Tuesday, February 08, 2011

PEMBANGUNAN PRODUK #8 - Post #80

TIPsNIAGA.COM Posting #80

PEMBANGUNAN PRODUK #8
R&D Pemikiran & Pilihan - BANTU & JUAL
SEKMEN BANTU DIRI KAUM


Topik ini maseh lagi didalam R&D atau KAJIAN & PEMBANGUNAN yang serba luas pengertiannya, seperti yang diterangkan diawal lagi, R&D bukan sahaja untuk membangun sesuatu Produk atau Barangan tetapi ia berkonsep luas sehinggan kepada Hal-Hal PEMIKIRAN dan PILIHAN yang wujud dalam diri seseorang.


Melalui Posting #79, diakhir artikel saya ada menyebut perkataan BANTU & JUAL, sebenarnya ia menrujuk kepada KAEDAH atau suatu CARA bagaimana untuk MEMBANTU orang lain untuk berniaga dan dalam masa yang sama berjual beli.
Ia bersandarkan atau mirip kepada Sistem FRANCHISE tetapi Undang-Unang Franchise tidak digunakan langsung. mungkin ramai yang keliru dengan huraian ini, tetapi untuk penjelasan lebih lanjut anda teruskan membaca.....


KAEDAH BANTU & JUAL
Setahu saya Konsep bantu & Jual ini diamalkan oleh Kaum Pendatang dari Negeri CINA yang berhijrah ke Negara-Negara lain diseluruh Dunia, Konsep Bantu & Jual ini amat mudah tetapi sangat-sangat berkesan pada waktu itu kerana pada waktu dan zaman tersebut Sistem Perbankkan maseh belum meluas lagi.
Dan Konsep Bantu & Jual ini telah mengangkat kaum Cina menjadi kaum yang sangat Produktif serta sangat kuat Semangat Bekerjasama diantara mereka.


BAGAIMANA CARANYA
Mereka memerlukan:
A)

  • Golongan yang BerWang dan mengumpulkan Dana dalam Satu TABUNG KHAS untuk tujuan MEMBANTU
  • Golongan ini datang dari pelbagai latar belakang Peniaga-Peniaga dari Tanah Besar Cina
  • Golongan ini juga menubuhkan PERSATUAN sesuatu BANGSA seperti Persatuan-Persatuan Hokkien, Hakka, TeoChiu dan yang lain-lain.

B)

  • Golongan Pekerja Awam atau Orang kebanyakan
  • Golongan ini digalakkan berdaftar dengan Persatuan-Persatuan Bangsa mereka



CARA MEMBERI BANTUAN
Setiap Pemohon yang berdaftar dengan Persatuan akan diberi BANTUAN dalam bentuk MODAL atau WANG untuk memulakan Perniagaan yang mereka sukai atau yang sesuai dengan kepandaian mereka.
Oleh kerana pada zaman tersebut kekurangan bekalan bahan makanan, maka perniagaan mereka banyak berkisar kepada perniagaan peruncitan yang menjual barang-barang keperluan ASAS dalam rumah tangga.


Setiap Penerima bantuan Modal untuk berniaga itu pula di Syaratkan untuk membeli Barang-Barang atau produk daripada pihak Persatuan yang dikendalikan oleh Para Peniaga-Peniaga yang Besar. 
Peniaga-Peniaga Besar ini hanya bertugas untuk MEMBAWA MASUK segala bahan, barang, produk keperluan yang selalu digunapakai oleh kaum-kaum mereka diperantauan. Mereka membawa masuk segala keperluan itu dari Tanah Besar Cina.
Disinilah, mereka menjadi PENGIMPORT dan mengagihkannya kepada Peniaga-Peniaga yang berdaftar melalui Persatuan masing-masing, dan mereka yang menjadi Pembelinya lalu dijual kepada masyarakat mereka sebagai PERUNCIT. Lalu satu SISTEM BANTU & JUAL telah beroperasi dengan teguh.


BAYAR BALIK
Pada waktu tersebut, PEMBAYARAN BALIK WANG MODAL yang didahulukan oleh pihak Persatuan adalah FLEKSIBEL, Anggota berdaftar hanya perlu membayar balik apabila perniagaan mereka sudah mantap dan dapat bergerak dengan lancar.
Pihak Persatuan juga akan menambah jumlah MODAL jika Modal awal tidak mencukupi bagi seseorang Peniaga yang berdaftar dengan mereka, walaupun mereka belum berupaya membayar balik Wang Modal yang pertama.
Inilah langkah memberi BANTUAN yang sebenar dimana pihak Persatuan yang didominasikan oleh Peniaga-Peniaga Kaya benar-benar mahu melihat setiap Ahli mereka itu berjaya dalam perniagaan yang mereka lakukan. Bagi pendapat mereka jika Ahli mereka berjaya dalam perniagaan, perniagaan mereka juga akan makmur dan bertambah KERANA Ahli-Ahli tersebut adalah PEMBELI UTAMA bagi barangan mereka sendiri.


ETIKA SEMULA JADI
Apa yang menarik disini ialah Kaum-Kaum Cina seperti ini memiliki Etika yang semulajadi iaitu mereka SANGAT JUJUR DALAM PERJANJIAN. 
Dalam kebanyakan KES Pinjaman MODAL, mereka rata-rata MEMBAYAR BALIK WANG PINJAMAN MODAL yang diberi apabila perniagaan mereka bertambah maju, walaupun mengambil masa dan KEAKRABAN diantara pihak Peneraju Persatuan yang didominasikan oleh Peniaga-Peniaga kaya sangat RAPAT dengan Ahli-Ahli mereka diperingkat bawahan.
SEMANGAT SETIA KAUM inilah yang menjadikan mereka sangat TEGUH dan berjaya menghidupkan Ekonomi masing-masing walaupun di Negara Orang.


Sehingga kehari ini juga pun, kaedah tersebut maseh diamalkan tetapi Konsep perlaksanaannya berbeza sedikit kerana kemajuan Sistem Perbankkan diseluruh Dunia. Dimana telah ramai Peniaga-Peniaga Besar mereka meyimpan wang mereka didalam bank-bank, dan bangsa-bangsa mereka boleh memohon bantuan melalui bank-bank tersebut. Kerana itu jugalah ramai kaum berkenaan amat mudah untuk mendapatkan bantuan kewangan dari bank-bank yang terlibat, ini disebabkan oleh DASAR yang dimulakan oleh Nenek Moyang mereka iaitu BANTU & JUAL yang telah terbukti amat berkesan.


Dari dahulu lagi Kaum Cina yang MEMBANTU Masyarakat mereka diluar negara menggalakkan setiap Ahli mereka menghantar Pulang Wang bantuan kedalam Negara mereka untuk tujuan pembangunan, dan kini selepas lebih kurang 70 Tahun dari era peperangan Dunia kedua, negara China telah berdiri kukuh serta MAJU setanding dengan Negara-Negara lain.


editor

No comments:

Post a Comment