Friday, February 04, 2011

MEMBANGUN PERNIAGAAN #10 - Post #64

TIPsNIAGA.COM Posting #64

MEMBANGUN PERNIAGAAN #10
Menulis IKLAN - part two
Pengiklanan KHUSUS


PENGIKLANAN KHUSUS merupakan IKLAN seperti:-

  • Tawaran Pekerjaan-Pekerjaan tertentu
  • Tawaran sesuatu Tender
  • Pengumuman Hari-Hari Perayaan, Pembukaan Syarikat, Hari Jadi dan lain-lain
  • Pengumuman Suatu produk baru atas dasar Kajian
  • Pengumuman SALAH LAKU bekas pegawai syarikat
  • Pengumuman Kematian
  • Pengumuman Jualan Besar-Besaran Tahunan
  • Dan yang berkenaan



IKLAN-IKLAN sebegini berlainan dengan penulisan IKLAN untuk Menjual Produk, dimana Iklan sebegini harus ditulis Fakta dan Data PENTING untuk pengetahuan umum atau golongan sasar agar mereka tahu dan jelas mengapa pengumuman itu dilakukan.


IKLAN seperti ini juga tidak memerlukan penggunaan WARNA yang khusus atau Gambar-Gambar yang menarik kecuali jika berkenaan sesuatu Produk atau Tempat-Tempat Pelancungan. Sesuaikan TEMA IKLAN dengan penggunaan PERKATAAN. Juga elakkan daripada menulis secara terperinci kerana IKLAN bukan selalunya MURAH.


Kebanyakkan IKLAN yang bercorak PENGUMUMAN disiarkan melalui AKHBAR-AKHBAR UTAMA kerana pengedaran yang berbentuk bacaan harian dan dapat MELIPUTI ramai pembaca daripada semua golongan, tempat, daerah dan negeri.
Jika sesuatu itu berbentuk exclusive seperti pengenalan sesuatu produk terbaru yang belum dipasarkan tetapi mahu pembaca mengetahuinya terlebih dahulu, selain Akhbar ianya juga disasarkan kepada Pengiklanan didalam MAJALAH-MAJALAH tertentu yang meliputi sekmen-sekmen terpilih dan sesuaikan dengan produk baru anda.


RUMUSAN
Setiap IKLAN yang anda ingin siarkan, anda perlu memikirkan segala aspek kepentingan pengiklanan tersebut terhadap pembaca dan syarikat anda.
Jangan membazirkan Wang dengan membuat Iklan-Iklan yang tidak sesuai dengan tujuan. Kerana banyak iklan-iklan yang tidak mahu dibaca oleh umum disebabkan oleh faktor-faktor mutu iklan dan tujuan.


Segalanya didalam tangan anda sebagai peneraju perniagaan!


editor

No comments:

Post a Comment