Thursday, February 10, 2011

STRATEGY #6 - Post #88

TIPsNIAGA.COM Posting #88


STRATEGY #6
Strategi MENIRU = GAGAL


KENAPA STRATEGI MENIRU ITU DI KATA GAGAL


Ramai Peniaga ataupun Usahawan yang ingin mendapatkan keuntungan cepat dan mudah mengambil langkah untuk MENIRU apa-apa juga yang telah di lakukan oleh Usahawan lain, dengan harapan mereka dapat keuntungan semasa sesuatu itu sedang rancak berkembang di pasaran. 
Dengan cara ini mereka berfikir dapat mengurangkan dan menjimatkan masa serta kos untuk Reka-Cipta sesuatu yang baharu.


MENIRU ini amat luas pengertiannya seperti MENIRU:

  • Rekabentuk Produk Barangan
  • Rekabentuk Pakaian
  • Rekabentuk Senibina
  • Rekabentuk Pengilangan & Pembuatan
  • Jenama Produk
  • Jenama Perniagaan
  • Logo Perniagaan
  • Dan yang lain-lain

Semua itu boleh di tiru samaada ianya telah di daftarkan sebagai Patent dan Trademark Perniagaan oleh Usahawan yang tidak bertanggungjawap.
TETAPI untuk jangkamasa tertentu, kesemua perniagaan yang menggunakan Strategi MENIRU akan GAGAL bertahan lama atas sebab-sebab:-

  • Undang-Undang
  • Mutu yang rendah
  • Tidak memiliki Spesifikasi Pembuatan
  • Tidak ada Warranty atau Jaminan
  • Harga yang terlalu murah atau sama dengan yang Asli
  • Tidak ada R&D untuk produk yang di keluarkan kerana dasarnya MENIRU



SEBAB LAIN
Usahawan yang suka MENIRU ini mereka lebih gemar BELAJAR dari MELIHAT sahaja, apa-apa yang di lihat oleh mereka itu boleh mendatangkan keuntungan yang segera serta banyak, mereka akan TIRU!


Modal mereka hanya Kos untuk mendapatkan sesuatu barangan dan lakukan TIRUAN di dalam kilang mereka sendiri.
Oleh kerana mereka menggunakan Kaedah Belajar Melalui Melihat, semua HASIL TIRUAN mereka hanya menggunakan penglihatan untuk meniru bahan-bahan, warna, rekabentuk sesuatu barangan itu dan BUKAN berdasarkan KAJIAN yang scientific untuk mengetahui penggunaan bahan sebenar.


Mereka berpendapat, ASALKAN kesemua aspek luaran menepati rekabentuk yang asal sudah memadai untuk mengaburi pandangan pembeli.
Hanya segelintir sahaja Usahawan PENIRU ini yang benar-benar berjaya MENIRU sehingga 99% buatan produk yang asli dan golongan ini menggunakan khidmat pakar-pakar untuk menghasilkannya, tetapi tujuan asal mereka tetap sama iaitu MENIRU.


PENIRUAN YANG BERETIKA
Peniruan yang beretika ialah dengan meniru sesuatu kaedah / strategi yang telah membuat Usahawan lain berjaya adalah di galakkan, seperti bagaimana mereka menggunakan Strategi untuk:-

  • Meningkatkan hasil jualan
  • Meningkatkan kecekapan pengurusan perniagaan
  • Meningkatkan produktiviti
  • Pengiklanan yang efektif
  • Pelaburan untuk pembangunan perniagaan
  • Perhubungan luar dengan Pengusaha lain di peringkat dalam Negeri dan Negara luar
  • Selalu mencipta pembaharuan

MENIRU hal-hal sebegini adalah baik kerana ia di anggap sebagai kita BELAJAR memperbaiki apa kekurangan dan kelemahan dalam perniagaan sendiri.


DUA ELEMEN PENTING UNTUK BELAJAR
Dimana keduanya menghasilkan keadaan yang berbeza

  1. Belajar dari Melihat tetapi tidak suka Mendengar
  2. Belajar dari Melihat dan suka Mendengar

MAKSUD NYA
No.1

  • Usahawan yang Belajar hanya melihat adalah cenderung untuk MENIRU Daya Hasil Ciptaan Usahawan yang lain TANPA mahu belajar bagaimana mereka melakukannya dengan cara yang betul. Golongan inilah yang mendominasikan Barangan Tiruan di pasaran. Atau dalam lain perkataan, mereka menggunakan Strategi HIT & RUN.
  • Mereka tidak suka mendengar Nasihat-Nasihat yang baik atau belajar dengan kaedah yang betul, kerana mereka berpendapat itu semua membuang masa dan merugikan.



No.2
Usahawan jenis yang kedua ini pula, mereka belajar melalui Melihat dan juga Mendengar.

  • Melihat bermaksud:

Segala kemajuan Inovasi dan Teknologi Pembuatan barangan dan mencari Inspirasi untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik.

  • Mendengar bermaksud:

Usahawan seperti ini sanggup pergi belajar dari Mentor-Mentor yang berjaya atau belajar secara formal di mana-mana Pusat atau Institusi yang menawarkan sesuatu Kursus yang mereka kehendaki.
Mereka dari jenis ini MENDENGAR semua Nasihat untuk bagaimana mencipta kejayaan sendiri tanpa perlu MENIRU hasil orang lain.


Melalui posting yang lalu sudah di jelaskan bahawa untuk berjaya di dalam sesuatu Bidang Perniagaan, kita harus:

  • Ada serba sedikit pengalaman mengendalikannya samaada secara bekerja atau belajar
  • Tahu dan telah Belajar selok-belok perniagaan tersebut
  • Tahu dan kenal Golongan Apa yang menggunakan Produk & Perkhidmatan nya
  • Tahu dan Faham POTENSI perniagaan tersebut
  • Tahu dan Pasti akan segala kelemahan yang wujud dalam perniagaan tersebut
  • Tahu dan Sedia untuk menangani segala kelemahan bila tiba waktu nya




Itu lah gunanya seseorang Usahawan itu HARUS BELAJAR dan TERUS BELAJAR dari masa kesemasa, sedangkan Golongan TOP Rank CEO maseh perlukan Coaching atau Latihan yang berterusan untuk menjadikan diri mereka itu Efektif, Efisen dan Produktif.


editor

No comments:

Post a Comment