Saturday, February 26, 2011

MODEL PERNIAGAAN #4 - Post #137

TIPsNIAGA.COM Posting #137


MODEL PERNIAGAAN #4
KONSEP PERNIAGAAN ISLAM
JENIS YANG TELAH DI WUJUDKAN


BERIKUT adalah jenis PERNIAGAAN yang telah di wujudkan melalui KONSEP PERNIAGAAN ISLAM dan ia telah berkembang di seluruh Dunia.


BERKONSEP HALAL

  • DAGING / DAGING BEKU HALAL
  • DAGING DALAM TIN HALAL
  • MAKANAN BERASASKAN DAGING HALAL
  • MAKANAN / MINUMAN HALAL
  • MAKANAN PELBAGAI BANGSA YANG SUDAH HALAL
  • RESTORAN BERKONSEPKAN HALAL
  • UBAT-UBATAN HALAL
  • MAKANAN TAMBAHAN HALAL

BERKONSEPKAN ISLAM

  • BANK SIMPANAN
  • PINJAMAN KEWANGAN
  • INSURAN TAKAFUL
  • PELABURAN KEWANGAN 
  • PENJUALAN & PEMBELIAN SAHAM
  • PENJUALAN & PEMBELIAN SEWA BELI
  • PAJAK GADAI
  • PEMASARAN 
  • PENJUALAN
  • PENTADBIRAN
  • PENGURUSAN
  • PERINDUSTRIAN
  • PENGILANGAN
  • PENDIDIKAN
  • PEMERINTAHAN
  • REKREASI & HIBURAN
  • R&D / INOVASI

SEMUA ini telah di bangunkan untuk menghasilkan Produk dan Perkhidmatan yang mengikut PERUNDANGAN ISLAM dan ia telah dapat di terima oleh semua Bangsa Manusia di peringkat Antarabangsa kerana TIDAK ADA DISKRIMINASI di dalam perlaksanaan nya.


PELUANG PERNIAGAAN
Dengan KEMAJUAN TEKNOLOGI di dalam semua Sektor INDUSTRI, yang terutama di dalam Bidang SAINS telah dapat menjelaskan sesuatu BAHAN samaada ianya bersumberkan bahan yang di luluskan oleh perundangan ISLAM.
Kebangkitan Teknologi & Sains ISLAM telah memberi banyak PELUANG PERNIAGAAN terhadap banyak lagi Produk yang dahulu nya tidak dapat di pastikan samaada ianya HALAL untuk UMAT ISLAM.


PELUANG PERNIAGAAN seperti ini juga terbuka luas untuk semua PENIAGA dari seluruh Dunia kerana KONSEP PERNIAGAAN ISLAM yang di serapkan ke dalam sesuatu HASIL PRODUK dan PERKHIDMATAN itu lebih BERKUALITI dan PIAWAIAN nya sangat jelas, jika di bandingkan dengan cara penghasilan yang biasa. Perkara ini juga telah memberi manfaat kepada semua PENGGUNA tanpa mengira BANGSA dan AGAMA.


DI ASIA
KINI di rantau ASIA dan ASIA TENGGARA, Pasaran untuk PERNIAGAAN HALAL telah mengorak langkah kemajuan di mana telah banyak Negara telah bekerjasama untuk menghasilkan Produk Halal di Negara masing-masing dan di pasarkan untuk keperluan Umat ISLAM dan Penduduk Dunia


Malah Negara-Negara yang BUKAN dari Negara ISLAM juga telah turut menyertai PENGHASILAN PRODUK HALAL kerana PERMINTAAN untuk PRODUK HALAL amat tinggi untuk pasaran Dunia.


RUMUSAN
PARA PENIAGA kini telah boleh untuk memasuki INDUSTRI PENGHASILAN PRODUK HALAL dan boleh memilih jenis-jenis Produk yang mereka mampu hasilkan kerana SAINS & TEKNOLOGI ISLAM telah memudahkan semua KEPERLUAN ASAS seperti yang di tuntut oleh AGAMA ISLAM.


SEKMEN HALAL ini bertambah luas kerana pertambahan Umat ISLAM di seluruh Dunia, di mana STATISTIK pada Tahun 2010 menunjukkan 1.6 BILLION UMAT ISLAM
Dan menurut Statistik, NILAI bagi Peluang Produk HALAL bernilai 2 TRILLION DOLLARS


Ini menunjukkan pasaran nya amat besar tetapi penghasilan Produk HALAL maseh belum mencukupi.




editor

No comments:

Post a Comment