Wednesday, February 16, 2011

TREND PERNIAGAAN #3 - Post #107

TIPsNIAGA.COM Posting #107


TREND PERNIAGAAN #3
Pengiklanan Menerusi INTERNET


INTERNET TREND PENGIKLANAN TERKINI


Pada beberapa tahun kebelakangan ini, medan INTERNET telah di jadikan sebagai TREND TERKINI  PEMASARAN & PENJUALAN apa juga jenis Produk & Perkhidmatan yang ingin di sebarkan oleh para Pengusaha. 


Kerana zaman ini laluan Internet telah boleh di capai di mana-mana daerah dan kawasan di muka Bumi ini. Tidak hairanlah  Internet di jadikan sebagai ALAT UTAMA untuk berhubung DENGAN golongan SASARAN iaitu PELANGGAN atau PENGGUNA.
Ini sebagai lanjutan daripada pengiklanan konvensional seperti Iklan-Iklan di Akhbar-Akhbar, Majalah, Radio, Television, Risalah, Papan Tanda dan juga SMS, Email dan lain-lain lagi.


JENIS IKLAN
Melalui Internet juga, semua jenis-jenis IKLAN dapat di lakukan dengan mudah seperti yang terdapat di mana-mana sebaran Internet yang boleh di lihat melalui mana-mana Blog-Blog, Website dan Domain yang di miliki oleh para individu mahupun oleh sesebuah syarikat.


KEBAIKAN
Melalui Pengiklanan menerusi Internet, masa untuk berhubung secara terus dengan pelanggan atau golongan sasar dapat di percepatkan, asalkan mereka memiliki ekses Internet di rumah ataupun di tempat mereka bekerja.






KEBURUKAN
Melalui Pengiklanan Internet juga, banyak perkara-perkara BURUK boleh terjadi kerana di medan Internet agak sukar untuk menjejaki pesalah yang menggunakan kaedah MENIPU untuk di hadapkan ke muka Pengadilan.


TAWARAN
Melalui Medan Internet juga, Perniagaan JENIS BAHARU juga muncul di mana setiap PENGUSAHA tidak perlu lagi mempunyai PEJABAT untuk berjual beli dengan para pelanggan. 
Hanya menggunakan ONLINE E-Sales sahaja atau E-Commerce.
Peluang seperti ini banyak di guna-pakai oleh Syarikat-Syarikat yang berteraskan Social Networking, Online Business Networking yang menggunakan kaedah atau Konsep Multi Level Marketing. Dimana jenis-jenis Produk dan Perkhidmatan yang di tawarkan adalah pelbagai daripada FOREX, INVESTMENTS, PRODUCTS, SHARES hinggalah kepada jenis-jenis SERVICES.


RUMUSAN
Semua perkembangan ini adalah suatu PROSES BIASA di dalam pembangunan Teknologi Siber di seluruh Dunia, dan Penduduk Dunia pada hari ini MASEH lagi tercari-cari FORMULA yang BETUL untuk bagaimana MENGADAPTASIKAN Teknologi IT ini sebagai CARA RASMI di dalam menjalankan apa-apa juga perniagaan.


Dan Proses mencari Formula Baharu ini tidak akan berakhir untuk jangkamasa yang terdekat kerana ia terlalu banyak permasaalahan Undang-Undang Perniagaan di antara Syarikat dengan Syarikat dan juga di antara Negara dengan negara yang lainnya.


Kini, Para Pembina Teknologi IT dan Penggubal Undang-Undang dari seluruh Dunia sedang melihat dan meneliti segala PERKEMBANGAN untuk memperbaikinya dari masa kesemasa. Ini menunjukkan kaedah Pengiklanan dan Perniagaan menerusi Media INTERNET maseh belum di IKTIRAF SEPENUHNYA.


Oleh yang demikian, sebagai PENGGUNA dan PENGUSAHA anda di nasihatkan agar lebih berhati-hati di dalam apa juga TRANSAKSI PERNIAGAAN yang anda lakukan melalui Media Internet.




Jangan mudah tertarik dengan TAWARAN untuk menjadi JUTAWAN INTERNET kerana bukan semua yang pasti menjadi JUTAWAN.


editor

No comments:

Post a Comment