Monday, February 21, 2011

PSIKOLOGI PERNIAGAAN #11 - Post #124

TIPsNIAGA.COM Posting #124


PSIKOLOGI PERNIAGAAN #11
BISNIS GLOBAL
Apa Perlu Anda TAHU....


BISNIS GLOBAL ada Dua (2) KAEDAH yang terdapat di dalam nya seperti :-
  1. MEMBELI = IMPORT
  2. MENJUAL = EXPORT
TETAPI sebelum anda melakukan Aktiviti JUAL & BELI di Pernigkat GLOBAL, anda perlu meneliti dan mengetahui apakah PERANAN anda di situ :-


  1. Adakah Sebagai PEMBELI = PENGIMPORT
  2. Adakah Sebagai PENJUAL= PENGEXPORT
Jika PERANAN anda sebagai PEMBELI, Anda perlu TAHU apakah yang anda :-
  • Mahu Beli
  • Dari Negara Mana
  • Apakah Jenis MATAWANG yang di gunakan
  • Bagaimana Cara Pembayaran
KERANA jenis matawang akan memainkan peranan penting untuk menentukan SESUATU HARGA atau NILAI barangan yang anda ingin beli itu.


LANGKAH BIJAK
Jika Jenis Barangan yang anda inginkan itu banyak terdapat di mana-mana Negara Luar, maka Jenis Matawang perlu di ambil kira seperti jenis Matawang Utama Dunia :-
  • USD - DOLLAR AMERIKA
  • POUND STER.LING
  • EURO DOLLAR
  • YEN
Disini anda perlu pastikan bahawa Nilai Matawang Negara Anda tidak TERLALU RENDAH Nilainya dengan Matawang yang mereka gunakan. Jadi biar PEMBELIAN anda dapat di jimatkan dengan NILAI PERTUKARAN MATAWANG.


MASA yang terbaik untuk melakukan PEMBELIAN dari Luar Negara ialah apabila NILAI Matawang Negara MENINGKAT daripada Nilai Matawang Asing. 
Dimana Turun-Naik sesuatu Nilai Matawang di Peringkat Global  akan berlaku secara HARIAN, jadi ia tidak menyusahkan dan tidak perlu menunggu masa yang lama untuk merasa Turun-Naiknya.


IMPAK NYA
Jika Nilai Matawang Negara anda naik tinggi nilainya, maka Barangan atau Produk yang ingin di beli melalui Matawang Asing yang menurun Nilainya akan membuat anda merasa PENJIMATAN pada HARGA PEMBELIAN PRODUK.
Contoh...
  • Harga Produk yang anda ingin beli ialah pada Nilai 1 Unit = 1USD
  • Dan anda perlukan 1,000 Unit Produk tersebut, maka anda perlu membayar USD1,000
Tetapi...
  • Semalam Pagi Nilai 1USD = RM2.90
  • Pada petangnya pula Nilai 1USD = RM2.75 Apabila kaunter di tutup.
  • Jadi anda perlu pantas membuat pembelian dengan Nilai 1USD = RM2.75
  • Kerana anda akan berjimat RM0.15 bagi 1USD
  • Jika untuk 1,000USD anda akan dapat jimatkan RM150
Cara ini hanya sesuai untuk PEMBELIAN kepada produk yang tidak tersenarai di dalam Sekmen KOMODITI DUNIA. Jika ianya tersenarai, maka Nilai Matawang untuk pembelian akan di tentukan melalui Kaedah yang berbeza.
Pihak Pengexport akan menentukan Kadar Nilai Matawang untuk Nilai PURATA di dalam Minggu Pembelian yang di lakukan.


IMPORT & EXPORT
  1. Begitu juga halnya dengan aktiviti MENJUAL produk anda ke Luar negara, sebaik cara ialah dengan menjual kepada Negara yang Matawangnya lebih tinggi dan kukuh nilai semasanya. Kerana langkah ini juga akan menguntungkan perniagaan anda.
  2. Dan KUASA MEMBELI dari Negara yang bermatawang tinggi nilai amat tinggi jika dibandingkan dengan yang bermatawang rendah pada waktu tertentu.
KEPENTINGAN NYA
  • Yang PENTING di sini ialah kebijaksanaan anda untuk MENILAI sesuatu MATAWANG sebelum membuat sebarang PENJUALAN atau PEMBELIAN PRODUK.
  • Jika dapat dilakukan dengan betul dan tepat, anda akan dapat membuat PENJIMATAN yang BESAR serta akan menjana KEUNTUNGAN yang lebih ketika produk tersebut di jual semula kepada Para Pelanggan.
RUNDINGKAN
Anda juga perlu melakukan RUNDINGAN  ketika mahu MENJUAL atau mahu MEMBELI sesuatu Produk daripada Negara Luar, di mana anda perlu TAHU Produk yang anda akan BELI atau JUAL itu di dalam Kaedah JUAL & BELI berlandaskan Nilai Jualan
F.O.B atau Free On Board
  • FOB Harga belum / tidak termasuk kos Penghantaran / Kos pengangkutan dan Insurans
  • Akan di tanggung oleh PEMBELI 
  • Bermaksud dengan HARGA KILANG
C.I.F atau Cost Insurance and Freight
  • CIF Harga Termasuk Harga Kenderaan + Pengiriman pengangkutan + Kos Insurans
  • Semua Kos dan pengangkutan + Insuran di tanggung oleh Si Penjual sehingga Ke Pelabuhan sahaja.
  • Pembeli akan menanggung sendiri segala Kos Pengiriman + Insuran dari pelabuhan ke negara Mereka.
C&F atau Cost and Freight
  • C & F Kadar Termasuk Kos Pengangkutan + Kos Pengiriman hingga ke Pelabuhan Negara Pembeli
  • Si Penjual Harus menyediakan dan menyiapkan semua keperluan ini dan di masukkan ke dalam Nilai Jualan yang akan di Beli oleh Pihak Pembeli
Oleh itu, di dalam Aktivit IMPORT dan EXPORT ini akan wujud 3 CARA menetapkan HARGA seperti yang di jelaskan di atas ini.


Kebiasaannya Pihak Pembeli lebih gemar untuk mendapatkan Harga melalui NILAI FOB, kerana akan menjimatkan perbelanjaan dengan mengatur sendiri hal-hal pengiriman produk ke negara sendiri melalui Agen-Agen Penghantaran yang di kenali dengan harga yang lebih kompetitif.


Jika di serahkan 100% kepada Pihak Penjual, mereka yang akan mengatur-selia segala urusan penghantaran mengikut cara mereka sendiri dan anda tidak dapat melakukan penjimatan di sini.

RUMUSAN
Oleh itu, ketika anda melakukan Aktiviti JUAL & BELI di Peringkat Global ini, biarlah semua perkara seperti yang telah di jelaskan anda buat penelitian dan penilaian sebelum di laksanakan.
Kerana jika anda TERSILAP membuat sesuatu perkiraan, kemungkinan anda akan mengalami KERUGIAN.

editor

No comments:

Post a Comment