Wednesday, February 09, 2011

STRATEGY #3 - Post #85

TIPsNIAGA.COM Posting #85

STRATEGY #3
Melakar Strategy Atasi PEMASARAN


Ini bukan pertama kali hal berkaitan dengan Pemasaran di tulis melalui Blog ini, itu menunjukkan bahawa Hal Pemasaran ini juga tersangat PENTING bagi sesebuah Syarikat, tanpa Strategy Pemasaran yang sempurna kesemua produk Syarikat anda tidak dapat di pasarkan dengan baik.
Apakah perkara yang perlu di ambil berat dalam melakar Strategy pemasaran?...............Sila ikuti senarai 
15 Perkara di bawah ini:-

  1. PRICING atau HARGA
  2. PROMOTION atau PROMOSI
  3. DISTRIBUTION atau PENGEDARAN
  4. THE ENVIRONMENT atau KEADAAN
  5. THE PROSPECTS atau BAKAL PELANGGAN
  6. THE PRODUCT / SERVICE atau BARANG / PERKHIDMATAN
  7. THE COMPETITION atau PERSAINGAN
  8. YOUR ENTERPRISE atau PERUSAHAAN ANDA
  9. DEVELOPMENT atau PEMBANGUNAN
  10. PRODUCTION atau PEMBUATAN
  11. MARKETING / SALES atau PEMASARAN / JUALAN
  12. CUSTOMER SERVICES atau PERKHIDMATAN PELANGGAN
  13. COST TO ENTER MARKET atau BELANJA UNTUK MEMASUKI PASARAN
  14. PROFIT POTENTIAL atau ANGGARAN UNTUNG
  15. CONCLUSION atau RUMUSAN
PENERANGAN
1. HARGA
Anda perlu menetapkan apakah yang ingin anda capai sebelum menetapkan sesuatu Harga pada sesuatu Produk yang ingin di jual kerana langkah ini akan berlainan Strategi nya seperti:
a...Skimming Strategy - Strategi Tertumpu
Anda boleh menetapkan Harga Tinggi jika keadaan di dalam pasaran belum lagi membuat tawaran penjualan produk yang sama dan anda tidak merasa produk ini untuk jualan jangka masa panjang dan mungkin hanya dalam waktu yang singkat dan anda memerlukan keuntungan segera, anda lakukan strategi ini.
b...Market Penetration Strategy - Strategi Memasuki Pasaran
Jika anda tidak memerlukan pulangan modal yang segera dan mahu perkenalkan produk baru tersebut secara menyeluruh, maka anda boleh menetapkan Harga Rendah
c...Comparable Pricing Strategy - Strategi harga Seragam
Jika syarikat anda bukan yang pertama menjual produk baru tersebut di pasaran, maka anda perlu sesuaikan Harga Jualan anda berdekatam dengan harga jualan para pesaing supaya anda tidak ketinggalan.

2. PROMOSI
Ada Dua (2) Cara untuk Promosi
a...PUSH STRATEGY - STRATEGI TOLAKAN
Anda perlu menggunakan segala sumber seperti pekerja, rakan, saudara mara, rakan niaga yang ada untuk mempromosikan produk anda dengan menawarkan mereka Insentif tetrtentu sebagai imbuhan dan ini akan menjimatkan kos pengiklanan syarikat anda
b...PULL STRATEGY - STRATEGI TARIKAN
Di sini anda perlu melakukan pengiklanan yang agresif di dalam semua media cetak dan elektronik dengan tawaran istimewa kepada bakal pelanggan supaya mereka tertarik dan datang membeli dengan cara Iklan.

3. PENGEDARAN
Ada Lima (5) Strategi Pengedaran
a...On-Premise Sales - Jualan Dalam Kedai Sementara
Jualan yang berlangsuing di tempat yang strategik secara bertempuh seperti sewa tapak di pusat Beli Belah atau Pasaraya Besar untuk mempromosi jualan.
b...Direct Sales - Jualan Langsung
Jualan yang menggunakan tenaga jurujual untuk berjumpa pelanggan di rumah atau di mana-mana tempat yang di sengani pelanggan, ia seperti kaedah jualan langsung yang biasa.
c...Wholesale Sales - Jualan Borong
Jualan dengan melantik Orang Tengah sebagai Agen Jualan kepada para peruncit di kawasan mereka.
d...Self-Service Retail Sales - Jualan di Kedai Bantu Diri
Jualan di kedai yang terbuka dan pelanggan memilih sendiri produk yang mereka minat tanpa hadir kakitangan jualan, mereka hanya perlu memilih produk dan buat bayaran di kaunter.
d...Full-Service Retail Sales - Jualan Runcit sepenuhnya
Jualan di semua rangkaian kedai runcit di seluruh negara.

