Sunday, February 20, 2011

PSIKOLOGI PERNIAGAAN #7- Post #120

TIPsNIAGA.COM Posting #120


PSIKOLOGI PERNIAGAAN #7
RAMAI PEKERJA TIDAK KEKAL
Apa yang perlu kita TAHU......


Perkara seperti ini banyak berlaku di dalam mana-mana syarikat di seluruh Dunia, dimana ramai pekerja yang tidak kekal bekerja dan sesebuah syarikat itu terpaksa melakukan pengambilan pekerja-pekerja yang baharu secara kerap.


Perkara seperti ini TIDAK BAIK untuk kemajuan sesebuah syarikat kerana ia akan menjejaskan kelicinan operasi perniagaan terutama sekali jika pekerja-pekerja tersebut dari bahagian PERKHIDMATAN PELANGGAN seperti di bahagian :-

  • Juruwang di kaunter bayaran
  • Pelayan Pelanggan di Restoran
  • Perkhidmatan Pelanggan di kaunter Selepas Jualan
  • Pembantu Jualan di Ruang Pameran / Kiosk Jualan
  • Pekerja Stor & Penghantaran
  • Pemandu Lori Penghantaran
  • Pekerja Pengeluaran
  • Pekerja Perkeranian
  • Pekerja Perakaunan
  • Pekerja Pemasaran & Penjualan

Semua yang tersenarai adalah contoh-contoh golongan pekerja yang sering terlibat dengan permasaalahan ini. TETAPI sebagai MAJIKAN dan PENIAGA, apakah yang perlu anda TAHU bagi menangani masaalah tersebut. 


Jika perkara seperti tidak di beri perhatian yang serius, perniagaan anda akan turut terjejas perkembangan perniagaannya serta akan di label sebagai Syarikat dan Majikan yang DI TAKUTI oleh para PEMOHON PEKERJAAN.




MASAALAH
Di dalam sesebuah ORGANISASI PERNIAGAAN ada beberapa perkara yang boleh menjadi PENYEBAB kepada MASAALAH seperti ini dan ada Dua (2) Perkara yang perlu di ambil perhatian :-

  1. Di terbitkan oleh Top & Middle Management Group atau Kumpulan Pengurusan Pertengahan
  2. Di terbitkan oleh Polisi Syarikat dan Imbuhan serta Faedah yang di sediakan untuk Pekerja.

APA YANG PERLU ANDA SIASAT
No.1 
Semak Semua Pengurus / Penyelia & Ketua Bahagian

  • Dalam PSIKOLOGI PENGURUSAN samaada di bahagian Pengurusan Operasi dan Sumber Manusia, CARA dan TEKNIK yang di guna-pakai oleh Para Pengurus / Penyelia / Ketua bahagian samaada dari Top atau Middle Management Groups akan menjadi PENENTU samaada Cara & Teknik yang mereka gunakan di dalam menjalankan Tugas Mengurus / Menyelia / Menyelaras Kakitangan di bawah jagaan mereka itu TEPAT atau MESRA KAKITANGAN.


  • Harus di ketahui, dengan MENGGUNAKAN CARA & TEKNIK yang SALAH di dalam mengurus / menyelia / menyelenggara para kakitangan dengan menggunakan pendekatan yang agak keras, tidak betolak ansur, tidak mahu memahami keperluan dan kebajikan kakitangan AKAN membuat para kakitangan MERASA kurang selesa untuk terus bekerja di syarikat anda. Jika masaalah mereka tidak di beri perhatian maka lama kelamaan mereka akan bertindak dengan berhenti bekerja.
  • Secara LAZIM nya akan wujud SESEORANG yang menjawat Jawatan Tinggi di Top atau Middle Management Group yang menjadi PUNCA segala masaalah ini, beri perhatian dan lakukan SIASATAN ANDA SENDIRI untuk membuat PENILAIAN KEBENARAN NYA tanpa di pengaruhi oleh mana-mana pihak yang lain.

No.2
Semak Semula Semua IMBUHAN & FAEDAH yang Di Tawarkan Untuk Semua Pekerja


IMBUHAN & FAEDAH adalah perkara yang BOLEH menjadi PENYEBAB seseorang Pekerja itu HILANG KEYAKINAN untuk bekerja terus di dalam syarikat anda.
Mungkin Tahap Gaji yang di berikan dengan Tanggungjawap sesuatu JAWATAN tidak SEIMBANG atau di bawah paras PASARAN PEKERJAAN.


Anda perlu MENGKAJI & MENIMBANG SEMULA semua perkara berikut agar ianya SETARAF / SEIMBANG serta SEIRING dengan Tawaran di PASARAN SEMASA :-

  • TANGGA GAJI bagi semua Jawatan
  • FAEDAH BEKERJA bagi jangkamasa pendek & panjang sebagai Pekerja
  • POLISI SYARIKAT - Terutama yang membabitkan HAL Tugas & Tanggungjawap sesuatu JAWATAN

BUAT KEPUTUSAN
Untuk No.1
Setelah anda berpuashati dengan penyiasatan anda di 2 bahagian tersebut dan anda sudah dapat mengenal-pasti PUNCA MASALAH yang sebenar, anda HARUS melakukan TINDAKAN SEGERA seperti :-

  • Melakukan Pembaharuan dengan membuat ROMBAKAN terhadap Bahagian Top & Middle Management dengan menggantikan Orang-Orang yang manjadi PENYEBAB dengan menyusun semula Organisasi  pengurusan Operasi Dalaman Syarikat anda.
  • Pastikan Orang yang menjadi penyebab atau punca masaalah di tukarkan ke bahagian lain yang tidak banyak terlibat dengan pengurusan kakitangan, berkemungkinan mereka tidak sesuai menjawat Jawatan yang berkaitan dengan Pekerja.

Untuk No.2

  • Anda lakukan Rombakan terhadap apa juga masaalah Imbuhan, Faedah dan Polisi Syarikat anda yang tidak menuruti PASARAN SEMASA.
  • Pastikan ianya sejajar dengan keperluan dan garis pandu yang di gariskan dalam Undang-Undang Buruh / Pekerja.

RUMUSAN
DUA PERKARA telah di jelaskan sebagai PUNCA MASAALAH kepada masaalah KEHILANGAN Para Pekerja samaada ianya berlaku secara mengejut mahupun secara perlahan-lahan ia tetap diklasifikasikan sebagai VIRUS atau KUMAN yang boleh membunuh perniagaan anda.


Oleh yang demikian, JANGAN SESEKALI mengambil RINGAN terhadap APA JUGA KEBAJIKAN & HAL EHWAL PEKERJA di dalam Syarikat anda, walaupun anda memiliki HANYA SEORANG PEKERJA!.


editor

No comments:

Post a Comment