Monday, February 21, 2011

PSIKOLOGI PERNIAGAAN #10 - Post #123

TIPsNIAGA.COM Posting #123


PSIKOLOGI PERNIAGAAN #10


BERNIAGA DI PERINGKAT GLOBAL
Apakah Persediaan Mental dan Strategi nya....


Apabila menyebut BERNIAGA DI PERINGKAT GLOBAL, sudah pasti kita akan terbayang penggunaan MODAL KEWANGAN yang cukup besar untuk di gunakan. tetapi itu bukanlah ASAS PENTING untuk memasuki Pasaran Global.


PERSEDIAAN MENTAL
Yang terpenting ialah persediaan dari segi Mental yang merupakan KEYAKINAN PADA DIRI yang kuat serta kukuh, dimana anda merasakan bahawa Syarikat atau perniagaan anda telah bersedia untuk memenuhi permintaan di pasaran Antarabangsa.


Jika Keyakinan Diri itu tidak wujud, maka dalam apa juga hal anda tidak akan mampu melaksanakan sebarang tugas yang ingin anda lakukan...Ini Asas PENTING!


Tetapi KEYAKINAN itu bukan setakat keyakinan KOSONG tanpa di bantu oleh keperluan-keperluan yang lain bagi menguatkan RASA YAKIN anda. Ia perlulah di sokong dengan Fakta bahawa perniagaan anda sememangnya telah bersedia dari segala aspek keperluan ASAS seperti :-
  • Kekukuhan di peringkat tempatan atau di dalam Negeri sendiri
  • Kekuatan Pentadbiran & Pengurusan
  • Kekuatan Daya Penghasilan
  • Kekuatan Fasiliti Kewangan
  • Kekukuhan Penjenamaan Produk / Perkhidmatan
  • Kekukuhan Kewangan sepanjang penubuhan Syarikat
Jika perkara-perkara tersebut maseh belum di penuhi, maka anda terlebih dahulu membaiki dan meningkatkan nya supaya segala urusan di peringkat Global tidak akan terjejas.


PERSEDIAAN FIZIKAL
Persediaan Fizikal lebih menjurus kepada kekuatan dan kekukuhan Operasi dalam Syarikat anda, dimana anda perlu melakukan jangkaan perniagaan yang tepat, dimana jika anda berjaya mendapatkan permintaan dari Luar Negara, adakah syarikat anda mampu untuk menyediakannya di dalam tempuh yang di kehendaki?

  • Perkara ini akan berkaitan dengan persediaan :-
  • Kekuatan Tenaga Kerja yang mencukupi
  • Kekuatan Kewangan untuk penambahan pembelian bahan mentah pembuatan
  • Kekuatan sokongan daripada vendor-vendor bekalan
  • Kecekapan Kilang dan pekerja untuk melaksanakan permintaan dalan tempuh yang di tetapkan
Jika perkara Persediaan Fizikal juga maseh belum mantap, anda perlu melakukan perubahan supaya apa juga permintaan daripada Luar Negara dapat di penuhi tanpa sebarang masaalah


SEBAB UTAMA
Sebab Utama anda perlu menyiapkan diri dengan segala KEPERLUAN seperti yang telah di sebutkan itu ialah kerana di dalam Dunia Perniagaan perkara JANJI seperti yang tertera di dalam setiap :-
  1. Kontrak- Kontrak Perniagaan
  2. Memorundum Persefahaman Perniagaan
  3. Perjanjian-Perjanjian Perniagaan
Yang akan berkisar kepada:-

  • Penyediaan Produk / Perkhidmatan 
  • Tarikh penghantaran
  • Mutu dan Spesifikasi
  • Harga dan Kos
Adalah TEPAT dan DI PENUHI seperti yang di JANJIKAN. 
Jika anda berdolak-dalek atau cuba mengambil masa yang lebih untuk memenuhi apa juga permintaan daripada PELANGGAN Luar Negara, maka :-
  1. Nama Anda
  2. Nama Syarikat Anda
  3. Nama Jenama Produk / Perkhidmatan Anda
Akan TERJEJAS dengan anggapan yang NEGATIF kerana tidak mampu untuk MENUNAIKAN SEBARANG JANJI seperti yang di janjikan.


Perkara sebegini amat di takuti oleh Peniaga-Peniaga yang berpengalaman, kerana dengan sedikit KELEWATAN sahaja, banyak Impak atau KESAN SAMPINGAN berlaku terhadap Pelanggan yang membuat permintaan tersebut, dimana ia boleh MEROSAKKAN pula bekalan mereka kepada Peniaga-Peniaga lain di Negara mereka.