4. KEADAAN SEMASA
Anda perlu juga waspada dengan hal yang berikut ketika melakukan sesuatu strategi jualan atau promosi seperti:-

Tindakkan Kerajaan yang boleh membantu atau mengganggu jualan anda seperti mengenai hal-hal subsidi, keselamatan, undang-undang, perlesenan, batasan import & eksport serta kawalan harga

5. BAKAL PELANGGAN
Anda perlua juga mengambil kira hal-hal yang bersangkutan dengan kecendurangan membeli bakal pelanggan, bagaimana mereka berbelanja, kaum, agama dan latar belakang pekerjaan mereka di sesuatu tempat atau kawasan.
Adakah mereka sedar dengan segala promosi jualan yang anda lakukan, adakah mereka nanti mampu untuk membli, adalah mereka sanggup membayar harga yang tinggi dan adakah produk anda sangat membantu mereka dari segi kegunaan, mutu dan keselamatan....Inilah yang perlu anda fikirkan.


6. PRODUK / PERKHIDMATAN
Anda perlu tahu kekuatan dan kelemahan produk anda sendiri didalam pasaran, kerana perkara ini sangat penting untuk menentukan kejayaan anda mempromosikan jualannya.
Pihak pelanggan yang sering terdedah kepada semua promosi produk akan mudah dapat mengetahui potensi produk keluaran syarikat anda samaada ia lebih bermutu, lebih mahal, lebih murah dan sebagainya.
Oleh itu, kenali produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan agar ianya lebih baik dari apa yang di tawarkan oleh para pesaing perniagaan anda.


7. PERSAINGAN
Anda juga perlu membuat kajian mengenai segala kekuatan dan kelemahan syarikat pesaing anda dengan produk dan perkhidmatan yang mereka tawarkan. Ini akan memudahkan anda melakukan Strategi yang berkesan untuk mengatasi mereka.


8. SYARIKAT ANDA
Anda juga harus jujur pada diri anda sendiri, anda perlu tahu segala kelemahan dan kekuatan yang Syarikat anda miliki, potensi kemajuan, pembanguan produk, pembuatan, pentadbiran yang kukuh atau tidak kukuh. 
Ini amat penting untuk melakar sesuatu rancangan jualan untuk masa panjang atau masa pendek.
Jika syarikat anda tidak kukuh untuk bertahan lama, adalah tidak tepat untuk melakar sesuatu promosi jualan untuk masa yang panjang, cukup dengan tempuh yang pendek, begitu juga sebaliknya.
Dan jangan menjanjikan khidmat yang berterusan seperti jaminan sepanjang hayat kepada pelanggan jika syarikat anda tidak akan bertahan lama.


9. PEMBANGUNAN
Anda juga perlu tahu kekuatan syarikat anda untuk membangunkan sesuatu produk ke masa hadapan, anda perlu lakar ini lebih awal untuk pembangunan dan perkembangan syarikat anda sendiri.
Ketahui potensi syarikat anda dengan Modal Insan yang anda miliki, jika tidak mencukupi anda perlu mencari pekerja yang dalam membantu anda dalam hal seperti ini...Gajikan mereka!


10. PEMBUATAN
Jika anda memiliki Kilang pembutan sesuatu produk, anda perlu mengkaji potensi pengeluaran kilang anda secara maksima, potensi dan kebolehan pekerja-pekerja anda dan bekalan secara berterusan.
Dan kebolehan  untuk mencipta produk baharu untuk di pasarkan dalam jangkan masa tertentu sebagai langkah jangka masa panjang syarikat anda.


11. PEMASARAN / JUALAN
Periksa dan perhatikan semua Strategi Pemasaran dan Jualan boleh berjalan dengan berkesan, jangan biarkan ia kurang berfungsi kerana bahagian inilah nadi atau jantung syarikat anda, gagal mereka maka akan gagal lah syarikat anda. Pastikan mereka memiliki Strategi yang sempurna.


12. KHIDMAT PELANGGAN
Analisa segala tenga Perkhidmatan Pelanggan ada samaada ianya memadai ataupun tidak jika sesuatu Promosi Jualan di lakukan, buat semakan di semua bahagian perkhidmatan pelanggan, kenal pasti semua kekurangan dan kelemahan dan lakukan pembetulan sebelum anda meneruskan sesuatu promosi jualan


13. BELANJA UNTUK MASUK KE PASARAN
Anda perlu melakukan perkiraan kos-kos yang terlibat untuk memasuki pasaran dengan produk baharu anda itu. Kaji dan Semak segala kemungkinan Untung dan Rugi sebelum melaksanakannya. Jangan teruskan jika di dapati akan merugikan.


14. ANGGARAN UNTUNG
Melalui angka perbelanjaan untuk memasuki pasaran dengan di tambah belanja untuk membuat produk serta kos lain yang terlibat, anda akan tahu sesuatu produk itu baik untuk di buat atau di bina dan di pasarkan untuk jualan. Perkara ini harus di lakukan di awal perancangan, jangan di lakukan setelah produk di hasilkan.



15. RUMUSAN
Dengan 14 Perkara sepeti yang di terangkan, anda perlu membuat SATU RUMUSAN untuk bagaimana merangkum kesemua perkara tersebut dalam SATU STRATEGI.
Cari jawapan samaada anda perlu memasuki pasaran sekarang atau kemudian.


editor

No comments:

Post a Comment