Sunday, February 13, 2011

DECISION MAKING #3 - Post #102

TIPsNIAGA.COM Posting #102


DECISION MAKING #3
Memilih JENIS Perniagaan


Jika anda memiliki sejumlah WANG untuk di jadikan MODAL mendirikan sebuah perniagaan, selalunya anda KELIRU untuk membuat PILIHAN untuk Jenis Perniagaan yang mana satukah yang anda akan pilih. 
Ada yang sampai menghantar Soalan di dalam Forum-Forum Perniagaan untuk mendapatkan Pendapat dan Saranan orang ramai. 
Selalunya bukan JAWAPAN yang anda akan dapat TETAPI jenis-jenis PELAWAAN untuk menyertai perniagaan yang mereka jalankan dengan pelbagai tawaran-tawaran yang menarik.
Adakah cara itu untuk anda MEMBUAT KEPUTUSAN?...Jika cara itu yang anda lakukan, anda akan menghadapi masaalah-masaalah besar di kemudian hari kelak.


CARA-CARA MEMILIH


#1 BUAT SENARAI PERNIAGAAN
  • Senaraikan semua JENIS Perniagaan yang anda TAHU.
  • Seberapa banyak yang boleh (paling kurang 10 Jenis)
  • Buat Indek dari No.1 hingga seterusnya
#2 BUAT PEMILIHAN AWAL
  • TANDAKAN jenis Perniagaan yang anda TAHU serba sedikit mengenainya
  • Dan alihkan jenis perniagaan tersebut di senarai yang lain
#3 BUAT SEMAKAN KEDUA
  • Semak senarai jenis perniagaan yang anda tahu itu
  • TANDAKAN jenis yang mana yang anda SUKA dan anda MINATI
  • Buat Senarai
  • Pilih 5 yang terbaik



#4 BUAT PENILAIAN AKHIR
  • Berapa banyak pengetahuan yang anda tahu mengenainya
  • Dan apa yang anda tidak tahu
  • Buat senarai
  • Pilih 3 yang terbaik

#5 BUAT PILIHAN & KEPUTUSAN AKHIR

  • Yang sesuai dengan Kebolehan, Pengetahuan, Minat anda
  • Semak semula perkara-perkara yang anda belum tahu
  • Buat Rujukan-Rujukan - pro & con
  • Cari Jawapan-Jawapan - the best of the best
  • Buat keputusan bila ingin memulakan.
  • Pilih 1 JENIS Perniagaan yang anda TAHU & MINAT
PERINGATAN
Adalah tidak di nasihatkan untuk melakukan sesuatu jenis perniagaan yang :-
  • anda tidak tahu, 
  • anda tidak berminat atau tidak suka 
  • memulakan perniagaan dengan terpaksa meminjam Wang daripada Peminjam Wang Haram atau yang mengenakan Kadar Interest yang Tinggi.
KERANA jika anda melakukannya juga, menurut STATISTIK anda akan gagal bertahan dan gagal mengembangkannya.

RUMUSAN
Walaupun sesuatu Jenis Perniagaan yang anda MINAT & SUKA itu anda tidak memiliki ILMU Mentadbir & Mengurus yang cukup, itu dapat anda usahakan dengan menimba pengetahuan daripada Orang-Orang yang berjaya di dalam bidang-bidang tersebut atau mendapatkan Khidmat Business Coaching (mungkin kurang di Malaysia) bagi mendapatkan bimbingan yang sempurna.
KERANA faktor Minat & Suka itu akan menjadi PENDORONG utama untuk anda terus berjaya dan sebagai alat mengurangkan TEKANAN atau pressures.

OLEH ITU
Jika anda ingin memulakan sesuatu perniagaan...setelah membaca mana-mana IKLAN dan TAWARAN di dalam INTERNET....JANGAN TERUS TERIMA!

editor

No comments:

Post a Comment