Saturday, February 05, 2011

JENIS PERNIAGAAN #7 - Post #71

TIPsNIAGA.COM Posting #71
JENIS PERNIAGAAN #7
Kategori Karyawan (Profesional) Dan Usahawan


APA YANG BOLEH DIFAMAHI
Kategori KARYAWAN atau Profesional adalah golongan yang TERPELAJAR dari segi Akademik sehingga mencapai tahap tertinggi didalam bidang masing-masing yang seperti:-

  • Bidang Kedoktoran
  • Bidang Guaman
  • Bidang Kejuruteraan
  • Bidang Seni Bina Bangunan
  • Bidang Pentadbiran Perniagaan
  • Dan bermacam-macam bidang lagi....

Semua Golongan profesional ini, selagi mereka BEKERJA MAKAN GAJI samaada di Jabatan-Jabatan Kerajaan atau pun dengan pihak Swasta, mereka hanya dikenali sebagai KARYAWAN atau Profesional SAHAJA.
TETAPI  jika Golongan Karyawan ini membuka perniagaan mereka sendiri menurut kepakaran masing-masing, baharulah mereka digelar sebagai USAHAWAN KARYAWAN atau Professional Enterpreuneur. Dan sebagai Usahawan, mereka terpaksa mengamalkan segala AMALAN, ETIKA, GARIS PANDU PERNIAGAAN yang sama seperti Peniaga-Peniaga BIASA atau yang bukan dari golongan Karyawan.


SEBABNYA
Didalam PENTADBIRAN & PENGURUSAN PERNIAGAAN, segala SENI dan KEILMUANnya sesuai digunapakai oleh semua Usahawan di Dunia ini TANPA mengira Kaum, Bangsa, Agama, Negeri dan Negara, atau dalam lain perkataan ianya adalah berbentuk UNIVERSAL.
Jadi...jika seseorang Karyawan itu bukan datangnya dari Jurusan Pentadbiran & Pengurusan perniagaan, mereka HARUS belajar segala seni dan keilmuan yang ada, agar apa yang mereka usahakan itu akan berjaya. Jika hanya dengan KEPAKARAN Kekaryawan mereka dibidang masing-masing, itu belum dapat MENJAMIN perniagaan mereka berjalan dengan sempurna dan teratur.


RAMAI KARYAWAN GAGAL
Menurut Statistik tidak rasmi dari kajian rambang menunjukkan ramai golongan karyawan yang beralih daripada pekerjaan tetap atau makan gaji kepada bidang keusahawanan GAGAL mempertahankan perniagaan kerana Seni dan keilmuan Pentadbiran & Pengurusan Perniagaan tidak mereka miliki atau tidak mereka pelajari atau tidak mengendahkannya langsung.


Ini disebabkan oleh "kebiasaan" mereka bekerja tidak memerlukan mereka untuk memerah otak lebih daripada biasa, dimana didalam dunia perniagaan sepanjang masa adalah tekanan. 
Dan SENI mereka BERUNDING untuk sesuatu HAL ketika bekerja makan gaji adalah TIDAK SAMA seninya ketika menjalankan perniagaan sendiri. 
Dimana ketika bekerja, BAJET untuk membeli sesuatu bukan mereka yang tetapkan sendiri kerana menggunakan Wang Kerajaan ataupun Wang Syarikat. Jika didalam perniagaan sendiri, mereka AKAN MERASA betapa sukarnya untuk membelanjakan wang jika memiliki bajet yang tidak mencukupi. Disinilah sesuatu SENI Mentadbir dan Mengurus Perniagaan itu WUJUD dan perlu diaplikasikan.


ITULAH SEBABNYA anda selalu diperingatkan untuk mempelajari sesuatu BIDANG perniagaan itu terlebih dahulu SEBELUM anda terjun kedalamnya. Kerana SETIAP cabang atau jenis perniagaan memiliki SELOK-BELOK pentadbiran & pengurusan yang BERBEZA-BEZA.
Contohnya, jika pada hari ini seorang Penjual Nasi Lemak dikerahkan untuk menjalankan perniagaan Kedai Dobi pada esoknya, pastinya si Penjual nasi Lemak ini akan terduduk kebingungan!, kerana itu bukan yang dia tahu, bukan yang dia pandai dan bukan yang dia selalu lakukan.....


RUMUSAN
Oleh yang demikian, samaada anda dari Golongan Karyawan / Profesional yang pelbagai cabang dan bidang, atau anda dari Golongan Awam atau Biasa, jika mahu mencebiri diri didalam Dunia Perniagaan, pastikan anda telah mendapat serba sdikit Seni dan Ilmunya terlebih dahulu.


Inilah KRITERIA yan gdisyaratkan oleh mana-mana pihak Bank untuk melihat KERTAS KERJA anda bagi sesuatu Permohonan Pinjaman Kewangan. Kerana melalui Kertas Kerja tersebut, seseorang Pegawai Bank itu akan dapat melihat sejauh mana PEMAHAMAN dan KEUPAYAAN anda didalam perniagaan yang akan dijalankan.
Jika anda melakukan Kertas Kerja secara HAMBAR dan tidak disertai dengan Tinjauan dan Kaji Selidik serta Fakta-Fakta yang lengkap terhadap perniagaan yang disarankan, itu menunjukkan pengetahuan anda dibidang itu belum memadai dan kemungkinan besar permohonan pinjaman anda ditolak!.


editor

No comments:

Post a Comment