Friday, February 11, 2011

INDUSTRI PERNIAGAAN #3 - Post 95

TIPsNIAGA.COM Posting #95


INDUSTRI PERNIAGAAN #3
Kenali Industri Sokongan kepada Industri Utama


INDUSTRI SOKONGAN
Topik ini adalah lanjutan dari Posting #93 yang berkenaan dengan SEKTOR dalam INDUSTRI, jika kita perhatikan di dalam sektor-sektor utama seperti:

  1. Basic Materials ( Bahan Mentah Asli)
  2. Consumer Goods  (Barangan Pengguna)
  3. Industrial Goods  (Barangan Industri)
  4. Healthcare  (Kesihatan)
  5. Technology  (Teknologi)
  6. Utilities  (Kemudahan Awam)
  7. Financial  (Kewangan)
  8. Services  (Perkhidmatan)

Sektor yang utama ini amat sukar untuk di ceburi mahupun untuk di masuki jika tidak memiliki pengetahuan yang mencukupi atau pun kedudukan perniagaan (dalam Service)  anda berada bukan dalam sektor yang 7 yang utama.
Ini adalah tanggapan yang biasa kita dengar daripada keluhan ramai orang yang berniaga, akan tetapi jika anda menganalisa kesemua sektor utama ini anda akan dapat melihat bahawa setiap sektor itu akan atau bergantungan di antara satu dengan yang lain.




Contoh Satu
Umpama nya dalam sektor Healthcare, jika anda fikir dengan sekali lalu anda akan terfikir sektor ini untuk orang-orang yang tahu dan mahir dalam bidang perubatan moden seperti Doktor dan Jururawat!..yang mengendalikan samaada Klinik kesihatan atau pun Hospital. Sudah tentu anda terfikir, apa yang boleh anda lakukan dalam sektor ini?.....


Baik...secara teknikal nya setiap klinik atau hospital akan memerlukan bantuan dari sektor SERVICE atau PERKHIDMATAN bagi membekalkan bahan-bahan dan barang-barang seperti:-


  • Segala Jenis Ubat-Ubatan
  • Perkakas Perubatan Am
  • Perkakas Pembedahan
  • Peralatan bilik untuk Ward Pesakit
  • Pakaian / Tuala / Sabun / Ubat Gigi dan lain-lain
  • Peralatan & Perkakas Alat Tulis
  • Telekomunikasi
  • Peralatan komputer & Electronik
  • Perkhidmatan Pembersihan Klinikal & kawasan
  • Peralatan / Perkakas / Keperluan Bayi & kanak-kanak
  • Dan apa juga yang perkhidmatan sokongan yang di perlukan yang bukan kepakaran Kedoktoran dan kejururawatan.
  • Semua ini adalah khidmat SOKONGAN daripada Industri PENYOKONG yang berada di sektor lain. Dan jika di perhatikan keperluan yang tertera, ia meliputi banyak sektor utama yang lain.

Kerana itu, sebagai seorang ahli perniagaan, kita harus melihat sesuatu itu secara khusus dan terperinci supaya kita akan dapat melihat segala PELUANG yang tersedia dan boleh di masuki.


PELUANG atau OPPORTUNITY di dalam kamus perniagaan perlu di cari kedudukannya dan ambil segala peluang yang ada menurut kemampuan dan kesediaan syarikat anda.


Dan setelah anda TAHU kedudukan sesuatu peluang yang wujud di dalam sesuatu sektor, anda perlu mempelajari pula untuk bagaimana anda mendapatkannya, jadi proses nya seperti ini:-

  • Analisa Peluang di mana-mana sektor untuk anda masuki, senaraikan segala potensi.
  • Kenal pasti setiap peluang yang ada sesuai dengan keupayaan syarikat anda untuk menyediakan dan membekalkan nya tanpa masaalah.
  • Siasat bagaimana cara untuk membuat bekalan ke Hospital itu (contoh sahaja) dan apakah prosedur nya
  • Buat permohonan dan beri TAWARAN anda. 
Lakukan proses yang sama untuk sektor-sektor utama yang lain dan jangan menumpukan di dalam satu sektor sahaja, ini adalah kerana di dalam setiap sektor utama itu WUJUD pelbagai cabang-cabang urusan perniagaan nya yang tersendiri.

Dan setiap cabang itu pula juga memerlukan khidmat sokongan daripada sektor yang lain. Inilah yang di katakan bahawa setiap sektor itu berkaita rapat dan bergantungan di antara satu dengan yang lain!.

Untuk menjadi seorang Peniaga yang berfikiran luas dan tahu untuk bagaimana mencari PELUANG-PELUANG PERNIAGAAN, anda perlu sentiasa menganalisa sesuatu sektor utama itu dengan teliti, senaraikan jenis-jenis perkhidmatan yang wujud dan ada cari di mana dan apa yang mereka perlukan.
Hanya dengan cara sebegini sahaja anda akan dapat mengenal pasti setiap peluang-peluang perniagaan yang ada.

Contoh kedua

Bagi sebuah Kilang memproses minuman Herba seperti RedBull, Orang Kampung, Livita dan sebagainya itu, perusahaan ini maseh memerlukan khidmat sokongan untuk mendapatkan bekalan-bekalan asas untuk kegunaan kilang mereka seperti yang berlaku dengan pihak Hospital. 
Hanya anda perlu membuat sedikit kajian dan analisa terhadapnya.
Untuk Kilang seperti ini, mungkin anda tidak dapat membekalkan Kayu Tongkat Ali kerana mungkin mereka ada pembekal yang tetap atau mendapat bekalan dari Ladang mereka sendiri, jadi pastikan benda-benda yang lain yang berada di luar kemampuan mereka. itulah peluang anda!
Sektor ini datang nya dari sektor Consumer Goods (Barangan Pengguna)

BUAT PERANCANGAN
Jika anda sememangnya berada di dalam kategori Perkhidmatan yang menjurus kepada perbekalan am atau yang bentuk kepakaran tertentu, anda perlu melakukan satu imbasan terhadap sektor-sektor utama satu persatu.
Lakukan lakaran di atas kertas supaya anda boleh melihat secara jelas kedudukan PERMINTAAN yang tersembunyi di dalam sektor-sektor tersebut, dan inilah yang di katakan sebagai NICHE MARKET atau Pasaran yang terpencil tetapi memiliki permintaan yang tinggi.

Begitu juga halnya dengan sektor kerajaan, melalui sekktor ini juga tersedia pelbagai peluang yang boleh anda dapati jika anda tahu bagaimana untuk mendapatkannya.
Kerana di dalam sektor kerajaan, mereka memiliki kaedah-kaedah yang tersendiri untuk membeli bekalan daripada sektor sokongan. Pelajari keperluan kerajaan untuk menjadi pembekal mereka.

editor

No comments:

Post a Comment