zone sebaik sahaja mereka itu membuka perniagaan sendiri.
  4. Dan mereka selalu terlupa bahawa dengan membuka perniagaan sendiri, pendapatan mereka tidak lagi TETAP dan akan sentiasa bergantung sepenuhnya kepada USAHA mereka untuk menggerakkan penjualan kepada pelanggan. 
  5. Jika mereka gagal berbuat demikian, maka semua masaalah KEWANGAN akan perlahan-lahan wujud. Jadi di sinilah puncanya mereka akan HILANG KAWALAN untuk bagaimana mengendalikan perniagaan mereka sepertimana mereka mulakan dahulu.
LANGKAH PENGAWALAN
Sebagai Business Owner atau Pemilik Perniagaan dan berfikir secara Orang Berniaga, seseorang Peniaga itu HARUS dan SENTIASA melatih diri mereka untuk MENGAWAL perkara-perkara berikut pada SETIAP HARI:-
Cash FLow
  • Harus selalu memeriksa kelancaran Wang keluar-Masuk dan memeriksa apa-apa juga kekurangan dan kesilapan. 
  • Buat pemeriksaan terhadap aktivi-aktivi berbelanja di luar perancangan 
  • Ketahui sebab-sebabnya dan buat langkah pencegahan.
Balance Sheet
  • Selalu memeriksa dan memerhatikan segala perkembangan perniagaan melalui Pengurusan Kewangan yang cekap dan FAHAMI Balance Sheet perniagaan anda.
Profit & Loss
  • Harus selalu memeriksa segala Untung & Rugi, jika Untung apakah faktor penyebabnya dan jika Rugi apakah masaalahnya. 
  • Dan harus ada langkah-langkah susulan untuk kedua-duanya.
Overheads
  • Perbelanjaan untuk semua Tanggungan Syarikat harus di periksa selalu, 
  • Cari apa juga masaalah yang terlebih berbelanja dari sepatutnya, 
  • Cari jawapan dari semua persoalan yang di timbulkan dan buat penyelesaian segera.
Customers
  • Semak dan Kaji pelanggan dari golongan mana yang membuat keuntungan kepada syarikat anda, kenapa dan mengapa?...
  • Buat penilaian dan beri tumpuan-tumpuan dalam strategi seterusnya.
Suppliers
  • Semak dan kaji para pembekal kepada syarikat anda, adakah mereka memberikan harga yang rendah atau lebih, adakah khidmat mereka baik atau bermasaalah...
  • Buat penilaian dan cari jalan untuk membaikinya, seperti mencari Pembekal lain yang lebih baik harga tawaran mereka.
Quality
  • Adakah MUTU perkhidmatan dan produk yang anda tawarkan sentiasa memenuhi kehendak pelanggan?...
  • Semak dan Kaji dan jangan terlepas pandang kepada perkara yang remeh temeh, kerana ia boleh meruntuhkan perniagaan anda.
Business Perfomance
  • Selalu buat semakan secara Mingguan dan Bulanan untuk mengetahui adakah perniagaan anda itu membuat kemajuan seperti yang di harapkan atau ianya menurun setiap masa?...
  • Buat semakan dan kajian dan cari langkah-langkah pembetulan dengan segera. Kenal pasti bahagian-bahagian yang mendatangkan masaalah.
Future Direction
  • Perniagaan anda harus dan perlu sentiasa bergerak kearah yang telah di tetapkan seperti di dalam Perancangan Awal penubuhan syarikat anda, pastikan semuanya bergerak di landasan yang betul dan tepat. 
  • Dan sentiasa buat ukuran kemajuan syarikat melalui bentuk Carta agar ianya mudah di lihat dan di fahami.
  • Buat tindakkan segera terhadap apa juga halangan dan masaalah yang timbul supaya ia tidak membesar dan menjadi sukar untuk di selesaikan.
  • Lakukan semuanya di dalam KAWALAN ANDA pada setiap hari
JADUAL UNTUK DIRI

Dalam soal HILANG KAWALAN ini, anda sebagai seorang Usahawan harus menukar minset daripada seorang Pekerja kepada seorang Pemilik Perniagaan dengan melakukan keutamaan seperti berikut:-


Buat Jadual Kerja Harian
  • Jadual Kerja ini penting untuk membezakan Waktu-Waktu untuk Bekerja dan Waktu-Waktu untuk bersama Keluarga.
  • Jika tidak di bezakan, akan berlaku Kejutan Budaya dalam keluarga dan keluarga anda boleh menjadi Musuh Utama anda di kemudian hari
  • Dan anda akan kehilangan Sokongan mereka.
Buat Keutamaan 
  • Beri Keutamaan kepada Keluarga seperti Isteri, Anak-Anak, Ibu Bapa dan Saudara Mara, Mereka adalah sumber kekuatan HIDUP anda. 
  • Dan kerana merekalah anda memulakan langkah untuk menjadi Peniaga dan Usahawan Berjaya.
  • Terutama Masa untuk Isteri/Suami dan Anak-Anak.
Beri & Jadualkan Masa untuk DIRI SENDIRI
  • Jadualkan MASA untuk Diri Sendiri untuk membuat apa juga perancangan perniagaan yang di luar waktu untuk Keluarga dan Bekerja.
  • Anda memerlukan suatu MASA yang sesuai untuk menghasilkan BUAH FIKIRAN yang baik tanpa gangguan.
  • Cari MASA tersebut dan jadualkan untuk diri anda.
Buat Senarai Perkara-Perkara yang HARUS DI BUAT
  • Dengan membuat Senarai Kerja-Kerja yang harus di buat pada setiap hari. 
  • Anda akan dapat merasakan perjalanan pekerjaan anda sebagai Pemilik Perniagaan berjalan dengan sempurna.
  • Semua MASA dapat di isi dengan kerja-kerja yang perlu
  • Akan tiada MASA yang terbuang begitu sahaja.
  • Jika ada masa terluang, cari maklumat perniagaan menerusi pelbagai Media seperti di Majalah, Akhbar dan Internet



Belajar MENGAGIHKAN Kerja & Tanggungjawap
  • Anda juga harus belajar untuk memberikan beberapa Tugas dan Tanggungjawap kecil dan yang kurang penting kepada para pekerja yang berkemampuan melakukannya.
  • Tetapi setiap Tugas dan Tanggungjawap itu harus di PANTAU sehingga ianya selesai dilakukan, langkah ini akan dapat mengurangkan tekanan terhadap diri anda sendiri.
  • Langkah ini juga akan mengajar anda untuk bagaimana MEMPERCAYAI seseorang pekerja dan siapa yang harus di beri kepercayaan.
RUMUSAN

  • Jika semua perkara di atas dapat anda lakukan, itu bermakna anda telah berpindah dari Pemikiran yang bercorak Pemikiran PEKERJA kepada pemikiran seorang PEMILIK PERNIAGAAN..!!!
  • Jika semuanya dapat di lakukan dengan baik dan sentiasa di patuhi dan dijadikan sebagai rutin atau disiplin harian anda, maka masaalah HILANG KAWALAN terhadap perniagaan anda sendiri dapat di elakkan dari peringkat awal.
Pencegahan adalah lebih baik dari Rawatan....


editor

No comments:

Post a Comment