Monday, February 07, 2011

PEMBANGUNAN PRODUK #6 - Post #78

TIPsNIAGA.COM Posting #78

PEMBANGUNAN PRODUK #6
R&D Produk ASAS TANI - Peringkat Swasta


Posting #77 lebih kepada PERANAN pihak KERAJAAN didalam pembangunan produk-produk ASAS TANI dan jenis-jenis kelemahan yang maseh perlu BAIK PULIH untuk mengatasi KRISIS lebihan buah-buahan.
Kini R&D dituju kepada pihak-pihak SWASTA yang ada bergerak sendiri didalam segala pembangunan produk dan R&D terhadap penaikan taraf hasil produk-produk mereka.


MASIH SEDIKIT
Sejauh ini, ada segelintir Usahawan yang secara sendirian berjaya menembusi pasaran Antarabangsa dengan Produk-Produk yang dijana daripada ASAS TANI tanpa bantuan daripada SESUATU Kerajaan. Tetapi JUMLAH Produk yang mereka maseh tertumpu kepada satu-satu jenis buah sahaja seperti Buah MANGGIS dan NONI kerana Nilai Perubatannya sangat tinggi.


PENGGANTUNGAN
Aktiviti seperti ini tidak pula berlaku pada KEBANYAKAN SYARIKAT yang memasarkan produk-produk ASAS TANI yang lain dan maseh bergantung penuh terhadap HASIL DAPATAN dari pihak R&D Kerajaan. Kemajuan yang mereka lakukan setakat ini hanya tertumpu kepada Pembinaan KUALITI dan PEMBUNGKUSAN yang boleh diterima ramai terutama dalam Pasaran AntaraBangsa, dan ini maseh belum memadai untuk meluaskan segala POTENSI yang dimiliki oleh sesuatu Buah-Buahan yang perlu lagi diterokai.


PAKAR LUAR
Oleh kerana Pembangunan, R&D, Bioteknologi buah-buahan ini berbentuk TEMPATAN atau LOCAL, maka ia sangat bergantung kepada Pakar-Pakar tempatan untuk melakukan Uji-Kaji-Selidik, dan pakar-pakar yang ada juga tidak mencukupi untuk melakukan KAJIAN terhadap ratusan jenis buah-buhan tempatan, dimana pergantungan kepada MARDI sebagai sumber utama.  Kerana itu, khidmat pakar-pakar luar harus didapati untuk membantu menyegerakan penghasilan produk-produk yang baharu berdasarkan jenis buah-buahan yang sama.


SEKMEN HERBAL
Yang agak MAJU sedikit ialah Sekmen HERBA dimana telah banyak hasil-hasil baharu telah dapat dicipta dan dipasarkan, kemungkinan ini sebahagian dari sumbangan pesat dari badan seperti FRIM - Forest Research Institute Malaysia dan CEPP UTM - Chemical Engineering Pilot Plant - University Teknologi Malaysia serta pihak Swasta yang lain di Peringkat Global.


Dimana banyak UJI-KAJI dilakukan untuk menghasilkan pelbagai potensi sesuatu Tumbuhan Herbal ketahap maksima.  Mekanisma seperti inilah yang maseh kurang terhadap potensi buah-buahan.tempatan. Mungkin pihak-pihak Kerajaan & Swasta boleh mempelajari sesuatu daripada Model dua mekanisma ini.


PEMBAHARUAN DIKEHENDAKI
Buah-buahan tempatan lebih sinonim atau terkenal untuk dijadikan bahan MINUMAN atau PERASA bagi Ice Cream dan jenis seperti ini sudah terlalu banyak dipasaran tetapi maseh belum dapat menembusi pasaran luar negara secara besar-besaran kerana kesesuaian dengan SELERA diperingkat Antarabangsa tidak dikaji dengan teliti.


editor

No comments:

Post a Comment