Saturday, February 19, 2011

PSIKOLOGI PERNIAGAAN #4 - Post #117

TIPsNIAGA.COM Posting #117


PSIKOLOGI PERNIAGAAN #4
YEAR END SALES & TRADE SHOWS
Apakah IMPAK nya kepada Negara & Rakyat


Dua Posting No.115 & 116 memperkatakan YEAR END SALES & TRADE SHOWS, diamana kita dapat faham bahawa kedua-duanya sangat perlu dan berguna untuk PARA PENIAGA bagi membangun perniagaan mereka. Aktiviti seperti itu boleh di katakan sebagai Aktiviti SIHAT untuk kesejahteraan Perniagaan.


TETAPI Mengapa kedua-dua Perkara tersebut sangat DI SOKONG KUAT oleh Pihak KERAJAAN?..


Apakah perkara di sebalik sokongan tersebut?....






PENJELASAN
Samaada YEAR END SALES atau TRADE SHOWS atau apa juga yang bercorak PENJUALAN kepada PENGGUNA adalah BERTUJUAN untuk menggerakkan semua AKTIVITI PERNIAGAAN di dalam Negara.
Jika tidak wujud aktiviti sedemikian, maka Orang Ramai atau Rakyat sesebuah Negara itu TIDAK AKAN KELUAR BERBELANJA, dan keadaan ini akan menjejaskan kemajuan EKONOMI di mana TIDAK RAMAI ORANG yang akan mengeluarkan Wang dari Bank atau dari Simpanan mereka untuk berbelanja.


Apabila tidak ramai orang keluar berbelanja, itu bermakna semua WANG DALAM NEGARA akan TERSEKAT PERGERAKAN NYA dimana :-

  • tidak akan wujud aktiviti JUAL & BELI
  • tidak akan wujud pertukaran Wang
  • tidak akan wujud pertukaran perdagangan diantara Peniaga samaada dari dalam atau luar Negara
  • tidak akan wujud faktor pemberian FAEDAH atau INTEREST dari pihak BANK
  • tidak akan wujud pergerakan Ekonomi yang NORMAL
  • tidak akan wujud pembangunan Keluarga & Negara

MAKA pihak Kerajaan tidak akan dapat MEMUNGUT HASIL CUKAI daripada semua pihak samaada dari Para peniaga dan juga Rakyat.


PENDAPATAN KERAJAAN
Pendapatan sesebuah KERAJAAN akan berpunca daripada HASIL CUKAI-CUKAI yang di kenakan untuk semua aktivi PERNIAGAAN dan CUKAI PERIBADI.
TANPA Hasil Cukai PENDAPATAN, mana-mana KERAJAAN tidak akan dapat MENTADBIR, MENGURUS DAN MENYELENGGARA semua keperluan dalam Negara seperti :-

  • Penyediaan Tempat Tinggal seperti Perumahan
  • Penyediaan Keperluan Bekalan Makanan / Minuman
  • Penyediaan Persekolahan
  • Penyediaan Pekerjaan
  • Penyediaan kemudahan Kesihatan
  • Penyediaan segala kemudahan Asas seperti AIR dan LETRIK serta GAS
  • Penyediaan segala Kemudahan asas seperti Pembangunan Insfrastuktur & Prasarana AWAM
  • Penyediaan keselamatan dalam Negara seperti perlindungan POLIS dan TENTERA
  • Dan banyak lagi perkara yang perlu di selenggara oleh Kerajaan yang memerintah.

Jika aktiviti Ekonomi itu tidak cergas di dalam sektor-sektor perniagaan dalam Negara, maka itu mencerminkan dan menandakan sesebuah Negara itu akan LUMPUH dari semua segi dan Kerajaan yang memerintah tidak akan berupaya untuk melindungi Rakyat.


CONTOH
Kerana itu di dalam melakar WAWASAN 2020, Bekas Perdana Menteri MALAYSIA YAB Tun Dr Mahathir Mohamed ada menyebut dengan mensasarkan agar Negara Malaysia dapat menambah jumlah penduduknya daripada sekitar 27 Juta kepada 70 Juta!....KENAPA..???


Itu bermaksud, dengan pertambahan jumlah penduduk, semua SEKTOR EKONOMI di dalam Negara akan menjadi RANCAK terutama di Sektor PERNIAGAAN, kerana Sektor ini adalah PENYUMBANG TERBESAR kepada EKONOMI NEGARA.


STRATEGI menambah jumlah penduduk itu akan menjana lebih banyak PELUANG-PELUANG PERNIAGAAN seperti keperluan asas penduduk :-

  • Bahan Asas Makanan / Minuman
  • Bahan Asas untuk Pakaian
  • Bahan Asas keperluan Rumah Tangga
  • Bahan Asas Api / Letrik / Gas
  • Perumahan dan Tempat Tinggal
  • Peluang Pekerjaan dan Perniagaan

Akan meningkat menurut pertambahan jumlah penduduk, melalui aktiviti tersebut pihak Kerajaan boleh menjangkakan pertambahan perbelanjaan untuk mentadbir, mengurus dan menyelenggara Negara TETAPI perkara tersebut akan dapat di atasi dengan PERTAMBAHAN PUNGUTAN HASIL DALAM NEGARA melalui CUKAI-CUKAI.


IMPAK PERNIAGAAN
Semua aktiviti PERNIAGAAN akan memerikan IMPAK yang cukup BAIK samaada kepada Kerajaan, Para Peniaga dan juga Para Pengguna / Pelanggan yang terdiri daripada RAKYAT itu sendiri.


KERANA Negara yang MANTAP sumber Kewangannya sahaja yang akan dapat mentadbir, mengurus dan menyelenggara Negara dengan SEMPURNA dan secara otomatiknya setiap Rakyat akan berada di dalam keadaaan yang AMAN, TERKAWAL serta akan bebas daripada sebarang KESUKARAN untuk mendapatkan segala KEMUDAHAN ASAS dan UMUM.


RUMUSAN
KERANA itu setiap Rakyat amat digalakkan untuk menceburkan diri dalam apa juga jenis perniagaan dan bukan hanya duduk menggoyang kaki.

Berniaga dan Bekerja adalah AKTIVITI EKONOMI dan TIDAK BEKERJA merupakan dan menjadi BEBAN kepada EKONOMI sesebuah Keluarga dan Negara.


Itulah sebabnya di adakan JABATAN PENDIDIKAN agar semua orang akan TAHU untuk MEMBACA dan MENULIS dan mempelajari pelbagai Ilmu-Ilmu Ekonomi Dunia.


Dan MEMBACA serta MENULIS itu pula adalah ASAS kepada ILMU untuk :

  1. MENGENALI sesuatu yang tersurat dan yang tersirat seperti Wawasan Diri, Keluarga dan Negara.
  2. MENGETAHUI sesuatu yang BURUK dan yang BAIK seperti yang termaktub di dalam Undang-Undang Agama dan Negara.
  3. MERASAI segala KEMAKMURAN yang di jana melalui KEHARMONIAN bersama KERAJAAN & RAKYAT dalam pelbagai AKTIVITI EKONOMI.
KERANA itu JANGAN CUBA MENGELAK ATAU MENIPU UNTUK MEMBAYAR CUKAI PENDAPATAN PERIBADI & CUKAI PENDAPATAN SYARIKAT ANDA..!!!!!


editor

No comments:

Post a Comment