Thursday, February 10, 2011

STRATEGY #7 - Post #89

TIPsNIAGA.COM Posting #89


STRATEGY #7
Strategi KEDAI DOBI


Saya masukkan Perniagaan Kedai Dobi ke dalam sekmen Strategy kerana dengan cara itu ia akan lebih mudah di fahami oleh bakal Usahawan yang berminat dengan perniagaan ini.
Perniagaan Kedai Dobi tergolong dalam kategori PERKHIDMATAN yang membantu Pelanggan melakukan kerja-kerja yang mereka tidak punya masa, kepakaran, pengetahuan untuk melakukannya atau sengaja di berikan kepada orang lain kerana malas.


KEPERLUAN KEDAI DOBI

  1. Lokasi
  2. Ruang Kedai Luas
  3. Mesin Pembasuh
  4. Mesin Pengering
  5. Seterika 
  6. Penggosok Stim
  7. Strategy Jualan

Memilih Lokasi

  • Harus di kawasan, Tempat, Daerah yang berdekatan dengan kawasan Hostel Pelajar / Pekerja, Apartment Sederhana / Mewah, Kondominium....Dan jangan menumpukan di kawasan yang mewah seperti yang banyak perumahan jenis Semi Detached dan Bangalow.
  • Jika ingin memilih kawasan Apartment dan Kondominium, sebaiknya anda dapatkan lokasi kedai yang berdekatan BUKAN dalam kawasan Apartment atau Kondominium
  • Kedai Dobi DALAM kawasan Aparrtment dan Kondominium hanya sesuai untuk dijadikan sebagai CAWANGAN Kedai Dobi sahaja. Kerana pelanggan yang TERBATAS.

Soalannya KENAPA?
  • Banyak dari hasil kajian survey, golongan pekerja dan pelajar yang paling banyak menghantar pakaian mereka untuk di cuci di kedai-kedai Dobi berbanding dengan Suri rumahtangga yang duduk di perumahan mewah.
  • Golongan Pekerja dan Pelajar ini selalunya menyewa bilik di kawasan yang berdekatan dengan tempat kerja atau sekolah / Institusi mereka belajar dan selalunya kurang ada masa untuk mencuci disebabkan tidak ada mesin pembasuh di rumah sewa mereka.
  • Berbeza dengan golongan suri rumah yang kebanyakannya memiliki pembantu rumah untuk melakukan kerja membasuh pakaian, mereka hanya menghantar jenis fabrik yang besar seperti Cadar, Selimut, Langsir, Sarung Kusyen, Karpet untuk di cuci di kedai dobi dan kegiatan ini bukan di lakukan secara harian tetapi berkala.

Memilih Ruang Kedai
Semua ini boleh di lakukan jika anda memberi tumpuan dan menggunakan strategi yang betul dan pengawalan kos yang efektif untuk:-
  • Ruang kedai juga memainkan peranan penting, jika ia terlalu kecil dan sempit, anda tidak cukup ruang untuk menjemur pakaian yang ringan sebagai langkah penjimatan elektrik untuk mesin pengering atau dryer.
  • Dan ruang yang tidak kecil akan memberi anda peluang untuk menambah mesin jika masa memerlukan dan tidak perlu berpindah ke lokasi lain.
Mesin Pembasuh
  • Permulaan lebih elok untuk menggunakan Mesin Pembasuh yang tidak berapa canggih, gunakan yang average sahaja. Ini akan menjimatkan kos Modal anda di permulaan perniagaan
  • Tetapi pastikan mesin basuh yang anda beli itu dari jenis yang Heavy Duty dan kurang menggunakan letrik. Jika perniagaan bertambah maju, baharu anda beli yang lebih canggih serta pantas. Pelajari dari usahawan yang telah bertapak lama di dalam bidang Dobi untuk mengetahui pengalaman mereka mengenai Mesin Basuh yang baik.
Mesin Pengering Pakaian
  • Mesin ini bertugas untuk mengeringkan pakaian yang telah di basuh tetapi kuat menggunakan letrik, kerana itu adalah baik jika ruang kedai anda luas sedikit untuk menjemur pakaian yang kecil dan ringan.



Mesin Penggosok Stim dan Seterika
  • Untuk menggosok pakaian jika di minta oleh pelanggan, juga cari mesin yang dapat menjimatkan letrik.
ALAT LAIN
  • Plastik Pembungkus pakaian
  • Sabun Pencuci
  • Softener
  • Mesin Timbang
Kesemua barang tersebut anda perlu bijak membelinya, sebaik mungkin beli terus dari pihak Pengilang atau Pengedar daripada membelinya secara runcit kerana dapat menjimatkan kos.


Sabun Pencuci
  • Lebih baik menggunakan yang jenis Indusrial Use daripada yang jenis Household kerana harga yang lebih rendah, ini juga sebagai langkah menjimatkan kos

Softener
  • Softener sangat perlu untuk semua jenis Fabrik, anda tidak perlu menambah harga jika menggunakan Softener untuk membasuh pakaian Pelanggan. 
  • Jadikan Softener sebagai Added Value terhadap perniagaan anda.
  • Dan gunakan Softener yang berkualiti sahaja untuk menjaga nama baik perkhidmatan anda tetapi dapatkan dengan harga murah atau harga borong.
Mesin Timbang
  • Beli dari jenis penggunaan komersial sahaja
Srategi Jualan
Untuk memajukan dan menarik ramai pelanggan, anda perlu melakukan pengiklanan menerusi pelbagai cara seperti buat IKLAN:-
  • Pengedaran Leaflet di kawasan berdekatan dalam anggaran 3 kilometer
  • Papan Tanda Arah ke lokasi kedai anda (jangan lupa mohon lesen)
  • Iklan Internet
  • Buat Blog sendiri berkenaan bisnis kedai dobi anda
Nota:
Iklan di akhbar atau di televisen tidak di perlukan kerana perniagaan Kedai Dobi lebih menumpukan kepada kawasan penduduk sekitar yang terdekat sahaja. (selected Targeting)




HARGA
  • Harga yang di tetapkan JANGAN terlalu MAHAL dan MURAH
  • Jika terlalu mahal anda akan kehilangan pelanggan
  • Jika terlalu murah, perniagaan anda akan gagal bertahan lama

JENIS PERKHIDMATAN
Dalam Iklan terangkan jenis-jenis khidmat yang Kedai Dobi anda tawarkan seperti:-
  1. Membasuh dan Lipat (Wash & Fold)
  2. Membasuh-Lipat-Gosok  (Wash, Fold & Iron)
  3. Cucian Kering  (Dry Cleaning)
  4. Cucian Tangan  (Hand Washing)
  5. Ambil & Hantar  (Collection & Delivery Services)
RUMUSAN
Semua ini boleh di lakukan jika anda memberi tumpuan dan menggunakan strategi yang betul dan pengawalan kos yang efektif untuk:-
  • Kos Penggunaan Letrik
  • Kos Penggunaan Air
  • Kos Penggunaan Iklan

editor

No comments:

Post a Comment