Saturday, February 12, 2011

INDUSTRI PERNIAGAAN #5 - Post 97

TIPsNIAGA.COM Posting #97

INDUSTRI PERNIAGAAN #5
Sektor Basic Materials

Basic Materials

  • Chemicals - Major Diversified / Specialty Chemical / Agricultural Chemical
  • Copper / Gold / Silver / Tin - Aluminium / Steel & Iron
  • Independent Oil & Gas / Industrial Metals & Minerals
  • Nonmetallic Mineral Mining
  • Major Integrated Oil & Gas
  • Oil & Gas Drilling & Exploration / Oil & Gas Refining 

PENGLIBATAN
Industri ini memerlukan kerja-kerja Cari-Gali di kawasan tertentu di seluruh Dunia, dimana ia akan melibatkan penggunaan sumber manusia dan peralatan & perkakas dari yang berteknologi rendah hingga yang tinggi. Cari-Gali adalah Proses yang PERTAMA untuk mengeluarkan hasil dari perut Bumi.
Hasilnya kemudian di jual kepada pengusaha-pengusaha pemprosesan.

Pemprosesan adalah Proses KEDUA yang menjalankan kerja-kerja membentuk Bijih kepada bentuk-bentuk seperti Jongkong, Wafer dan dalam bentuk-bentuk lain yang sesuai menurut jenis sumber asli tersebut dan ia di Gredkan menurut spesifikasi yang ada.
Begitu juga kepada sumber asli yang lain seperti Minyak Mentah dan Gas Asli (crude oil &gas asli), ia di keluarkan dan di hantar untuk proses-proses selanjutnya bagi membuat pelbagai jenis keperluan dari sumber Minyak dan Gas Asli.

PELUANG BEKALAN
Melalui 2 Proses ini sahaja, telah wujud pelbagai peluang-peluang perniagaan yang boleh di ambil samaada dari jenis Bijiran sumber asli mahupun Minyak Mentah & Gas Asli. Yang paling ketara ialah bekalan sumber Manusia. Ini belum termasuk kepada bekalan untuk sumber-sumber sokongan yang lain yang di perlukan untuk kegunaan Manusia, Peralatan dan Teknologi.

PELUANG PEMBUATAN
Sumber-sumber Asli tersebut juga memberikan peluang untuk manghasilkan pelbagai produk bagi kegunaan Manusia, Peralatan dan Teknologi.
Seperti golongan emas, perak, tembaga, aluminium, besi dan sebagainya itu, dimana daripada nya anda boleh membuat benda-benda yang lain mengikut kreativiti anda sebagai seorang Usahawan. DAn sudah tentu ia tidak hanya menjurus kepada pembuatan barang-barang kemas dan perhiasan tetapi boleh di lanjutkan untuk membuat komponen-komponen alat teknologi canggih.
Begitu juga dengan hasil Minyak dan Gas Asli, ia bukan sahaja untuk membuat minyak petrol, diesel dan gas memasak sahaja, ia boleh di lanjutkan kepada pelbagai produk yang berasaskan sumber minyak asli.

YANG PENTING
Untuk memasuki Industri ini anda perlu ada kepakaran-kepakaran yang tertentu dalam sumber asli yang berkenaan.
Juga harus ada peruntukan Modal yang besar untuk membina kilang-kilang pemprosesan dan pembuatan
Dan penganalisaan yang cukup mendalam terhadap permintaan daripada pengguna terhadap barangan yang akan anda keluarkan.
Industri ini juga terdedah kepada Turun-Naik Harga Pasaran kerana sumber asli sebegini di perniagakan melalui Bursa Saham seluruh Dunia. 
Ini adalah risikonya.

RUMUSAN
Perkara-perkara yang di sebutkan itu berdasarkan anda memasuki sektor tersebut sebagai "Pemain Utama" atau anda jadikannya sebagai Core Business anda, lain halinya jika anda menjadikan syarikat anda hanya sebagai Industri menyokong. Itu tertakluk di dalam Industri PERKHIDMATAN atau SERVICE.

Di mana-mana Negara hanya Sumber Asli yang berasaskan Minyak mentah dan Gas Asli sahaja di usahakan oleh Pihak KERAJAAN masing-masing, kerana NILAI KOMERSIAL nya yang sangat tinggi selain Kos Opersinya yang sangat mahal, tyetapi peluang untuk menjadi Pemain Industri Sokongan tetap wujud.

editor


No comments:

Post a Comment