Wednesday, February 02, 2011

MEMBANGUN PERNIAGAAN #3 - Post #57

TIPsNIAGA.COM Posting #57

MEMBANGUN PERNIAGAAN #3
Penjenamaan Produk - Part One


PRODUK adalah sesuatu HASIL CIPTAAN sesorang yang berjaya diperdagangkan serta dapat diterima kegunaannya oleh orang ramai. Pencipta yang bijak akan tahu untuk menyesuaikan kegunaan Produk-Produk ciptaan mereka dengan garis-pandu pembuatan sesuatu produk.
Dan ciptaan mereka selalunya diambil oleh Pengusaha-Pengusaha untuk dibuat secara besar-besaran dan dijual kepada orang ramai. Produk Produk ini akan diberikan NAMA yang disebut sebagai PENJENAMAAN ataupun BRAND.


Ciptaan-Ciptaan produk baharu kebanyakannya datang dari sumbangan pelajar-pelajar University yang terlibat dengan R&D atau Kajian & Pembangunan sesuatu produk. Dan banyak juga daripada orang-orang yang berminat melakukan atau mencipta sesuatu barangan dari seluruh Dunia.
Perkara ini sebenarnya tidak memberi sebarang masaalah samaada daripada PENCIPTA Produk ataupun PENGUSAHA Produk kerana sehingga hari ini mereka yang terlibat sering bekerjasama.


Melalui Strategi PENGIKLANAN, sesuatu Produk yang baharu itu perlu diberi PENJENAMAAN yang KUKUH dengan latarbelakang MUTU penciptaan dan pembuatanya. Jika strategi itu tepat dan menemui SASARAN PENGGUNA maka penjualan produk tersebut akan BERJAYA!
Sebalinya, jika Penjenamaan yang diberikan tidak kukuh serta lemah mutu penciptaan dan pembuatannya, orang ramai akan merasa RAGU untuk membeli dan menggunakannya.
Kerana itu, ramai Pengusaha yang berjaya akan hanya mengeluarkan sesuatu produk baharu JIKA potensi sesuatu Ciptaan itu benar-benar MEMENUHI keperluan dan kehendak orang ramai.


LANGKAH KURANG BIJAK & BAHAYA.......


Kini telah ramai Pengusaha-Pengusaha perniagaan yang berniaga berteraskan sesuatu produk kegunaan orang ramai yang popular MEMBELI sesuatu produk daripada PEMBUAT atau PENGILANG yang sediaada lalu meletakkan JENAMA produk tersebut menggunakan nama Syarikat atau Chop perniagaan mereka sendiri.


Contohnya.... 
KILANG PEMBUATAN Produk-Produk Kecantikan Wanita sekarang berleluasa mengiklankan kepada orang ramai yang mahukan Produk dan Jenama sendiri.
Pengusaha Kilang seperti ini akan memberi HAK kepada sesiapa sahaja utnk menjenamakan semula Produk yang mereka keluarkan dengan syarat-syarat tertentu tetapi mudah ditepati.
Akhirnya, dipasaran kita akan dapat lihat Produk-Produk tertentu berlambakkan dijual tetapi memiliki JENAMA yang berlainan.


BAHAYANYA....
Melalui SKIM memberikan HAK untuk sesiapa sahaja membeli Hak dan Menjenamakan sendiri sesuatu Produk, cara ini sebenarnya sangat BAHAYA samaada untuk orang ramai sebagai Pengguna dan juga sebagai Pengedar yang Menjenamakan sendiri Produk tersebut......SEBABNYA...


SEBABNYA...
Pertama:
Untuk jangka masa panjang, 
Skim ini tidak menguntungkan si pengedar kerana HAK PEMBUATAN maseh dibawah takluk si pengilang

  • Si pengilang pada bila-bila masa boleh menutup perniagaan mereka tanpa perlu merujuk kepada si pengedar dan jika ini berlaku perniagaan si pengedar akan runtuh.
  • Si pengedar juga tidak tahu siapa pencipta produk yang sebenar serta tidak mengetahui apa formulasi yang diguna-pakai oleh si pengilang untuk membuat produk-produk tersebut. Jika ada kesan sampingan yang merbahaya terhadap pelanggan, pihak si pengedar akan menerima impak yang besar jika dibandingkan  daripada si pengilang.
  • Si pengedar juga tidak memiliki "suara" untuk mengawal sesuatu MUTU PEMBUATAN produk-produk yang dibeli daripada si pengilang kerana KONTRAK PEMBELIAN hanya tertumpu kepada Pembelian dan Penjenamaan dan perkara-perkara lainnya menjadi HAK Si Pengilang.
Kedua:


  • Dan USAHASAMA seperti ini sebenarnya MENIPU PELANGGAN dengan berselindung disebalik Undang-Undang Perjanjian Usahasama.
  • Ia bukan sahaja MENIPU tetapi MEMBAHAYAKAN kesihatan pelanggan kerana si pengedar tidak tahu 100% Intipati bahan-bahan yang digunakan seperti yang ditetapkan oleh mana-mana kementerian Kesihatan.
Ketiga:
  • Jika Si Pengedar tidak bernasib baik melalui percaturan ini, mereka jika terbukti kesalahan berdasarkan Undang-Undang yang ada, akan menerima HUKUMAN seperti boleh di Denda, di Penjarakan serta Lesen Perniagaan mereka di mansuhkan.
editor

No comments:

Post a Comment