Monday, May 23, 2011

FAKTOR Y #36 - APA RAHSIA JENAMA & LOGO - Post #266

TIPsNIAGA.COM - Faktor Y - Post #266


APA RAHSIA JENAMA & LOGO
APA YANG PERLU ANDA TAHU


PENJENAMAAN atau BRANDING
  • PENJENAMAAN atau BRANDING adalah WAJAH UTAMA kepada keseluruhan Syarikat & Perniagaan anda, dimana melalui sesuatu JENAMA Orang Ramai dapat MENGENALI PRODUK & PERNIAGAAN anda dengan pantas.
  • Dengan lain perkataan JENAMA adalah WAJAH kepada MISI, PERKHIDMATAN & PRODUK yang Syarikat anda keluarkan di dalam SATU NAMA PENJENAMAAN atau BRANDING.
MAKSUD PENJENAMAAN
  • NAMA atau SIMBOL yang Memperkenalkan Keunikan Produk & Perkhidmatan Syarikat anda.
  • Juga sebagai KEPERIBADIAN terhadap Organisasi Syarikat yang mengeluarkan sesuatu Produk & Perkhidmatan.
  • Suatu LAMBANG KECEMERLANGAN untuk di ingati oleh PELANGGAN.
  • Juga sebagai LAMBANG KEYAKINAN
  • Juga sebagai Suatu KONSEP & IDEA yang di pahat di dalam MINDA PELANGGAN
  • Juga sebagai PEMBERITAHUAN bahawa Organisasi anda adalah Sumber Pengeluar Produk & Perkhidmatan yang BAIK.
  • Juga sebagai LAMBANG KETAATAN PELANGGAN
  • Dan Melambangkan SUATU NILAI yang sangat EXCLUSIVE.
  • Juga Melambangkan KEUNIKAN NILAI.
  • Juga Melambangkan KEKUKUHAN IKATAN antara PELANGGAN dengan Organisasi.
  • Dan SEMUA ini di Melambangkan KESELURUHAN PENGALAMAN PELANGGAN
YANG MEMBAWA PENJELASAN YANG BERIKUT
  • KEKUATAN PADA SYARIKAT SECARA KESELURUHAN
  • KEKUATAN PADA NILAI
  • KEKUATAN PADA KEPERIBADIAN
  • KEKUATAN PADA KELAKUAN
  • KEKUATAN PADA HARGA
  • KEKUATAN PADA PERKHIDMATAN MENYELURUH
  • KEKUATAN PADA SEJARAH YANG KUKUH
  • KEKUATAN PADA KEKUKUHAN & KEWUJUDAN
  • KEKUATAN PADA SLOGAN
  • KEKUATAN PADA PRODUK BERFAEDAH
OLEH ITU, APA YANG PERLU DI WUJUDKAN DALAM PENJENAMAAN SUPAYA JENAMA ITU KUAT & KUKUH?
ANDA PERLU Membina dan Menanamkan perkara-perkara berikut ke dalam PENJENAMAAN anda agar semua itu WUJUD dan TERTANAM terus di dalam ingatan Pelanggan dan perkara tersebut adalah seperti yang berikut :-
  • Boleh Di Percayai
  • Ciptaan & Rekaan Yang Asli
  • Sesuai untuk Semua Pengguna
  • Berkepentingan kepada Semua Pengguna
  • Menjadi Pilihan Pengguna
  • Sangat Menarik
  • Di Gemari Ramai
  • Di Puja Ramai
  • Bermutu Tinggi
  • Ber-Inovatif
  • Mesra Pelanggan
JENAMA YANG KUAT & KUKUH MEMERLUKAN VISI, MISI DAN MATLAMAT
  • Sesuatu JENAMA yang KUAT & KUKUH bukan sahaja harus memiliki LOGO yang CANTIK serta MENARIK atau Kempen Pengiklanan Agresif TETAPI memerlukan juga VISI, MISI & MATLAMAT yang selaras.
  • Ini harus di mulakan oleh TERAS PIMPINAN sesuatu Organisasi yang BERFIKIRAN LUAS serta BERPANDANGAN JAUH.
  • Yang SENTIASA melakukan pelbagai PERUBAHAN DEMI PERUBAHAN menurut KESESUAIAN MASA dan ZAMAN menurut KEPERLUAN PELANGGAN.
  • Juga harus MENITIK-BERATKAN KESELAMATAN & KEHENDAK PELANGGAN 
  • Dan semua ini harus di jadikan sebagai VISI, MISI dan MATLAMAT untuk MEMBERIKAN segala KEPUASAN KEPADA PELANGGAN.
PENJENAMAAN BERJAYA JIKA 
Sesuatu PENJENAMAAN itu BERJAYA di PASARAN jika anda telah dapat Melihat & Merasakan Perkara-Perkara yang berikut :-
  • Apabila Pelanggan sering MEMUJI JENAMA anda dengan penuh KEPUASAN.
  • Dan POPULARITI JENAMA anda di Pasaran juga MEMPENGARUHI Para Pekerja, dimana mereka juga MERASA BANGGA bekerja di dalam Organisasi anda.
  • PERMINTAAN untuk Produk JENAMA Organisasi anda MENINGKAT di Pasaran dan di kehendaki Ramai.
  • PESAING Produk Anda juga menjadikan JENAMA anda sebagai RUJUKAN TERBAIK.
  • Para WARTAWAN Perniagaan & Umum sering MENULIS mengenai JENAMA anda di sebabkan sambutan yang menarik di Pasaran.
  • Anda MULA TERASA harapan untuk terus berkembang maju adalah POSITIF berdasarkan sambutan yang di terima.
  • Dan apabila setiap Anggota Lembaga Pengarah dan Pemegang Saham sangat GEMBIRA dengan Pencapaian JENAMA di Pasaran.
OLEH KERANA SEBAB ITU
ANDA memerlukan SUATU NAMA yang sangat BAIK, sangat MENARIK dan sangat MEMIKAT untuk di jadikan JENAMA yang POPULAR. Dan anda perlu untuk melakukan PENCARIAN suatu NAMA itu dengan PROSES seperti :-
1...Brainstorming sesama Anggota Syarikat untuk mencari Formula atau Kaedah melalui Persoalan seperti :