KECEKAPAN & ETIKA
Sebagai PENIAGA anda perlu memiliki sejenis KECEKAPAN Mentadbir, Merancang dan Mengurus Hal Ehwal Perniagaan anda sendiri, dimana di dalam ETIKA PERNIAGAAN perkara yang bersangkutan adalah CERMIN bagi SIKAP dan SIKAP anda sebagai seorang PENIAGA.


Di sini, Orang lain akan menilai kemampuan anda di dalam hal-hal mentadbir, Merancang dan Mengurus Perniagaan adalah ia di lakukan secara BERKESAN dan TERATUR atau ianya menjadi KUCAR-KACIR dan TIDAK TENTU ARAH.


PENIAGA yang sangat MENEPATI PERJANJIAN adalah PENIAGA yang CEKAP di dalam Hal-Hal Mentadbir, Merancang dan Mengurus perniagaan syarikat yang di milikinya, dimana mereka TAHU dan FAHAM bahawa di dalam Dunia Perniagaan JANJI adalah Perkara Utama yang harus di beri perhatian yang KHUSUS.


SIKAP & SIFAT
PENIAGA yang sering tidak menepati JANJI seperti sukar untuk menepati :-
  • Tarikh Penghantaran
  • Mutu & Spesifikasi Buatan
  • Jumlah seperti yang di Tempah
Adalah dari jenis PENIAGA YANG BERMASAALAH dari segi KECEKAPAN dan ETIKA, dimana Peniaga-Peniaga dari golongan ini SUDAH PASTI mengalami masaalah-masalah seperti :-
  • Kekurangan Wang Untuk membeli Bahan Mentah Pembuatan
  • Kekurangan Tenaga Kerja kerana tidak berkemampuan
  • Kekurangan Pengetahuan untuk menjalankan Pengurusan Operasi
  • Dan dari jenis yang tidak mahu Mendengar Nasihat dan Tunjuk Ajar
RUMUSAN
Oleh yang demikian, jika anda mahu menjadi seorang yang berjaya di peringkat Tempatan dan Global, anda perlulah daripada sekarang melakukan R&D terhadap :-
  1. Diri Sendiri
  2. Tenaga Kerja
  3. Kemampuan Kewangan
  4. Kemampuan Pembuatan / Pengilangan / Penyediaan
  5. Syarikat Anda secara Keseluruhan
Pelajari satu per satu hal-hal yang anda lemah atau yang kurang mahir, tidak ada guna nya mengambil atau mengupah para Konsultan Perniagaan di bidang-bidang yang tertentu untuk membantu anda, jika diri anda sendiri tidak memiliki Sifat dan Sikap yang POSITIF terhadap PEMBANGUNAN PERNIAGAAN ANDA SENDIRI.


PEMIKIRAN seorang PENIAGA bukan hanya berfikir untuk mencari UNTUNG dalam masa yang singkat sahaja Tetapi PEMIKIRAN yang sebenar nya ialah ia harus di isi dengan PEMIKIRAN POSITIF terhadap segala KEPERLUAN :-
  1. PELANGGAN
  2. PENGGUNA
  3. WARGA KERJA
  4. KELUARGA
  5. NEGARA
Maksud nya di sini ialah :-
  1. PELANGGAN itu merujuk kepada SIAPA yang membuat PEMBELIAN terhadap Produk / perkhidmatan Syarikat anda, dan mereka ini boleh datang dari Rakan-Rakan Niaga dalam dan dari Luar Negara.
  2. PENGGUNA itu pula merujuk kepada END USER iaitu Pembeli yang menggunakan segala Produk yang di beli.
  3. WARGA KERJA pula merujuk kepada segala kerjasama dan komitmen yang di berikan oleh Para Pekerja Syarikat anda bagi merealisasikan segala TEMPAHAN PELANGGAN
  4. KELUARGA pula merujuk kepada Isteri/Suami, Anak-Anak, Ibu-Bapa dan Saudara-mara yang meberi sokongan MORAL terhadap anda yang mahu melihat anda BERJAYA melakukannya.
  5. NEGARA pula merujuk kepada Kerajaan yang selama ini memberi dan menyediakan segala kemudahan dan keperluan untuk anda berniaga dari dalam Negara dengan menyediakan segala Prasarana dan Infrastruktur bagi segala urusan perniagaan.
editor

No comments:

Post a Comment