Sunday, February 06, 2011

PEMBANGUNAN PRODUK #1 - Post #75A

TIPsNIAGA.COM Posting #75

PEMBANGUNAN PRODUK #1
Apa Yang Perlu Anda Fahami




PEMBANGUNAN PRODUK atau Product's Development bukan sahaja merujuk kepada sesuatu BARANG tetapi melalui Bahasa Inggeris ia dirujuk kepada Jenis-Jenis Barangan Dan Perkhidmatan iaitu kedua-duanya sekali. Pembangunan Produk melibatkan semua SEKTOR didalam perniagaan, samaada yang bersaiz kecil ataupun yang bersaiz besar.


PEMBANGUNAN PRODUK berkait rapat dengan KAJIAN & PENYELIDIKAN atau Research & Development (R&D) bagi MENGKAJI & MENYELIDIK potensi sesuatu produk itu untuk Penambah Nilaian atau Value Added bagi kegunaan semasa yang sering berubah menurut peredaran zaman.
Di Syarikat-Syarikat yang bersaiz besar serta yang banyak menghasilkan sesuatu Produk, mereka akan mewujudkan Bahagian R&D mereka untuk tujuan ini, dimana bahagian ini akan secara terus menerus membuat pengkajian dan penyelidikan dari pelbagai sudut untuk mencari formula pembangunan sesuatu produk.
Jika mereka tidak melakukan R&D yang berterusan, perniagaan mereka akan terjejas kerana para pesaing perniagaan akan memintas kemajuan produk-produk mereka dan akhirnya mereka akan kehilangan pelanggan LALU MENGALAMI KERUGIAN.


Produk-Produk yang dibangunkan menerusi pelbagai kaedah R&D ini meliputi bahagian-bahagian seperti yang berikut:-

  • Produk Perbankkan
  • Produk Insuran
  • Produk Pelaburan
  • Produk Hartanah
  • Produk Pelancungan
  • Produk Kesihatan
  • Produk Pelajaran
  • Produk Makanan / Minuman
  • Produk Kenderaan / Pesawat / kapal
  • Produk Pakaian / Aksesori
  • Produk Keperluan Rumah Tangga
  • Dan Pelbagai Macam lagi yang ada di pasaran

Ini menunjukkan bahawa di dalam Dunia ini ada jutaan jenis-jenis produk yang diperlukan oleh Manusia, dan setiap produk itu pula memerlukan pembangunan secara berterusan didalam sekmen masing-masing. Kerana itu ramai Pengkaji & Penyelidik dari pelbagai bidang diperlukan, malah di pupuk dari peringkat awal dan seawal sekolah rendah supaya pembangunan produk dapat diteruskan sepanjang zaman.


Inilah dikataklan sebagai Evolusi sesebuah produk seperti yang dapat kita lihat pada semua jenis kenderaan terutamanya Kereta. Jika dibandingkan rekabentuk Kereta 50 tahun lalu amat berbeza dengan Kereta yang dijual pada hari ini, pada hari ini pelbagai pembaharuan dilakukan untuk keselesaan pengguna, ini semua adalah hasil usaha bahagian R&D.


Jangan tersalah membuat tanggapan bahawa perniagaan yang bersaiz kecil tidak memerlukan pembangunan produk, seperti perniagaan Kedai-Kedai Runcit, Dobi, Salon Kecantikkan, Restoran, Bengkel Kenderaan dan sebagainya. R&D maseh tetap dan harus dilakukan jika sesuatu perniagaan itu mahu berkembang.
Fahami sekali lagi bahawa R&D itu bukan sahaja untuk mengkaji selidik pembangunan sesuatu BARANG tetapi juga PERKHIDMATAN...seperti yang saya tegas diawal -awal lagi.


Artikel ini sebagai pembukaan untuk posting selanjutnya dalam Topik PEMBANGUNAN PRODUK, dimana saya akan mengenengahkan beberapa model barangan dan perkhidmatan untuk dilakukan R&D untuk mengembangkan potensi sesuatu perniagaan.
Ikuti posting-posting selanjutnya.....


editor

No comments:

Post a Comment