  • Siapa Pelanggan Sasaran anda
  • Apa yang Pelanggan Kehendaki & Perlukan
  • Apa Persaingan yang di jangka
  • Perlukan menggabungkan sesuatu Ayat, Nama atau Angka tertentu kedalam sesuatu Nama JENAMA
  • Atau APA juga yang terlintas di fikiran masing-masing untuk di pertimbangkan.
2...Lakukan Proses PEMILIHAN Nama-Nama
  • Buat PILIHAN pada Nama JENAMA yang paling SESUAI dari banyak-banyak NAMA
  • PILIH yang Mudah DI SEBUT 
  • Mudah DI INGAT
  • Mudah DI EJA dan DI TULIS
  • Mudah DI CARI di dalam JENTERA CARIAN INTERNET
  • Dan pastikan Nama JENAMA yang di pilih tidak di gunakan oleh Orang lain dengan memeriksa melalui Pendaftaran Syarikat & Jenama Perniagaan
  • Jika semua nya positif dan tiada halangan, baharu lah sesuatu Nama itu boleh di gunakan.
3...Lakukan Pembinaan LOGO
LOGO juga memainkan Peranan Penting di sebalik Nama JENAMA, Oleh itu LOGO harus di buat dengan lebih hati-hati.
  • Pastikan LOGO itu Mudah Di Lihat
  • Mudah Di Kenali
  • Mudah Di Fahami
  • Dengan REKAAN yang MENARIK
  • Warna yang Mudah
  • Ringkas tetapi memuatkan segala Ciri-Ciri PENJENAMAAN
  • Kerana dari Segi Psikologi, setiap Pelanggan hanya perlu 3 SAAT untuk MELIHAT & MENILAI sesuatu dari LOGO sebagai TARIKAN.
  • Dimana LOGO yang MENARIK & BERKESAN adalah LOGO yang dapat MENARIK PERHATIAN MATA dalam JARAK YANG JAUH melalui Reka Bentuk, Sebutan dan Warna.
  • Pastikan LOGO yang anda bina itu MENEPATI SASARAN PENGGUNA.
4...Dimana anda harus gunakan LOGO tersebut
LOGO adalah JENAMA SYARIKAT dan DUTA SYARIKAT dan LOGO harus di letakkan pada perkara yang berikut : -
  • PAPAN TANDA 
  • LETTER HEAD 
  • NAME CARD
  • SEMUA BIL & INVOIS
  • PELEKAT PRODUK
  • BUNGKUSAN PRODUK
  • PADA PRODUK
  • SEGALA CENDERAHATI SYARIKAT
  • SEMUA IKLAN
  • PAKAIAN SERAGAM PEKERJA & KAKITANGAN
5...Cara mempopularkan LOGO anda
  • Harus selalu membuat PENGIKLANAN di semua JENIS MEDIA
  • Menerusi PAPAN TANDA IKLAN
  • Menerusi SPONSOR sesuatu EVENT
  • Menerusi AKTIVITI Kebajikan & Riadah 
  • Dan APA juga KEGIATAN yang berkaitan dengan ORANG RAMAI
6...Daftarkan LOGO dan JENAMA 
DAFTARKAN LOGO dan JENAMA Organisasi anda sebagai HAK PERNIAGAAN agar tidak akan ada orang lain yang boleh menggunakan nya secara HARAM dengan melalui :
  • Pendaftaran TRADEMARK
  • Pendaftaran PATENT
RUMUSAN
  • Oleh kerana BANYAK KEPENTINGAN dan SEBAB-SEBAB yang memerlukan sesuatu JENAMA & LOGO, maka anda perlu mengambil PERHATIAN yang lebih serius terhadap perkara ini.
  • Kerana perkara JENAMA & LOGO ini adalah SALAH SATU daripada RAHSIA KEJAYAAN kepada setiap PERNIAGAAN.
  • Adalah MALANG bagi Peniaga & Usahawan yang tidak mengambil sebarang IKTIBAR dari segala KEPERLUAN mengenai HAL seperti ini.
  • Oleh itu lakukan lah sesuatu yang boleh membaik-pulih keadaan Perniagaan anda sekarang dengan menyemak dan mengkaji semula HAL PENJENAMAAN & LOGO ini.
editor

No comments:

Post a Comment