Tuesday, February 22, 2011

PSIKOLOGI PERNIAGAAN #15 - Post #128

TIPsNIAGA.COM Posting #128


PSIKOLOGI PERNIAGAAN #15
ISU KEAGAMAAN 
Apakah Perlu Di Selitkan Dalam MEMAHAMI PERNIAGAAN....


PERKARA ini adalah perkara yang amat SENSITIF untuk di bincangkan, tetapi untuk memperkemas PEMBELAJARAN mengenai ILMU PERNIAGAAN, adalah lebih baik saya lakukan sedikit sentuhan mengena nya supaya perkara ini JELAS di dalam SEMUA PEMIKIRAN dan ANGGAPAN semua Orang, lebih-lebih lagi yang sangat berminat untuk BERNIAGA.


PERKARA UTAMA
  • Sebenarnya ILMU PRNIAGAAN itu adalah BERDIRI SENDIRI di dalam KEILMUAN nya tanpa perlu sokongan dari mana-mana AGAMA, kerana Ilmu Perniagaan itu berbentuk UNIVERSAL dan sesuai untuk semua BANGSA MANUSIA atas DASAR JUAL & BELI.
  • ISU AGAMA hanya akan WUJUD di dalam menentukan JENIS-JENIS PERNIAGAAN itu sesuai dan AKTIVITI JUAL BELI nya di bolehkan atau di benarkan di dalam sesuatu AGAMA.
KEDUDUKAN AGAMA
  • AGAMA hanya BERTINDAK sebagai PEMBERI PANDUAN kepada sesuatu PENGANUT AGAMA yang mana satu kah HASIL AKTIVITI JUAL & BELI yang boleh di gunakan sebagai SUMBER PENDAPATAN yang DI BENARKAN menurut sesuatu PERUNDANGAN AGAMA masing-masing.


Jadi disini, ISU AGAMA bukan sebagai atau di jadikan :-
  • STRATEGI PERNIAGAAN
  • TEKNIK PERNIAGAAN
  • TAKTIK PERNIAGAAN
  • MOTIVASI PERNIAGAAN
PENYALAH-GUNAAN ISU AGAMA
  1. Sejak kebelakangan ini telah ramai Orang yang menggunakan ISU AGAMA didalam Ceramah, Seminar dan Bengkel Perniagaan sebagai salah satu daripada STRATEGI untuk memberikan MOTIVASI kepada Orang yang datang untuk belajar dan mendengar.
  2. Jika di lihat dari SUDUT MANA-MANA AGAMA, perkara seperti itu sememangnya tidak SALAH di lakukan oleh Pakar dan Penceramah MOTIVASI PERNIAGAAN...AKAN TETAPI, perbuatan tersebut telah memesongkan pembelajaran ILMU PERNIAGAAN dari LANDASAN nya yang tersendiri.
  3. KERANA melalui ILMU PERNIAGAAN segala Cabang Keilmuannya sudah cukup lengkap untuk di ajarkan kepada sesiapa sahaja yang mempelajari nya TANPA PERLU menyelitkan Isu-Isu Keagamaan.
  4. Jika sesuatu pembelajaran Ilmu Perniagaan di selitkan dengan Isu-Isu Keagamaan oleh Tenaga pengajar dan Penceramah Seminar dan Bengkel Perniagaan, ia boleh di lihat HANYA SEBAGAI suatu STRATEGI atau TAKTIK untuk MEYAKINKAN GOLONGAN SASAR terhadap TUJUAN mereka yang sebenar.
  5. HANYA Orang-Orang yang BERKEPENTINGAN PERNIAGAAN sahaja yang akan menyelitkan Isu-Isu Keagamaan di dalam Ceramah mereka, seperti yang banyak di lakukan di dalam Seminar, Ceramah dan Bengkel Jualan Langsung, MLM atau Produk-Produk Kecantikan dan Kesihatan.
PROFESIONAL KONSULTAN
Profesional Konsultan yang berwibawa dan yang benar-benar FAHAM dan yang TERDIDIK didalam ILMU PERNIAGAAN, Mereka TIDAK AKAN menggunakan Isu-Isu Keagamaan didalam semua :-
  1. Pengajaran Ilmu Perniagaan
  2. Seminar, Ceramah, Bengkel Perniagaan
  3. Strategi Memberikan MOTIVASI
  4. Strategi Pemasaran & Penjualan
  5. Mereka akan 100% menggunakan KURIKULUM ILMU PERNIAGAAN
  6. ISU AGAMA hanya di sebut sebagai RUJUKAN PERUNDANGAN AGAMA masing-masing
GARIS PANDU
  • Semua PENIAGA dan PROFESIONAL KONSULTAN yang terlibat di dalam sesuatu PROMOSI, SEMINAR, CERAMAH, BENGKEL yang menjurus kepada PEMASARAN sesuatu Produk atau Perkhidmatan, sebaik nya JANGAN MENCAMPURKAN ISU KEAGAMAAN didalam apa juga STRATEGI PROMOSI dan MOTIVASI yang mereka jalankan.
  • KERANA Perbuatan tersebut akan MENGELIRUKAN PEMIKIRAN Orang yang mendengarnya bagi membuat suatu keputusan samada untuk MEMBELI atau MENOLAK Produk atau Perkhidmatan yang di tawarkan.
KESAN PSIKOLOGI
  • STRATEGI menggunakan atau menyelitkan Isu-Isu AGAMA didalam setiap Ceramah MOTIVASI PERNIAGAAN yang bertujuan untuk MENDAPATKAN PEMBELI bukan sahaja menyalahi ETIKA PERNIAGAAN tetapi ia juga melanggar ETIKA PROFESIONAL sebagai KONSULTAN PERNIAGAAN.
  • Dan Para PEMBELI yang terdorong untuk membeli sesuatu Produk atau Perkhidmatan yang menggunakan strategi ini, TERDORONG UNTUK MEMBELI bukan kerana kebaikan sesuatu Produk atau Perkhidmatan TETAPI mereka terdorong untuk membeli kerana KEPERCAYAAN KEPADA AGAMA masing-masing.
RUMUSAN
KEPADA semua Profesional Konsultan dan Para Peniaga, anda perlu lah mempelajari kembali TATACARA dan ETIKA didalam menyampaikan MOTIVASI dengan terlebih dahulu mengenal pasti TUJUAN MOTIVASI yang anda akan lakukan, Adakah ianya bertujuan untuk :-
  • Memberi Tunjuk-Ajar Ilmu Perniagaan
ATAU
  • Mengajar Strategi / Teknik / Taktik Pemasaran & Penjualan
ATAU
  • Memberi MOTIVASI PRODUK
ATAU
  • Memberi MOTIVASI KEAGAMAAN
PASTIKAN anda berada di landasan yang BETUL dan SESUAI dengan TUJUAN & MATLAMAT anda memberikan sebarang CERAMAH.

editor

No comments:

Post a Comment