Sunday, February 06, 2011

PEMBANGUNAN PRODUK #2 - Post #75B

TIPsNIAGA.COM Posting #76

PEMBANGUNAN PRODUK #2
Peranan Profesional Dalam R&D Sesuatu Produk


Dalam R&D ada Dua (2) bahagian untuk peranan yang berbeza

  1. No.1 Peranan USAHAWAN sebagai Pengusaha
  2. No.2 Peranan Profesional sebagai PEKERJA



Kedua-dua harus bekerja sama untuk mewujudkan R&D sesuatu produk dengan jayanya, jika Golongan Profesional tidak mendapat sepenuh sokongan daripada golongan Pengusaha, mereka tidak akan dapat menghasilklan sesuatu yang menarik tanpa peruntukkan yang cukup, begitu juga sebaliknya, jika Golongan Profesional tidak membantu Golongan Pengusaha maka tidak akan ada sesuatu pembaharuan yang dapat dilakukan.


UMPAMANYA
Untuk R&D Barangan, Golongan Profesional memerlukan sejumlah Bajet / Peruntukan Kewangan untuk melakukan pengkajian dan penyelidikan sesuatu produk. Jika mereka tidak mendapat peruntukan tersebut maka mereka akan gagal melakukannya. Kerana untuk melakukan sesuatu Kaji-Selidik, bahan-bahan tertentu perlu dibeli dan ini memerlukan belanja. Jika Pengusaha mengharapkan kemajuan terhadap barangan mereka, mereka haruslah memperuntukkan Bajet untuk R&D didalam bajet Kewangan Syarikat mereka setiap tahun.


Berlainan dengan Produk PERKHIDMATAN, ada juga yang tidak memerlukan kos-kos tambahan yang terlalu besar seperti produk-produk Perbankkan, Insuran, Pelaburan dan yang seumpamya. Kerana sekmen ini hanya perlu MENGUBAH-SUAI segala TAWARAN yang sediaada ON PAPER sahaja kepada TAWARAN BAHARU agar lebih menarik kepada Pelanggan. Sekmen ini hanya perlu Modal untuk Pengiklanan terhadap sesuatu Produk yang baharu. Dimana MASA untuk membuat Tawaran Baharu ini boleh dilaksanakan dalam keadaan waktu kerja yang biasa oleh Pegawai-Pegawai bertugas.
Tidak seperti dibahagain Kejuruteraan Kimia, Bioteknologi, Electronic dan kejuruteraan yang lainnya, dimana mereka perlu WANG, MASA, UJIAN-UJIAN dan terpaksa bekerja tidak menentu masa.
Semua ini harus difahami oleh setiap Pengusaha agar setiap Pembangunan sesuatu Produk itu dapat dihasilkan sejajar dengan keperluan semasa Pengguna.


CARA ALTERNATIF
Ada juga Pengusaha yang menggunakan Kaedah MEMBELI sesuatu Formula-Formula Baharu daripada Institusi Pengajian Tinggi sebagai langkah menjimatkan Kos Tanggungan untuk Produk-Produk yang berbentuk Barangan. 
Kaedah ini boleh dilakukan tetapi untuk jangkamasa panjang banyak masaalah HAKCIPTA dan PERUNDANGAN boleh berlaku kecuali ianya diusahakan melalui Syarikat sendiri. Dimana, setiap sesuatu produk Barangan yang baharu dicipta adalah HAKCIPTA bagi SYARIKAT.


PENGUSAHA merangkap PROFESIONAL
Ada juga Pengusaha-Pengusaha yang datangnya dari golongan Profesional seperti Ahli Kimia, Ahli BioTeknologi, Senibina dan sebagainya. Dimana diawal perniagaan mereka yang melakukan sendiri segala R&D tetapi apabila perniagaan mereka berkembang besar, mereka terpaksa juga menggajikan Profesional-Profesional tambahan untuk bekerja dengan mereka.


SOALAN PENTING
Yang TERPENTING didalam segala URUSAN R&D ialah KEHENDAK PENGGUNA, dimana soalan-soalan seperti ini harus ada didalam sebarang KAJI-SELIDIK:-

  • Apa jenis produk yang pengguna suka
  • Apa yang perlu ada pada sesuatu produk
  • Apa kebaikan untuk pengguna
  • Apa golongan sasar Pengguna
  • Termasuk hal-hal Mutu dan Harga Tawaran
  • Atau apa juga yang Pengguna selalu fikirkan sebelum membeli sesuatu produk barangan. 



Begitu juga terhadap Produk-Produk didalam sistem KEWANGAN, pastikan segala pembaharuan dapat menguntungkan kedua-dua belah pihak...atau Win Win Situation!
Dan selalunya, jika satu pihak memulakan suatu langkah pembaharuan terhadap produk-produk mereka, semua Syarikat-Syarikat akan melakukan perkara yang sama tetapi mereka akan memberi Tawaran-Tawaran yang berlainan. Yang penting mereka tidak mahu ketinggalan dibelakang para pesaing.


SEKMEN LAIN
Yang kurang produktif dari segi R&D samaada dari segi produk Barangan ataupun Perkhidmatan ialah daripada Sekmen KERAJAAN.
Kerana dari segi psikologinya setiap PEKERJA di Jabatan-Jabatan Kerajaan tidak MERASA keperitan daripada PERSAINGAN yang WUJUD didalam Dunia Perniagaan dipihak SWASTA kerana pada setiap tahun, Jabtan-jabatan Kerajaan akan mendapat BAJET yang cukup untuk menggerakkan Jabatan-Jabatan mereka.


Tidak seperti dipihak Swasta yang terpaksa bertungkus lumus
untuk menggandakan usaha bagi memastikan pada tahun  berikutnya mereka akan dapat berniaga lagi.
Kerana hal ini jugalah kita dapat lihat tatraf dan tahap sesuatu Perkhidmatan di Jabatan-Jabatan Kerajaan berada ditahap sederhana sahaja...sebab tiada PERSAINGAN!


editor

No comments:

Post a Comment