Friday, February 04, 2011

MEMBANGUN PERNIAGAAN #9 - Post #63

TIPsNIAGA.COM Posting #63

MEMBANGUN PERNIAGAAN #9
Menulis IKLAN - part one
Iklan Untuk Produk.


Semua orang boleh menulis IKLAN tetapi bukan semua orang benar-benar tahu dan faham bahawa IKLAN itu memerlukan kefahaman mengenai sesuatu yang ingin diiklankan itu secara mendalam supaya Iklan yang dilakar dapat atau menuju kepada PEMBACA SASARAN.


IKLAN ada dimana-mana sahaja, samaada berbentuk besar, sederhana, kecil, berwarna, hitam putih, menggunakan papan tanda, dilekatkan di dinding-dinding, pintu-pintu, didalam Akhbar, Internet, di Radio, di Televisen, dipakaian, dikenderaan, di topi keledar, kasut dan yang sebagainya. TUJUANnya HANYA SATU....MEMBERITAHU!


Kerana itu, Iklan yang baik harus ada ciri-ciri PENARIK pandangan orang ramai untuk membaca dan menerbitkan PERASAAN INGIN TAHU terhadap apa yang diiklankan. Dan kerana itu juga banyak Syarikat-Syarikat Pengiklanan muncul memberikan khidmat dan kepakaran untuk bagaimana membuat iklan yang terbaik bagi sesuatu produk dan perkhidmatan anda.


IKLAN YANG BAIK 

  • Sekurang-kurangnya Satu Gambar Produk
  • Nama Produk / Jenama
  • Kegunaan / Kebaikan Produk (kurang dari 5 fakta)
  • Nama, Alamat, Nombor Telefon Syarikat Anda
  • Pewarnaan / Font Yang Menarik

Semuanya harus dilakar SINGKAT tetapi PADAT dengan tujuan MENARIK MINAT PEMBACA. Jika Iklan tersebut sesuai diwarnakan seperti untuk PAPAN TANDA, penggunaan Warna MERAH pada Jenama Produk akan memerikan kesan kepada MATA yang memandang. Ini disebabkan Warna MERAH sememangnya Warna yang paling menonjol dari semua Warna-Warna.
Begitu juga dengan penggunaan HURUF atau FONT, ianya harus disesuaikan saiz menurut kesesuaian dan apa yang perlu ditonjolkan. 
Lakaran Iklan juga harus disesuaikan dengan medium pengiklanan yang digunakan supaya ia lebih berkesan kepada golongan sasaran.


IKLAN YANG BURUK

  • Terlalu banyak gambar-gambar
  • Terlalu banyak fakta-fakta
  • Penggunaan Font yang tidak sesuai
  • Penggunaan Warna yang salah
  • Nama, Alamat dan Nombor Telefon tidak lengkap



Iklan sebegini dikatakan BURUK kerana jika ianya dilihat dari jauh, iklan tersebut seperti BERSERABUT dan pembaca menjadi keliru dengan TUJUAN IKLAN tersebut, kebiasaannya mereka tidak akan memberi tumpuan yang khusus, dalam lain perkataan...Iklan tersebut GAGAL untuk MENERBITKAN minat INGIN TAHU dihati pembaca.


JANGAN LAKUKAN INI

  • Jangan meletakkan kata-kata yang MENGANGKAT DIRI SENDIRI atau mengatakan Produk atau Syarikat anda adalah yang No.1 TANPA ada apa-apa ANUGERAH dari mana-mana Badan, Institusi atau Kerajaan dengan TUJUAN untuk MENIPU pelanggan.
  • Jangan MEMPERKECILKAN Produk dan Syarikat Pesaing, kerana langkah ini akan melibatkan anda didalam masaalah Undang-Undang jika di saman kelak.
  • Jangan meletakkan sesuatu FAKTA yang TIDAK WUJUD atau Fakta yang di REKA untuk mengaburi pelanggan, kerana langkah ini juga akan melibat masaalah Undang-Undang jika sabit kesalahan.
  • Jangan MENGIKLAN perkataan Warehouse Sales, Year End Sales, Stock Clearance Sales TANPA MEMOHON PERMIT dari Kementerian Hal Ehwal Pengguna, jika anda lakukan juga...anda akan dikenakan tindakkan.
  • Jangan menipu berkenaan Negara Pengeluar Produk yang diiklankan.
editor

No comments:

Post a Comment