Friday, February 18, 2011

TREND PERNIAGAAN #10 - Post #113.

TIPsNIAGA.COM Posting #113

TREND PERNIAGAAN #10
HOBI Jadi SUMBER PENDAPATAN


Telah ramai Usahawan-Usahawan yang wujud pada hari ini bermula dengan melakukan sesuatu atas dasar HOBI. Dan kerana minat yang begitu mendalam terhadap hobi, mereka mengambil PELUANG tersebut untuk di jadikan sebagai suatu SUMBER PENDAPATAN yang tetap.


Ini bukanlah suatu TREND PERNIAGAAN yang baharu wujud, tetapi ia telah wujud sejak berkurun yang lalu. Ramai yang telah meninggalkan pekerjaan tetap mereka untuk merealisasikan HOBI mereka sebagai sebuah perniagaan yang menguntungkan.


SENARAI JENIS HOBI YANG POPULAR
Jenis HOBI yang begitu popular dan di jadikan sesebuah perniagaan adalah seperti berikut:-

  • Solekan & Andaman
  • Menggubah Bunga Hidup & Tiruan
  • Menggubah Hiasan / Hadiah / Berkat untuk sesuatu Majlis Tunang & Perkahwinan
  • Membuat Kek dan Kuih Muih
  • Memasak Makanan beraneka jenis
  • Menggunting Rambut lelaki / wanita
  • Menjahit Pakaian & Sulaman lelaki / wanita
  • Memelihara Pokok Hiasan
  • Memelihara Ikan Perhiasan
  • Memelihara Binatang Peliharaan
  • Membuat Perabut rumah / pejabat
  • Membaiki Kenderaan Bermotor
  • Melukis Grafik Berkomputer / Laman Web
  • Melukis Lukisan
  • Menulis Buku, Novel, Artikel
  • Membaiki Komputer & Barangan Elektrik
  • Membina Komputer & Perisian
  • Membersih & mengemas Rumah
  • Dan ada pelbagai lagi Hobi-Hobi menarik yang di jadikan perniagaan.....
Pada dasarnya, kesemua hobi-hobi tersebut di lakukan kerana mereka dalam golongan ini bukan sahaja berminat dalam bidang yang di ceburi TETAPI mereka boleh di katakan sebagai MAHIR melakukannya, dan ada juga yang memiliki Sijil-Sijil Kemahiran dalam bidang-bidang yang mereka minati itu.

Tetapi di masa-masa yang lalu, mereka tidak menjadikannya sebagai suatu Kerjaya atau sebuah Perniagaan, menurut Kajian mendapati ramai di antara mereka di dalam golongan ini TIDAK BEKERJA melakukan pekerjaan yang sama di dalam profesion mereka, kerana mereka menganggap Pekerjaan dengan Hobi adalah berlainan TUJUAN.

Minat untuk menukarkan Hobi menjadi suatu sumber pendapatan itu timbul apabila HASIL KERJA mereka itu sangat di minati oleh orang-orang sekeliling seperti saudara mara, sahabat handai atau kenalan-kenalan terdekat di tempat mereka bekerja mahupun di kawasan tempat mereka menetap.
Apabila mereka TAHU bahawa HASIL KERJA mereka yang di lakukan sangat baik dan bermutu melalui HOBI itu, maka ia menjadi permintaan dari ramai orang, dari situlah mereka selalunya mengorak langkah untuk menjadikannya sebagai Sumber Pendapatan yang tetap.


BAGAIMANA MAHU MEMULAKAN
Memulakan sesuatu HOBI menjadi sesebuah Perniagaan boleh di lakukan secara berperingkat atau pun secara  mendadak, tetapi kebanyakan daripada pemegang Hobi seperti itu akan bermula secara berperingkat sebelum mereka mengalihkan Operasi ke kawasan Komersial seperti membuka Kedai dan Syarikat.


