Saturday, February 19, 2011

PSIKOLOGI PERNIAGAAN #3 - Post #116

TIPsNIAGA.COM Posting #116


PSIKOLOGI PERNIAGAAN #3
TRADE SHOWS
Apakah TUJUAN di adakan.....


TRADE SHOWS atau PAMERAN PERDAGANGAN selalunya di anjurkan dan di adakan oleh AGENSI-AGENSI KERAJAAN di bawah kelolaan seperti KEMENTERIAN PERDAGANGAN dan KEMENTERIAN PERTANIAN yang bertanggungjawap terhadap segala kemajuan para peniaga di dalam Negara masing-masing. 


Langkah ini untuk memberi peluang-peluang perniagaan yang lebih luas kepada para Peniaga Tempatan.
Jika ianya di anjurkan oleh Syarikat-Syarikat LUAR itu memberi maksud bahawa Pameran tersebut telah di sokong secara DASAR oleh pihak Kerajaan.


KENAPA TRADE SHOWS DI ADAKAN

  • Ia di adakan sebagai langkah Pihak Kerajaan membuka PINTU dan PELUANG PERNIAGAAN kepada peniaga-peniaga bagi mempromosi, memasar dan menjual barangan dan perkhidmatan mereka kepada PASARAN yang LEBIH LUAS samaada dari DALAM atau dari LUAR NEGARA.


  • BARANGAN dan PERKHIDMATAN yang di lakukan melalui TRADE SHOWS selalunya yang berbentuk BAHARU, INOVASI BAHARU atau sebagai pemangkin untuk meluaskan hubungan perdagangan diantara Peniaga dan Negara-Negara yang di undang menyertainya.

APA KELEBIHAN NYA PADA PENIAGA

  • Melalui TRADE SHOWS, selalunya pihak penganjur akan mempelawa pelbagai Syarikat dan Para Peniaga samaada dari dan Luar negara untuk menyertainya untuk memberi PELUANG kepada kedua-dua pihak agar dapat MENJALIN HUBUNGAN PERDAGANGAN secara lebih aktif.
  • Dimana jika sesuatu Barangan Tempatan maseh belum menembusi PASARAN ANTARABANGSA, maka melalui TRADE SHOWS sebegini mereka berpeluang untuk berbuat demikian.
  • Dengan CARA ini, setiap Peniaga dari kedua-dua belah pihak dapat MENJANA PEMASARAN dan PENJUALAN dan MEWUJUDKAN kesinambungan perniagaan masing-masing kearah dimensi yang baharu.
  • Jika Para peniaga yang terlibat BIJAK untuk mengambil PELUANG-PELUANG yang wujud melalui TRADE SHOWS, maka perniagaan mereka akan berkembang maju menerusi permintaan yang tidak dijangkakan sebelum ini.

KEBURUKAN YANG ADA
Cuma ada sedikit sahaja KEBURUKAN menyertai TRADE SHOWS sebegini...

  • WANG PENYERTAAN dan SEWA TAPAK yang tinggi
  • BARANGAN atau PRODUK yang ingin di pamerkan HARUS MENEPATI PIAWAIAN atau STANDARD ANTARABANGSA.
  • SUKAR mencari RAKAN NIAGA yang benar-benar berpotensi serta JUJUR dan itu adalah tanggungjawap anda sendiri untuk menentukannya, bukan pihak penganjur.
SARANAN
Sebelum anda menyertai apa juga TRADE SHOWS, pastikan anda melakukan perkiraan yang betul dengan menyelidiki POTENSI sesebuah TRADE SHOWS itu seperti:-
  • Siapa Penganjurnya
  • Di mana LOKASI di adakan
  • Berapa kali dalam setahun ia di adakan
  • Siapa yang menyertainya
  • Negara-Negara mana yang di undang
  • Berapa Wang / Yuran Penyertaan dan Kadar Sewa Tapak Pameran
  • Jenis-Jenis Perniagaan yang menyertainya
Setelah menyelidiki semua ini, anda perlu membuat PENILAIAN YANG JUJUR serta IKHLAS terhadap segala KEMAMPUAN Syarikat anda untuk menyertainya dari segi:-
  • KEMAMPUAN KEWANGAN
  • KEMAMPUAN PRODUK
  • KIRA-KIRA UNTUNG-RUGI jangkamasa pendek dan panjang jika menyertainya.

Anda perlu berlaku JUJUR didalam melakukan PENILAIAN terhadap KEMAMPUAN Syarikat anda ini, jika tidak anda mungkin terjerumus dengan perbelanjaan yang tidak perlu serta MERUGIKAN jika TRADE SHOWS yang di adakan itu tidak akan memberi apa-apa IMPAK kepada perniagaan anda.






RUMUSAN
TRADE SHOWS sebenarnya amat baik dan berguna untuk setiap Peniaga atau Pengusaha untuk menembusi sesuatu PASARAN di dalam atau Luar Negara dengan menyertainya.

TETAPI penyertaan anda perlu di ukur melalui PENILAIAN YANG JUJUR supaya TUJUAN SEBENAR mewujudkan TRADE SHOWS yang bermatlamat MEMBANTU dan MENOLONG membuka Pasaran serta Peluang Perniagaan benar-benar menepati SASARAN pihak Kerajaan dan Penganjur.

BUKAN bertujuan untuk MEMBEBANKAN Para Peniaga yang terpaksa membelanjakan sejumlah PERUNTUKAN WANG untuk menyertainnya tanpa memperoleh apa-apa keuntungan.


NOTA :-
TRADE SHOWS adalah STRATEGI PEMASARAN

editor

No comments:

Post a Comment