Saturday, February 12, 2011

INDUSTRI PERNIAGAAN #6 - Post 98

TIPsNIAGA.COM Posting #98


INDUSTRI PERNIAGAAN #6
Sektor Consumer & Industrial Goods
(Barangan Pengguna & Barangan Industri)




Untuk sektor ini saya tidak akan memperkatakan bagaimana ia di tubuhkan atau bagaimana ia di jalankan, kerana ia maseh tertakluk di dalam kaedah pembuatan dan pengeluaran seperti di dalam sektor Bahan Asli atau Basic Materials.


KEUTAMAAN
Keutamaan Topik ini untuk memberi ulasan mengenai PELUANG PERNIAGAAN yang kurang penglibatan dari Rakyat-Rakyat tempatan di negara-negara ASEAN seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina yang lebih mantap pembangunan negara mereka jika di bandingkan dengan yang lain.



Seperti yang dikatakan dalam post sebelumnya, kematangan Rakyat negara-negara ASEAN maseh belum bersedia untuk mengambil alih peranan sebagai PEREKA, PEMBUAT & PENGELUAR kepada Barangan yang di gunakan oleh Para Pengguna Am dan Barangan kegunaan Industri Berat & Ringan.
Penglibatan yang sangat berkurangan ini mengakibatkan tiada persaingan daripada negara-negara ASEAN terhadap gergasi-gergasi pereka, pembuat dan pengeluar seperti Negara Jepun, Korea, China, Eropah dan Barat.


MODAL INSAN
Modal Insan yang di miliki oleh negara-negara ASEAN yang berkemahiran di dalam perekaan barangan pengguna & industri terpaksa menyalurkan kepakaran mereka kepada Syarikat-Syarikat dari negara-negara gergasi sebagai menyambut peluang yang tidak banyak wujud di negara mereka sendiri.
Ini merupakan satu pembaziran kepakaran yang berlaku, di mana sumber kepakaran dari Modal Insan itu WUJUD tetapi tidak dapat digunakan kerana ketiadaan peluang di negara sendiri.






INDUSTRIAL DESIGN
Industrial Design's Designers dan Engineers harus di perhebatkan pengeluaran Modal Insannya jika pada masa hadapan negara-negara ASEAN ingin menjadi Pereka, Pembuat dan Pengeluar Barangan Pengguna & Industri yang aktif dan berinovasi tinggi.


Bakal-bakal Usahawan yang kini sedang menghabiskan pembelajaran mereka di bidang-bidang ini harus berfikir secara positif untuk bagaimana memberi sumbangan terhadap pembangunan sektor-sektor ini di Negara masing-masing.


FORMULA
Tetapi segala MEKANISMA yang di wujudkan oleh pihak Kerajaan pada masa ini khususnya di Malaysia harus DI KEMAS KINI segala kriteria dan Prosedur untuk memberi bantuan samaada dari segi sokongan MODAL KEWANGAN mahupun MODAL INSAN.
Dimana pada hari ini Mekanisma yang wujud lebih tertumpu kepada Pelaburan Asing untuk di bawa masuk ke dalam Negara dan menggalakkan Joint Venturing Usahawan Tempatan dengan Pelabur Asing.


Jika Polisi pemberian bantuan dan sokongan yang sediaada tidak di ubah dan di naik tarafkan menurut keperluan hari ini dan masa hadapan, harapan untuk melihat Usahawan-Usahawan Tempatan melakukan sendiri Perekaan, Pembuatan dan pengeluaran Barangan Pengguna & Industri dalam kilang 100% milik sendiri tidak akan dapat di realisasikan.


Kerana MODAL KEWANGAN untuk membina sebuah Kilang untuk mengeluarkan hasil ciptaan Barangan Pengguna & Industri telah meningkat pesat di sebabkan oleh kemajuan Teknologi. 
Pada hari ini, jika hanya berbekalkan RM10 Juta untuk membina Kilang bagi tujuan ini adalah tidak mencukupi, di sebabkan Nilai Matawang dan Peruntukkan Pinjaman bagi sektor ini tidak di naikkan menurut keadaan sekarang.


AMBIL CONTOH
Jika 10 -15 Tahun lalu, di dalam Sektor Perfileman untuk membuat sebuah Filem biasa hanya memerlukan Modal sekitar Rm250,000 hingga RM500,000 sahaja bergantung kepada syarikat produksi. tetapi pada hari ini untuk menghasilkan Filem dari Genre yang sama memerlukan peruntukan Modal di antara RM2.5  - RM5 Juta!


Ini adalah kerana penggunaan Teknologi di dalam pembuatan Filem dan setiap Syarikat Produser terpaksa akur dengan keperluan ini, jika tidak hasil yang mereka inginkan seperti kehendak penonton tidak dapat di lakukan dengan baik.


PERALIHAN
Menjelang 2020 Negara seperti Malaysia mensasarkan taraf sebagai Negara Maju dan itu bermakna maseh ada lagi baki 9 Tahun untuk merealisasikannya, pada pendapat saya dari segi pencapaian Negara ia mungkin berjaya tetapi dari segi kemajuan para Usahawan yang sekarang kebanyakannya berada di dalam sektor sokongan terhadap Industri Utama tidak akan berjaya di alihkan alam masa 9 Tahun ini.


PERANAN
Inilah peranan-peranan yang harus di mainkan oleh setiap Dewan-Dewan & Persatuan-Persatuan Perniagaan samaada melayu, Cina, India dan dari komuniti yang lain, juga dari Kementerian Keusahawanan, kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan / Pelajaran dan Kementerian Perdagangan Dalam dan Luar Negeri / Negara.


Golongan ini harus daripada sekarang membuat analisa dan mencari formula-formula untuk bagaimana mentranformasikan perniagaan yang sediaada kepada perniagaan yang berteras Industri Utama.


R&D

  1. Mulakan semuanya dengan melakukan R&D terhadap:-
  2. Polisi yang sediaada
  3. Terma & Syarat yang sediaada
  4. Jenis Peruntukkan yang sediaada
  5. Sumber Modal Insan sebagai Profesional & Usahawan yang sediaada
  6. Cari jawapan adakah yang sediaada itu mampu membuat perubahan dan peningkatan kepada MATLAMAT mengalihkan tumpuan perniagaan daripada sektor Industri Sokongan kepada sektor Industri UTAMA?

editor

No comments:

Post a Comment