Langkah ini lebih meyakinkan kerana sewaktu melakukannya secara berperingkat, mereka boleh menyimpan Hasil Pendapatan yang mereka perolehi secara sambilan itu untuk di jadikan MODAL membuka Perniagaan yang lebih besar dan memiliki senarai pelanggan yang sediaada. Berbanding dengan langkah membuka perniagaan secara mendadak, kerana anda perlu ada MODAL KEWANGAN yang mencukupi.


MODAL KEWANGAN
Seperti laporan beberapa Survey atau Tinjauan, lebih 70% daripada pemegang Hobi ini membuka perniagaan untuk Hobi mereka dengan menggunakan WANG mereka sendiri dan selebihnya adalah melalui kaedah meminjam dengan pihak-pihak tertentu ataupun dengan pihak Bank.


PROSEDUR MEMBUKA PERNIAGAAN
Walaupun perniagaan yang ingin di mulakan ini bermula daripada HOBI tetapi segala Prosedur untuk membuka dan mendaftarkan nya sebagai sebuah SYARIKAT PERNIAGAAN adalah HARUS menurut Proses yang SAMA seperti untuk membuka dan mendaftar perniagaan yang lain.
Tidak ada perbezaan yang wujud untuk memulakannya, semua prosedur harus di patuhi agar perniagaan tersebut dapat di jalankan secara SAH dan Profesional.


TUGAS & TANGGUNGJAWAP
Dan walaupun ia bermula daripada HOBI anda, selepas Hobi tersebut DI NIAGAKAN secara KOMERSIAL, maka perniagaan anda itu tertakluk kepada segala Tugas & Tanggungjawap pengendalian, pengurusan dan pentadbiran perniagaan secara FORMAL dan TIDAK WUJUD JALAN PINTAS untuk menjalankan perniagaan seperti ini.


KELEBIHAN
Menjadikan HOBI anda sebagai sebuah perniagaan akan memberikan anda suatu KELEBIHAN kerana anda telah memiliki segala PENGETAHUAN dan SELOK BELOK untuk melakukannya, termasuk siapakah golongan sasar pelanggan yang menghendaki khidmat anda tersebut. Ini boleh di katakan sebagai BATU LONCATAN terhadap perniagaan yang anda tubuhkan melalui Hobi.


KEKURANGAN
Jika anda tidak pernah membuka atau tidak pernah menjalankan apa-apa perniagaan secara SAH dengan menubuhkan SYARIKAT sebelumnya, maka di sini adalah KEKURANGAN yang perlu anda ISI dengan mempelajari cara-cara mengurus dan mentadbir perniagaan secara serius.
Anda boleh dapatkan khidmat nasihat daripada orang-orang yang berpengalaman dari bidang yang sama ataupun dapatkan khidmat nasihat daripada Konsultan yang Pakar dalam bidang tersebut, cuma anda di kenakan bayaran untuk khidmat sebegitu.


MASA DEPAN
Melalui Kajian Survey atau Tinjauan, juga menunjukkan bahawa perniagaan yang di mulakan daripada sebuah HOBI akan dapat bertahan dan kekal lama di sebabkan oleh MINAT yang mendalam terhadap Hobi-Hobi tersebut dan itu telah menjadi sebagai TIANG YANG KUKUH dan PENDORONG untuk terus kekal dan maju. 
Dimana pada waktu ini banyak perniagaan seperti ini yang berjaya berkembang pesat dan salah satu contoh yang terkenal ialah Kentucky Fried Chicken!


RUMUSAN
Oleh yang demikian, jika anda memiliki sesuatu HOBI yang anda sangat MAHIR dan sangat MINAT terhadapnya, anda sudah boleh memikirkan untuk bagaimana menjadikan Hobi tersebut sebagai Sumber Pendapatan anda pula.
Langkah yang perlu anda ambil ialah anda perlu melakukan R&D terhadap Diri dan Minat anda itu, lalu anda buat suatu Perancangan Perniagaan yang menyeluruh untuk merealisakikannya pula.
Anda perlu merujuk kepada Posting-Posting yang telah menjelaskan kriteria untuk membuka perniagaan dengan berkesan dan pelajari perkara-perkara yang boleh menggagalkan nya.


editor

No comments:

Post a Comment