Sunday, February 27, 2011

MODEL USAHAWAN #3 - Post #142

TIPsNIAGA.COM Posting #142


MODEL USAHAWAN #3
ANTARA USAHAWAN DAN SUSAHAWAN
YANG MANA SPESIS BERJAYA


SEBENAR NYA di dalam bidang Perniagaan ini wujud Dua (2) Golongan PENIAGA dengan Dua (2) GELARAN yang berbeza, bukan sahaja SEBUTAN yang berbeza...MAKNA nya juga berbeza dan menunjukkan SIFAT & SIKAP seseorang PENIAGA
Cuba perhatikan 2 Golongan tersebut :-


GOLONGAN USAHAWAN
Latar Belakang
  • Terdiri dari Golongan yang Berpendidikan Tinggi secara formal
  • Datang dari keluarga yang kukuh atau mewah kewangan nya
  • Keluarga memiliki sekurang-kurang satu jenis perniagaan
  • Samaada pernah atau tidak pernah bekerja, jika pekerja memiliki jawatan yang baik
  • Tidak ada desakan kewangan terhadap diri sendiri atau untuk keluarga
Cara membuka Perniagaan
  • Mendapat BANTUAN Kewangan daripada Pihak Keluarga atau
  • Mendapat KEMUDAHAN mendapat PINJAMAN Kewangan dari Institusi Kewangan / Bank kerana Pihak Keluarga memiliki Perniagaan sebagai Pencadang / Penyokong /Penjamin
Corak Perniagaan Yang Di Buka
  • Lebih Cenderung membuka Perniagaan yang bercorak ELIT atau tertumpu untuk Pelanggan Kelas Pertengahan keatas di sebabkan Kewangan yang kukuh.
Sikap Usahawan ini


  • Maseh berfikir di DALAM KOTAK
  • Kurang DAYA INOVATIF
  • Kurang BERDIKARI
  • Tidak selesa menghadapi MASAALAH
  • Kurang DAYA TAHAN
  • Minat pada sesuatu Jenis Perniagaan yang suka berubah
  • Tidak 100% menumpukan perhatian pada perniagaan
Peratus Kejayaan Perniagaan
  • 95% akan GAGAL bertahan menjalankan perniagaan sendirian TANPA Campurtangan Keluarga
  • 5% lagi Berjaya kerana memiliki dan mendapat SOKONGAN RAKAN yang bekerjasama mengusahakan perniagaan tersebut
GOLONGAN SUSAHAWAN
Definasi SUSAHAWAN di istilahkan sebagai seseorang Peniaga yang memulakan sesuatu jenis perniagaan TANPA mendapat sebarang BANTUAN KEWANGAN kecuali dari diri sendiri.
(maaf istilah SUSAHAWAN tidak terdapat dalam KAMUS)
Latar Belakang
  • Terdiri dari Golongan yang Berpendidikan Tinggi dan Sederhana secara formal
  • Datang dari keluarga yang SUSAH dari segi Kewangan
  • Keluarga tidak pernah memiliki apa-pa jenis perniagaan
  • Bekerja Makan Gaji dalam pelbagai Bidang
  • Mempunyai desakan kewangan untuk Diri Sendiri dan untuk keluarga.
Cara Membuka Perniagaan
  • Tidak berupaya mendapat BANTUAN KEWANGAN daripada sesiapa kerana dari latar belakang kleuarga yang SUSAH
  • Terpaksa bekerja MENGUMPUL WANG untuk membuka perniagaan dengan cara bekerja makan gaji atau melakukan banyak jenis pekerjaan dalam satu masa
  • Permohonan untuk mendapat Pinjaman dari pihak Intitusi Kewangan / Bank selalu nya DI TOLAK kerana tiada SOKONGAN yang MEYAKINKAN
Corak Perniagaan Yang Di Buka
  • Selalu nya Golongan SUSAHAWAN ini membuka Jenis-Jenis Perniagaan yang tertumpu kepada Golongan BAWAHAN atau UMUM di mana untuk membuka nya tidak memerlukan MODAL yang BESAR dan Corak Perniagaan yang memberi PERKHIDMATAN  / KEPERLUAN ASAS kepada Golongan Bawahan.
  • Golongan ini terpaksa membuka sesuatu jenis perniagaan dari bawah kerana MODAL yang terbatas.
Sikap SUSAHAWAN ini
  • Terpaksa berfikir DI LUAR KOTAK
  • Terpaksa melakukan BANYAK INOVATIF & INISIATIF
  • Terpaksa BERDIKARI dalam semua hal
  • Tidak gentar menghadapi MASAALAH
  • Memiliki DAYA TAHAN YANG TINGGI
  • Memberikan MINAT yang TERTUMPU atau FOKUS pada Jenis Perniagaan yang di jalankan
  • Memberikan 100% PERHATIAN pada perniagaan yang di jalankan
Peratus Kejayaan Perniagaan
  • 95% Akan BERJAYA dalam Perniagaan masing-masing kerana Sikap & Sifat yang BERDIKARI dan BERMULA dari KESUSAHAN.
  • 5% GAGAL mempertahankan Perniagaan kerana MODAL yang sangat kecil, tidak ada sokongan dan bantuan seterus nya dan hilang minat.
RUMUSAN
DARI FAKTA SEJARAH Golongan SUSAHAWAN adalah yang paling ramai berjaya di dalam PERNIAGAAN yang di lakukan kerana di dorong oleh LATAR BELAKANG mereka yang SANGAT SUSAH untuk MEMULAKAN PERNIAGAAN.

Dari SUDUT PSIKOLOGI, Golongan SUSAHAWAN ini terpaksa berpuluh kali ganda BERUSAHA KERAS untuk MENJAYAKAN PERNIAGAAN yang di buka dari HASIL WANG yang di kumpulkan dengan cara yang susah, kerana sebab itu mereka tidak mahu apa yang mereka lakukan gagal begitu sahaja.

MANAKALA Golongan USAHAWAN yang mudah membuka sesuatu jenis perniagaan atas bantuan Keluarga bukan tidak boleh berjaya tetapi mereka tidak memiliki atau menempuh KESAN PSIKOLOGI di peringkat permulaan kerana mereka mendapat kemudahan.
Yang berjaya dari Golongan USAHAWAN sebegini di sebabkan KEWANGAN YANG KUKUH dan KAITAN RAPAT dengan Perniagaan dan Sokongan Keluarga.

TETAPI wujud juga GOLONGAN SUSAHAWAN yang benar-benar MENYUSAHKAN di mana Golongan ini terus langsung tidak memiliki TULANG BALAKANG untuk BERDIKARI..... Mereka adalah CAMPURAN Golongan Usahawan + Susahawan YANG PEMALAS!



editor

No comments:

Post a Comment